aku terima nikahnya

assalamualaikum

harini ulang tahun perkahwinan aku dengan afifah. 27/10/15. alhamdulillah, sempat la jadi suami lebih kurang 2 tahun lapan bulan. moga Allah satukan kami kembali di syurga, insyaAllah.

masih ingat lagi macam mana aku bagitau aboh yang aku nak kahwin.

aku: aboh. hafiz rasa sampai masa doh ni hafiz nok nikoh.
aboh: hahaha. ok2. nanti aboh bincang.

rasanya perbualan ni dalam sebulan lebih aku start kerja. alhamdulillah akhir posting pertama, aku kahwin.

cukup la ak cerita sikit2. lebih2 aku simpan dalam ingatan.  aku belanja gambar je.


 ketibaan hero

 detik cemas IC tertinggal kat gemas

belum apa2 lagi dah suruh aku duduk kat tengah2

heroin baru keluar

 khutbah kahwin. soalan yang kena tanya. "apa rukun kahwin." seperti sepatutnya, jawapan diberi dengan tenang depan bakal mertua.

 akad. geng sekali lafaz dengan satu nafas.

 :)

malu sungguh

"sila abang makan."..."tolong le cedok yang."

 "abang jugak yang kene cedok." seharian tak lalu makan. lepas akad, selera besar.

gambar dengan famili senget semuanya. nanti le upload. takde ambil professional photographer. jadi le dengan apa yang ada. 

selalu timbul perasaan gembira bila membayangkan aku dengan afifah disatukan semula. moga Allah makbulkan. ameen.

wallahu'alam

Abdullah Mifzal

assalamualaikum.

abdullah mifzal nama yang diberikan oleh arwah ummi dia dulu. langsung aku tidak campur tangan melainkan aku setuju sahaja. sebab afifah yang mengandung dan melahirkan. jadi aku pasti afifah sudah memilih nama yang terbaik untuk anak kami itu. tapi aku dah booking nak bagi nama untuk anak kedua kami. tapi rancangan Allah mengatasi segalanya.

melihat mifzal membesar ni membuatkan aku sangat teruja. aku akui selepas afifah meninggal, banyak tanggungjawab aku terhadap mifzal aku abaikan. alhamdulillah, aku punya mama dan adik aku, farah yang membantu aku mendidik mifzal.

melihat gelagat mifzal, kadang aku jadi sedih memikirkan yang ummi dia tak sempat melihat mifzal membesar. dan lebih alu sedih bila memikirkan mifzal membesar dalam keadaan dia tak sempat mengenali umminya.

abi doakan mifzal jadi anak yang soleh, yang selalu berjuang pada jalan Allah, dan tidak lupa untuk mendoakan ummi dan abi. ameen.



dunia

assalamualaikum

tengokkan keadaan malaysia sekarang ni, memang agak teruk. ekonomi merudum, gejala sosial yang teruk, pencemaran, dan lain2 lagi. perkara yang paling terkesan bagi aku sekarang ni adalah ekonomi yang sangat teruk.

mifzal memang allergi susu lembu. baru 3 hari lepas aku cuba susu kambing yang pak long mifzal bagi, memang allergi jugak. jadi memang mifzal boleh minum susu soya je la. sejak afifah meninggal, memang aku bagi isomil je. alhamdulillah mifzal boleh minum susu tu. dulu rasenya aku beli isomil tu dalam RM73 kot. memang mahal sikit la isomil ni. tapi takpe la, anak sorang je pun nak tanggung. makin lame makin naik. minggu lepas aku beli dah jadi RM 76.80. ni harga naik dalam mase 3 bulan.

kita yang masih hidup ni masih lagi bersusah payah dengan kehidupan. banyak benda yang difikirkan untuk survive. dalam keadaan berusaha untuk merancang kehidupan dunia, jangan lupa untuk merancang untuk kesyurga nanti. perlu berusaha lebih untuk akhirat.

al-Fatihah buat nur 'afifah bt mohd ghazi. moga Allah pertemukan kita disyurga nanti, insyaAllah.


teluk intan

assalamualaikum


alhamdulillah masih diberikan ruang oleh Allah untuk menulis.

baru2 ni sempat aku melawat maklang fifah di teluk intan. lame tak jumpa, dan jarang jumpa pun. seingat aku dua kali je jumpa maklang n arwah paklang. masa aku kahwin dan masa safwan kahwin.

memang kampung maklang di teluk intan. depan hospital je rumahnya. rase teruknye aku ni langsung tak pergi ziarah masa kerja di teluk intan. jadi walaupun tak rapat, aku nak cuba jugak la buat mana yang aku mampu untuk keluarga maklang ni.

