dikala zina lebih mudah daripada berkahwin

assalamualaikum

dulu bila ada nyatakan hasrat nak berkahwin,
"ape yang kamu ada?"
"saya ada satu cincin besi."
jadi la cincin besi sebagai mahar.
nak kate ape yang ada, itu la yang diusahakan.

sekarang
"ape yang kamu ada?"
"saya dah ada dalam 10 ribu."
"hm..tak cukup lagi tu. kumpul lagi ok."

jumpa artikel menarik daripada facebook IKRAM. untuk diambil pengajaran oleh diri sendiri terutamanya dan juga sesiapa yang ingin mengambil pengajaran daripadanya. mungkin bukan zaman sekarang, akan datang insyaAllah. tunjukkan kepada masyarakat yang Islam itu indah lagi mudah =)


Oleh Azlina Roszy Mohamad Ghaffar
FARAH, 24, (bukan nama sebenar) berada pada tahun akhir pengajiannya. Insya-Allah dalam sebulan dua lagi beliau akan menamatkan pengajian ijazahnya dalam bidang pengurusan perniagaan. Beliau lama bercinta dengan Azrul (bukan nama sebenar) yang juga menuntut di universiti yang sama dalam bidang kejuruteraan.

Mereka yang tinggal di kampung sama, bercinta sejak di bangku sekolah lagi. Ibu bapa mereka juga mengetahui percintaan mereka dan masing-masing tidak menghalangnya.

Bagaimanapun, Farah dan Azrul hairan mengapa ibu bapa mereka sering menolak hasrat mereka untuk mendirikan rumah tangga. Pelbagai alasan diberikan seperti mereka masih terlalu muda, masih mentah, belum boleh berdikari lagi dan belum mempunyai kewangan tetap.

Oleh kerana mereka tidak mahu terus hanyut dalam dosa kerana sering bertemu dan berdua-duaan tanpa nikah, mereka mengambil keputusan untuk bernikah di selatan Thailand secara rahsia. Mereka walaupun bernikah, masih dalam dilema. Ini kerana selepas tamat pengajian mereka masih tinggal dengan ibu bapa masing-masing dan tidak dapat menjalani kehidupan seperti suami isteri. Ibu bapa juga mendesak agar mereka menunggu beberapa tahun lagi untuk berkahwin.

Alasannya bekerja dulu untuk mengumpul wang bagi menyara kehidupan. Farah tertekan dengan keadaan ini dan pernah bercadang untuk melarikan diri, tetapi dibantah oleh Azrul yang menasihatkannya agar bersabar. Mereka juga risau apabila memikirkan sekiranya mereka akan dinikahkan buat kali kedua. Pada masa yang sama mereka juga tidak berani untuk berterus terang kerana khuatir akan dipinggirkan oleh keluarga masing-masing.

Raudhatus Sakinah menerima banyak pertanyaan daripada remaja, terutama remaja di institusi pengajian tinggi mengenai hasrat masing-masing untuk bernikah bagi mengelakkan maksiat. Malah, ada yang pernah terlanjur beberapa kali akibat pergaulan bebas atau cinta yang terhalang. Adalah malang sekiranya remaja ini terus hanyut dalam arus percintaan berlandaskan hawa nafsu tanpa mendapat bimbingan daripada ibu bapa mereka. Lebih malang lagi sekiranya niat suci mereka untuk bernikah dihalang oleh ibu bapa dengan pelbagai alasan yang remeh.

Ibu bapa seharusnya boleh mengenali sekiranya si anak tadi bersungguh-sungguh atau tidak dalam permintaannya. Dan permintaan untuk bernikah bukanlah suatu permintaan yang boleh dianggap main-main atau gurauan. Tetapi ia melambangkan ketulusan hati dan kematangan fikiran. Tahap kematangan anak berbeza-beza, tetapi tidak sedikit mereka yang mempunyai kematangan fikiran dan mampu memikul tanggungjawab yang berat lantaran perkahwinan. Kehidupan zaman internet yang memberikan pelbagai kemudahan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada manusia menjadikan seseorang itu terdedah kepada lebih banyak maklumat yang menambah tahap kematangan dan kebolehannya membuat keputusan.

Kadang-kadang ibu bapa kurang pasti terhadap kesungguhan anak yang dianggap mentah kerana masih pada peringkat awal pengajiannya. Oleh itu, perkara ini perlu dibawa berbincang dari hati ke hati dan bukannya menolak mentah-mentah permintaan anak. Pastikan anak mempunyai persediaan untuk mengharungi alam rumah tangga iaitu persediaan mental, emosi dan spiritual, di samping persediaan fizikal seperti keadaan kesihatan dan kewangan. Ibu bapa yang prihatin dengan kesejahteraan hidup anak, pasti akan memberikan bantuan terbaik agar mereka dapat mengharungi kehidupan ini dengan sebaiknya.

Bantuan yang diberi bukan setakat memastikan makanan, pakaian dan pelajarannya terjaga. Malah, dalam bentuk perkongsian pengalaman dan kesediaan untuk memahami jiwa anak-anak yang meningkat dewasa serta menunjukkan kematangan untuk memikul tanggungjawab. Sebagai ibu bapa bestari, berilah nasihat dan bimbingan berguna kepada anak agar berwaspada dalam pergaulannya dan menjauhi seks luar nikah. Ibu bapa mesti mempunyai rasa cemburu dan curiga seandainya anak terlalu bebas dalam percintaannya hingga boleh menyebabkan mereka terlanjur.

Jangan terlalu memberat-beratkan urusan yang tidak wajib hingga menyebabkan anak melihat perkahwinan itu terlalu sukar, tetapi berzina pula lebih mudah. Islam memandang mulia institusi perkahwinan kerana ia adalah tunjang kekuatan sesebuah masyarakat. Anjuran berkahwin boleh dilihat melalui firman-Nya bermaksud:
Dan kahwinkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak berkahwin dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Sekiranya mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.(Surah an-Nur, ayat 32)

Rasulullah pernah bersabda maksudnya:
Wahai kumpulan anak-anak muda! Barang siapa antara kamu yang mampu berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin! Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pemandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, sebab yang demikian itu akan menahan nafsu.(Hadis riwayat Jamaah).

Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam karangannya yang masyhur iaitu Tarbiyyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan Anak-anak Di dalam Islam) mengungkapkan bahawa perkahwinan itu adalah fitrah kemanusiaan, pemelihara maslahat kemasyarakatan dan penyucian hubungan antara manusia. Beliau menggariskan hikmah perkahwinan seperti berikut;

Pemeliharaan terhadap benih manusia.
Pemeliharaan terhadap keturunan dan nasab.
Keselamatan masyarakat daripada penyakit sosial dan moral.
Keselamatan masyarakat daripada penyakit yang menular akibat zina.
Ketenteraman jiwa, naluri dan akal fikiran.
Membangunkan kerjasama suami isteri dalam pembangunan keluarga dan pendidikan anak-anak.
Menyuburkan perasaan belas kasihan ibu bapa.

Bagi pasangan muda yang dilamun cinta, perkahwinan berupaya mententeramkan jiwa yang bergelora dan memberikan ketenangan dalam menuntut ilmu. Tidak keterlaluan kalau dikatakan ramai yang berjaya dalam pengajian masing-masing meskipun berkahwin pada usia muda. Ini adalah janji Allah bagi mereka yang mematuhi syariat-Nya seperti dalam firman-Nya bermaksud:
Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.(Surah ar-Rum, ayat 21)

Sabda Rasulullah bermaksud:
Apabila datang (melamar) kepadamu orang yang kamu sukai akhlak dan agamanya maka kahwinilah dia. Kalau tidak engkau perbuat demikian, akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.(Hadis riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Hadis ini jelas mengingatkan ibu bapa terhadap tanggungjawab untuk mengahwinkan anak mereka sama ada lelaki atau perempuan apabila sampai masanya. Ini untuk mengelakkan bencana maksiat zina yang lebih dahsyat lagi.