aku tinggal di teluk intan dengan arwah fifah lebih kurang 2 tahun. start lpas 4 bulan kerja sampai la habis houseman. jadi sebenarnya aku duk di sungai buloh dengan fifah tak sampai setahun pun.

banyak kenangan dengan arwah di teluk intan. haritu sempat singgah sana 2 hari. jalan2, lalu jalan yang kitorang selalu pakai, tengok kedai yang kitorang selalu singgah, kedai kitorang sewa baju kahwin. banyak sangat memori dengan arwah kat sane. rase macam baru je jalan2, bergurau, sembang ngan arwah semalam.

jadi alang2 dah melawat maklang di hospital, aku pun gi la jalan2 kat dalam hospital tu. kebanyakan staffnurse kenal la. bukannye minta simpati, saja melawat tanya khabar. lame tak jumpa. lagipun fifah dah  takde ni, sape lagi la aku nak jumpa selain daripada orang yang pernah singgah dalam hidup dia kan.


bila la Allah nak temukan kami lagi. lame tak jumpa.

al-fatihah

balik kampung

assalamualaikum

alhamdulillah berkesempatan pulang ke gemencheh hujung minggu baru2 ni. insyaAllah akan cuba untuk pulang ke kampung mertua sekerap mungkin. bagi mifzal main dengan makcik2, pakcik2, tok dan tokwan.

bila balik ke mrsm gemencheh, aku banyak teringat kat arwah afifah. kat sane la dulu kami bertunang dan nikah. 5/2/12 - bertunang, 27/10/12 - nikah. banyak sangat memori. dulu masa arwah ada, ada jugak teringat, tapi bila dah takde ni, lagi mendalam aku duk fikir. ye lah, manusia ni selalu menghargai sesuatu bila benda tu dah takde.

mifzal pun nampak seronok la main dengan tok, tokwan, mak anjang, pakteh. takde nampak macam tak kenal pun. mifzal pun memang jenis tak takut kat orang pn. jadi alhamdulillah, mudah nak jaga mifzal ni. mak pun nampak seronok main ngan mifzal. dah itu la satu2nya benda berharga yang arwah tinggalkan. nak kata tinggalkan harta, sekarang ni memang harta macam dah takde nilai. yang kami harapkan sekarang, moga Allah ampunkan arwah, terima amalnya, dan dengan rahmat Allah, Allah masukkan afifah ke syurga..

semalam masa patah balik, mifzal menangis dalam kereta. dekat sejam aku ngadap mifzal nangis. hm.. aku memang la tak boleh nak dengar mifzal nangis lama2 ni. sebak duk mikirkan takde ummi nak mujuk. hilang sabar la jugak dalam kereta tu. maafkan abi ye mifzal. aku stop sekejap kat tol hospital sungai buloh, angkat dari carseat dan peluk mifzal. baru la berhenti nangis. lentok kepala atas bahu aku, sedu2. kalau la fifah ada lagi, bole la pujuk mifzal. takde la sampai nangis lama2 camtu.

doa abi supaya mifzal jadi anak soleh, dikuatkan iman. dijauhkan dari segala maksiat. anak yang selalu ingat dengan abi dan ummi dalam doa. kita sama2 usaha moga Allah pertemukan kita dengan ummi dalam syurga nanti. insyaAllah


dalam perjalanan balik sungai buloh. sebelum menangis.

mifzal makan dengan tok

memori

assalamualaikum


dah lame aku berhajat nak beli laptop baru. sebelum afifah meninggal lagi aku dah plan.

alhamdulillah ada la beli imac. tujuan aku sebenarnya nak simpan gambar2 lama kami dan sedap sikit aku nak tengok balik gambar2 lama, screen besar. 

2 hari lepas aku mulakan proses transfer gambar2. jadi banyak la aku tengok gambar2 lame aku dengan afifah, pergi bercuti semua. makin lama tengok, rase makin rindu plak. tak sabar nak jumpe afifah lagi. moga Allah pertemukan kami semula di syurga dalam keadaan baik, insyaAllah.

gambar di kenduri wancah + aswati

terkenang

assalamualaikum


alhamdulillah semalam berkesempatan pergi ke majlis aqiqah anak sahabat lame, adib n dayah..keberatan juga nak pergi sebenarnya. sebab memang tak berminat sangat nak berjalan. sekrang aku nak duduk dengan mama aboh atau mak ayah, tu je.

tahniah buat adib n dayah. moga anak menjadi bekal di hari mendatang. insyaAllah.

sampai sana jumpa syafiq T n eli dengan anak diorang. dah beso dah. alhamdulillah. sebak la jugak tengok anak diorang ibunya yang dukung. hmmm.. teringat kat fifah n mifzal. termenung lame aku.

niat aku ke walimah sahabat lagi sorang aku batalkan. sane lagi rmai sahabat bawak anak isteri, tak sanggup aku nak berdepan.

moga Allah berikan kekuatan untuk aku menempuh hari mendatang, insyaAllah.