[Azlina Roszy Mohamad Ghaffar adalah Pakar Psikologis Klinikal dan aktivis Wanita IKRAM]

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
 

asingkan

assalamualaikum

alhamdulillah cuti ni sempat jumpa dengan member2 lame, main futsal same2, tengok bola same2, menge'teh' same2..gunakan masa lapang sebelum sempit...

lepas futsal, birthday suprise tuk Fit
dari kanan: anip tuf, naqi, beckam, aku, jehe, fit

alhamdulillah, dah settlekan sebahagian medical check up arini. tinggal nak jumpa Dr je 11/5/12 ni.. lancar je tadi.

buat kat HKL, memang mantop pengurusan, layanan semua.. memang best. tapi ada benda la yang aku nak kena take note tuk masa depan. bila kena kat diri sendiri baru la terngadah.

hm.. masa mula2 ak start uruskan opkim dulu, impian aku nak buat opkim yang asingkan laki2 n perempuan. alhamdulillah ada la beberapa opkim yang berjaya. kebanyakan bergantung kepada berapa ramai yang join masa 2. kalau seimbang lelaki n perempuan, alhamdulillah boleh buat. sebab opkim ni bukan bende yang darurat pun nak campur laki n perempuan ni.

sama la keadaan kat hospital ni. teringin nak tengok hospital kerajaan usahakan asingkan laki n perempuan. tadi aku kene buat X-ray chest kan..hm.. memang la pintu tutup dari pandangan pesakit2 kat luar. tapi dalam pun ada pintu n koridor yang pekerja2 (lelaki n perempuan) lalu. pintu yang dalam tu tak ditutup plak. radiologist perempuan ni dengan selamber je suruh buka baju. die ingat lelaki ni takde malu ke ape. aku menganggap badan ni masih lagi aurat kepada perempuan bukan mahram selagi mana aku berasa malu nak buka. dah kate pun aurat=malu. bukan tak boleh pun nak asingkan lelaki n perempuan. biar la tunggu lame asalkan syariat ditegakkan.

akan datang aku akan bekerja kat hospital. biasa aku duk tengok kat HUKM, ada wad yang campur, ada yang asing laki n perempuan. dah pesakit boleh asingkan, pasti boleh diusahakan asingkan Dr2 juga. keadaan akan jadi lebih selesa, lebih berkat insyaAllah, lebih cepat pesakit sembuh =)

kalau diri sendiri@saudaramara yang sakit, mesti kita nak yang sama jantina yang periksa, lebih2 bab bersalin. tapi untuk pesakit, kita belakangkan benda ni.

kita boleh berkata,"kami nak periksa je. bukan ada pape perasaan pun."

jadi aku ambik kata2 prof harlina,"its not about how you feel, it is all about how the patients feel."

jadi azam aku, usahakan buat pengasingan ni sebaik mungkin.
kalau bukan masa HO, buat masa MO,
kalau bukan masa MO, buat masa jadi specialist,
kalau tak boleh buat sampai bila2, kita la orang yang bertanggungjawab atas tugas tu kat akhirat nanti.
kalau tak sempat buat, moga diampunkan Allah atas khilaf ni.. astaghfirullah.

wallahu'alam

mondok

assalamualaikum


alhamdulillah,segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.


daripada 7/5 sampai 11/5 hari tu aku bersama 5 orang lagi sahabat berkesempatan ngaji kat pondok bustanul ariffin kat banting. kira2 dalam 10 minit la dari masjid KLIA.


belajar 4 kitab: 
1. matan sanusi - ustas hamzah
2. hadith muhimmah - ustaz ansori
3. matan safinah - ustaz zaidi
4. hidayatus salikin - ustaz hanafi


dalam 4 kitab ni, bab tasawuf ngan tauhid paling susah sekali aku rase. yang lain tu takde la nak kate boleh ikut semua, tapi maca ok sket la nak ikutnye. contoh mcm bab feqah, haram minum arak, syarat2 tayamun,wudu'. kan macam boleh nak ikut. 


matan sanusi yang ustaz hamzah ajar 2, last kuliah baru la aku nak dapat feel. terus abih. tak cukup 5 hari ni. kena lame2 sket. insyaAllah ada sambungan lepas ni. (takde gamba ustaz hamzah)


jalan menuju Allah ni dalam bab tasawuf..hmm..menarik belajar ni. asyik kene batang idung sendiri je. 1st topik blaja pun dah bab makan, mane tak terkene. tp alhamdulillah, ada yang mengingatkan. insyaAllah same2 kita cube perbaiki diri. bile blaja tasawuf ni, terasa macam jauh lagi nak dapat syurga 2. kalau nak ikutkan, payah betul. ujub, takabur, ria' dll. bila ustaz bacakan tentang hadis 7 lapisan langit yang setiapnye dijaga oleh malaikat. ada yang boleh detect ujub, ada yang bleh detect takabur, riak. setiap lapis 2 lain2. amalan2 kite diangkat ke langit setiap hari, tak lepas 7 malaikat ni,xsampai le kelangit, bahkan dicampak ke muke2 pengamalnye. kalau dah lepas pun, last sekali Allah menerima amalan yang ikhlas yang mane hanya Allah yang boleh menilai. panjang hadis ni kalau nak copy, nanti bace k. perlunye mengharap pada rahmat Allah. hanya dengan rahmat Allah, kite dapat ke syurga, bukan atas amalan2 yang banyak. 


ustaz hanafi


pengalaman lain yang best, zikir & wirid lepas solat..duk sane macam takde sangat berkehendak kat bende2 lain macam fb la,cerite la. tp tido ada la berkehendak. nak katenye takde bende yang boleh dibuat kat sane. jadi masa lepas solat 2 mmg banyak masa diambil tuk berzikir. tak pernah aku buat sebelum ni, sampai setengah jam. doakan moga aku istiqamah.


 sek2 duk kat depan

 sek2 duk belakang

abih sudah zikir


part makan jangan cakap la, lauk simple, sikit tapi sedap. berkat student2 pondok memasak barangkali. memang berselera je setiap kali.


simple tapi sedap

layan gambar la ye =)


tak tahu pondok ape ni. pejabat dulu kot

budak2 pondok main bola. johan selangor ni.

main bola lagi

musolla. sangat berangin!

dewan makan

diskusi pasal bola

ustaz zaidi

pemandangan

merasa sedikit tenang berada dalam majlis ilmu tuk 5 hari ni. alhamdulillah~

wallahu'alam

ps: yang mane lebih bermakna. belajar dipondok selama 5 hari @ di fakulti perubatan selama 5 tahun?

keinsafan diri

assalamulaikum

alhamdulillah, masih lagi diberikan peluang dan ruang tuk bermuhasabah diri, menginsafi kesilapan2 masa lalu..


sekularisma

assalamualaikum


isu sekular ni dah lame sebenarnye. selalunye duk cakap kat pemerintah sekarang la kan. tak kire la malaysia ke, arab saudi ke, mane2 la. kebanyakan mengamalkan gaya sekular ni. semua dah sebati dengan gaye pemikiran yahudi.


tapi, tanpa sedar orang2 sekeliling kita pun sedang mengamalkan sekular (mungkin diri aku sendiri). islam ni bukan sekadar membaca al-quran, solat, zakat, puasa. islam kan merangkumi seluruh kehidupan kita, dari bangun tido sampai la tido balik.


hm.. bila aku balik rumah ni, ada la orang mintak imamkan solat, imamkan bacaan tahlil, baca doa, tanya pasal bacaan al-quran sket2. bukan power pun, tapi tau la sket2. ada jiran aku ni remaja tanye aku soalan pasal tajwid, aku cakap je tak tau, suh tanye ustaz. tapi malu la jugak kan, hari2 baca, umur dah 24, pun ada lagi tak tau soalan senang2. ape2 pun, berusaha menjadi yang lebih baik setiap hari.


berbalik cerita tadi, tapi aku nak cerita dulu kisah masa aku form 4@5 dulu. ada seorang ustaz ni merungut la kat kitorang, name ustaz nazaruddin. ingat lagi, baik sangat ustaz ni."bila baca doa je panggil ustaz, bila solat hajat panggil ustaz, nak tahlil panggil ustaz. benda2 lain tak mau panggil ustaz tanye pendapat." hm.., seriously masa tu aku langsung tak faham ape2. lepas beberapa tahun, mengaji sket2, baru la aku paham ape yang nak disampaikan ustaz naza 2. 