                                 
raya 1st sebagai suami isteri.

mifzal umur setahun

assalamualaikum..

alhamdulillah,setahun sudah anak abi n ummi.moga abdullah mifzal jadi anak soleh,bole doakan abi n ummi nanti 😊


buat arwah afifah, abang doakan semoga Allah ampunkan dosa2 sayang, dilapangkan kubur, diterangi kubur dengan nur, diteguhkan pendirian di alam sana. insyaAllah abang usahakan yang terbaik supaya Allah pertemukan kita di syurga.

alfatihah

rindu

assalamualaikum.


sejak sabtu lepas banyak pulak terpikir pasal arwah.rasa macam baru je pergi semalam.

dari arwah meninggal, aku cari hard disk yang ada banyak gambar2 kami.tak jumpa sampai la semalam. jumpa dalam beg. adik ak simpan masa kemas2 rumah haritu.

fifah punya sebenarnya. tapi aku yang banyak pakai. 

hujung minggu tu banyak la aku explore hard disk dan email fifah. nak tengok la memori yang fifah tinggalkan. tu yang tiba2 rindu lebih ujung mggu sampai aku jadi tak berapa nak berfungsi sangat..

alfatihah buat afifah

better

assalamualaikum


alhamdulillah 23/7/15 aku dah mula bekerja. tujuannya bukan lah untuk bekerja sebenarnya, tapi nak jumpa kawan2 ventilate apa yang tersirat dalam hati. 

sejak afifah dah meninggalkan kita semua, fikiran aku tak pernah lekang dengan memori2 dulu. lebih kurang dua tahun lapan bulan kami bersama, mana mungkin aku boleh lupakan macam tu je. selalu juga terdetik dalam hati yang arwah macam masih ada lagi. 

semalam pukul 5 petang sebelum balik ke rumah dari hospital, tiba2 terdetik dalam hati,"eh, sayang dah nak balik dah ni. aku kena balik sekarang."
allahurabbi, beratnya.....

kerap kali orang bertanya di hospital,"hafiz ok ke?"
susah aku nak jawab sebenarnya. akhirnya jawapan paling tepat hanya lah,"alhamdulillah,better.thanks."


perginya permaisuriku

assalamualaikum


alfatihah buat arwah isteri nur 'afifah binti mohd ghazi. 
genap 2 minggu arwah meninggalkan kita semua.
lebih kurang dua tahun lapan bulan kami hidup sebagai suami isteri, waktu yang singkat tapi banyak memorinya.

pemergian arwah dalam keadaan yang baik. mudah urusannya. sahabat2 dan ahli keluarga mengingatkan diri masing2 dengan sifat arwah yang baik. saya menjadi saksi bahawa arwah merupakan isteri yang baik, sabar melayan saya, ummi yang baik yang sentiasa memikirkan akan kebaikan abdullah mifzal.

ujian yang Allah bagi ni sangat berat buat saya yang lemah. moga Allah berikan kekuatan kepada saya dan keluarga.

kematian arwah menyedarkan saya betapa manusia ni makhluk yang lemah tanpa Allah. bergantungnya manusia itu hanya pada Allah atas segala sesuatu.

dulunya semasa hajat saya untuk berkahwin, saya berusaha kearah tersebut. berdoa, berbincang dengan mama n aboh, ziarah mak n ayah, bincang dengan arwah. masa tu saya yakin lambat laun kami akan berkahwin.

lepas arwah meninggal. tiada lagi perbincangan. bila didoakan semoga arwah diampunkan dosanya, dilapangkan kuburnya, diterangi kuburnya, dipermudahkan urusannya, diteguhkan pendirian dalam menghadapi pertanyaan munkar dan nakir, tiada siapa yang saya bole harapkan selain memohon pada Allah. bila saya memohon supaya dipertemukan disyurga, juga saya dalam tak pasti adakah perkara tu akan berlaku. layakkah saya untuk berada disyurga Allah?

lemahnya manusia ni, perlu bergantung kepada sesuatu. 

moga Allah berikan kekuatan dan petunjuk bagi saya membesarkan mifzal supaya menjadi sehebat umminya, Nur 'Afifah binti Mohd Ghazi.

gambar terakhir kami bertiga pada 5/7/15.

wallahu'alam

mohd hafizuddin bin azman