benda yang sama berlaku kat aku sekarang. benda2 besar2 orang takut nak langgar. berdosa katenye. tapi orang yahudi sekarang dah tak suruh orang islam tinggal Allah semua, diorang dah tau tak jalan punye. kan Rasulullah SAW dah pesan dalam khutbah terakhir, musuh2 islam akan attack part yang kecik2 (boleh la bace sendiri ye nanti khutbah 2).


nak tanye aku, mintak aku wat semua 2, ok je. aku takkan tolak pun. tapi kalau la benda2 lain pun tanya aku gak.


"camne ye pakaian yang saya pakai hari ni? ikut cara islam tak?" "camne ye nak wat walimah/majlis cara islam ajar?"
"camne kawen cara islam?"
"insuran boleh tak saya pakai?"
"camne ye nak buat pinjaman cara islam?"


allahu rabbi, mau menangis dengar soalan2 ni.


bukan la tau pun jawapan2 tu. tapi sekurang2nye boleh la aku gi tolong bertanya kepada yang arif.


ni ambik yang mana suka je. yang tak suka buang tak mau mencari. yang kene kat batang hidung orang cari dalil sampai lubang cacing. yang terkene kat hidung sendiri, tak mau cari. ni memang aku dah terkena. sakit hati rase.


sekular ke macam kat atas ni? hm.. kalau salah tolong tunjukkan


wallahu'alam


ps: sejak akhir2 ni selalu tersalah tengok tarikh je..haish

raja sehari

assalamualaikum~

harini tak berkesempatan menghadiri BERSIH 3.0 yang memang aku dah bajet nak datang lame dulu lagi dah. urusan keluarga di seremban menghalang. nampak macam lagi ramai drpd BERSIH 2.0. lagi banyak tentangan, lagi banyak ujian, dll. terase rugi sangat.


post ni bukan aku nak cerita pasal bersih pun. tapi apa yang aku belajar harini, yang boleh aku jadikan pengajaran. pengalaman yang sangat berguna.

aku pergi walimah kat seremban. bertolak pukul 7pg. sampai dalam 8.30pg. jadi akad nikah awal tu ok la. majlisnya baik, pengisian pun ok la, bermanfaat. alhamdulillah, semuanya lancar.

lepas tu dalam pukul 10pg, lepak la dekat rumah sewa. sembang2 sikit dengan sedare mare. biasa la soalan,"hafiz bile lagi?" aku dah malas nak jawab soalan ni sebenarnye. semua aku jawab,"tak tahu" je. senang. memang semua sedia maklum aku nak je cepatkan. tp aku hanya kuasa kecil. ada  boss, ada big boss dan ada yang lagi hebat iaitu Allah. insyaAllah apa yang perlu aku buat berdoa, bersangka baik, bersabar. tapi susah sebenarnye, tp insyaAllah ade manisnye nanti.

benda yang aku belajar

1. sesiapa yang kehidupannya macam/hampir2 macam suami isteri sebelum kawen lagi, takkan terase sangat nak kawen cepat2 ni. semua yang kat dunia dah dapat. jangan memain pompuan ni. sekali diuji, ustaz pun rebah, ape la sangat aku ni. 

2. bila berkata2 tentang agama, jangan digunakan akal. kalau tak tahu, jangan diulas. jangan digunakan sesuatu hadith itu pada tempat yang salah. jangan diambil dalil2 yang disukai. lagi teruk, bahagian yang tak suka, tak mahu dengar. bila mereka berbicara, teserlah kejahilan. semakin banyak cakap, semakin jelas jahilnye. ape yang aku buat, kalau tak mampu, aku berdiam diri. kalau lawan, lagi banyak cakap, lagi banyak nampak jahilnye. tak tahu la ape aku buat ni betul ke tak.. hm..

3. bila buat sesuatu majlis, fikirkan kesenangan tetamu sebelum kesenangan diri sendiri. ni lagi la, aku sendiri terase susahnye. sampai tak dapat pergi walimah mariana.. haish.. ni memang aku setuju sangat la. tuk tetamu, makan makanan yang terbaik, tempat duduk yang terbaik, layanan yang terbaik, pemberian yang terbaik. barulah nampak seronoknye terima tetamu datang kan =)

4. raja sehari ni macam gelaran la tuk pengantin yang diraikan masa walimah. gelaran yang dipakai adat melayu ni sangat menyusahkan sebenarnya. kalau dihapuskan gelaran 'raja sehari' ni, banyak perkara dapat dijimatkan, kemaksiatan dapat dihapuskan, sunnah dapat diterapkan. contoh eh, kalau takde raja sehari, takde la makan beradab, takde la pembaziran, takde la tetamu makan makanan yang lagi rendah standard daripada orang rumah. dan juga pengantin menjadi 'rakyat biasa' yang melayan tetamu yang datang. banyak lagi la kebaikannye. aku nak komen lebih2 pun risau juga. belum diuji kan. dah kene nanti baru la tau. susah bende ni, adat turun temurun. "kang orang kate ape pulak." ayat bese dengar. =.='
mari berubah. kalau bukan sekarang, insyaAllah 10 tahun lagi. kalau bukan kita, insyaAllah keturunan kite. tapi yakinkah kita masih ada hari esok?

mari bermuhasabah

kalau Rasulullah ada lagi sekarang, ape kite nak cakap..hm..video ni dah lame ak download. tapi tak pernah tengok sampai abis pun. tak sanggup..

video

wallahu'alam

layakkah?

assalamualaikum


alhamdulillah,masih diberikan masa untuk hidup,menghirup udara segar tanpa perlu diminta.. betapa Allah itu Maha Pemurah.. manusia sering berbuat maksiat dalam keadaan nikmat Allah itu menggunung tinggi..


"manusia jahil akan mencari seribu alasan untuk menidakkan perintah Allah."


perkongsian sikit. berterabur, tapi ambik la mane yang bermanfaat.


beberapa hari ni berpeluang belajar beberapa benda. paling ingat, kuliah maghrib oleh Ust Tengku Abdul Rahim. seorang guru di pondok kat Tak Bai. die gantikan Ust Abdul Malek yang sepatutnye bagi kuliah mase tu. memang lain dari yang lain. die kupas surah al-muddaththir. die ceritakan kelebihan bangun malam. bagaimana mereka ini tidak dihisab di akhirat nanti dan macam kelebihan lagi la. orang2 yang hebat dahulunya, sultan muhammad al-fateh, salahuddin al-ayyubi dll, diorang semua tak pernah tinggalkan tahajud sejak baligh. aku ni dah berapa lame baligh, baru nak berjinak2 dengan tahajud. kalau la boleh diundurkan masa, banyak benda yang aku nak ubah keputusan. terlalu banyak penyesalan.


dalam ramai2 umat islam, berapa yang bangun bertahajud,
dalam ramai2 yang bertahajud, tahajud mereka itu khusyuk dan diterima Allah. 
sikit sangat.


diceritakan juga keadaan di neraka dan syurga. tapi banyak concentrate pada neraka la. jarang sekali kite diceritakan tentang benda ni. terasa takut pada Allah, takut pada hari pembalasan.


abu bakar as-siddiq walaupun dijamin beberapa kali masuk syurga (ahli perang badar, 10 sahabat dijamin syurga, ada lagi, xingat) masih merasa tak layak untuk masuk syurga. "aku tidak yakin aku akan masuk ke syurga selagi sebelah kakiku tidak melangkah masuk ke syurga."


kita manusia biasa tak merasa apa2. cinta pada dunia melebihi akhirat. mulut kata takut, perbuatan tak selari dengan mulut. masih berasa selesa mencari kebahagiaan dunia melebihi kebahagiaan akhirat. masih berasa yakin akan hidup pada esok hari.


~mari muhasabah diri~


wallahu'alam


ps: susahnye nak kawal perasaan bila teringatkan penyesalan dulu..hmm..

'abdullah'