apa bezanya dengan mustafa kamal attartuk?

assalamualaikum

17 november 1022, tamatlah kerajaan khilafah turki uthmaniyah. mustafa kamal attartuk laknatullah telah merancang beberapa perkara dalam republik turki bagi melaksanakan visi freemasonry. dan mari kita sama2 lihat apa bezanya dengan negara malaysia sekarang.

1. menghapuskan undang2 islam dan diganti dengan undang2 ciptaan manusia dari barat. hoho, memang tak boleh dinafikan, memang malaysia ada benda ni. undang2 manusia dikatakan lebih sempurna daripada undang2 dari Allah. hukum hudud dipermain2kan, dikatakan tidak relevan.

2. tutup semua sekolah agama dan diganti dengan sekolah sekular. pelajar diasuh supaya membenci islam dengan alasan kemusnahan turki uthmaniyah. ni zaman dulu2 memang ada. zaman mak ayah kita la. sekarang alhamdulillah ok la sikit. ada sekolah2 agama. tapi sekolah sekular ada lagi. aku belajar kat sekolah sekular. memang nampak la kesekularannya. contohnya, tanggung jawab ustaz hanya pada baca doa, mengaji, tahlil. tapi bila nak buat program sesuatu, ustaz tidak dijadikan rujukan (ustaz aku yang mengadu kat kami).

3. mengharamkan penggunaan bahasa arab supaya rakyat tidak memahami al-quran, hadis, dll. laungan azan dalam bahasa turki. al-quran pun dalam bahasa turki. kat malaysia tak nampak sangat la. tapi kat sekolah aku takde la pulak orang cadang ambk bahasa arab walaupun ada tenaga pengajar yang boleh ajar bahasa arab.

4. hapuskan takwin hijrah dan diganti dengan masihi. hari kebesaran islam dihapuskan. hari ahad dijadikan hari cuti menggantikan hari jumaat. ni tak perlu nak explain lagi dah. terang lagi nyata.

5. paksa rakyat turki tukar nama yang berasal daripada nama arab kepada nama yang tak islamik. sekarang ni orang duk gabung2 nama ayah n mak tuk bagi nama kat anak. member aku ada ramai gak camni.

6. haramkan pemakaian islam dan pemuda2 dirosakkan dengan hiburan yang melalaikan. kat malaysia takde la diharamkan pakai pakaian tutup aurat, tapi malaysia ni tak menyuruh orang tutup aurat. sebab pemimpin sendiri pun tak tutup aurat. sama la tu macam tak menggalakkan orang tak tutup aurat.

7. haramkan pemakaian kopiah, serban, tarbus dan sebagainya. pemakaian barat diperkenalkan. contohnya tie, kot, baju2 perempuan buat pergi kerja. pakai seluar, baju kemeja singkat. siapa yang befikir insyaAllah akan nampak.

8. membentuk undang2 kekeluargaan yang baru. contohnya isteri tak perlu taat kepada suami. hak kesamarataan antara lelaki dan perempuan. had umur ditetapkan bagi yang mahu berkahwin. poligami dan talak diharamkan. itu yang banyak gejala sosial yang jadi tu. nak kahwin tak bagi. belajar kat sekolah, sape kahwin kene berhenti sekolah. sebab apa aku pun tak tahu la. isu poligami ni pulak, semua duk pandang serong. seorang ustaz yang berpoligami lebih dipandang serong daripada lelaki dan perempuan ber'couple'.

9. tanamkan pemikiran ideologi2 barat seperti sekularisme, nasionalsme, liberalisme dll. memang ada dah la sekularnya, semangat kebangsaannya, sistem perbankan yang berasaskan riba'.

10. tukar gaya hidup yang islamik kepada gaya hidup barat. cara pemakaian, cara makan, cara pergaulan, cara menganjurkan majlis2 (walimah, tahlil, aqiqah) dll. semua ada ciri2 barat. berlebih2an, membazir dan tidak mengikut syariat islam yang telah digariskan berlandaskan al-quran dan hadis.

jadi sahabat2, fikirlah. apa bezanya malaysia dengan turki yang diperintah oleh kamal attartuk laknatullah? boleh kata semua yang aku tulis kat atas tu ada di malaysia. macam mana nak buat? fikir2kanlah. buatlah sesuatu walaupun sekadar berfikir. bukan result yang dinilai oleh Allah, tetapi apa yang telah kita lakukan untuk membawa perubahan.

allahu'alam

berhati-hati

assalamualaikum

alhamdulillah diberi sedikit kelapangan oleh Allah untuk menulis. sekarang aku dalam proses menghabiskan buku 'gerakan freemasonry, musuh dalam menghancurkan Islam' karangan Hj. Nik Azran Muhamed dan Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa. aku ceritakan mana yang aku ingat la ye. nak buka balik buku tu memang tak menulis la aku.

freemason ni gerakan yang digerakkan oleh golongan yahudi laknatullah dalam usaha untuk mendapatkan palestin dan seterusnya membina haikal sulaiman di tapak masjid al-aqsa. panjang sangat aku nak terang detail2 ni. secara ringkasnya, freemasonry ni adalah 1 organisasi yahudi antarabangsa yang bermujahadah untuk menghancurkan kesejahteraan manusia, merosakkan kehidupan politik, ekonomi dan sosial di negara2 yang dimasukinya(malaysia ni salah 1 la ye).

freemason ni dah ditubuhkan pada tahun 37 masihi (lama dah tu). pertubuhan ni memusuhi semua agama dan mereka pada awalnya concentrate pada agama kristian katholik. tapi selepas revolusi eropah pada kurun ke-17, diorang ni alih perhatian kepada agama islam dengan menerapkan idea sekularisme (agama dan pemerintahan diasingkan) dan komunisme.

jadi di malaysia ni sendiri ada pertubuhan yang mengamalkan sekularisme ni. tak perlu ilmu yang sangat tinggi kalau nak faham siapa yang mengamalkan sekular ni. cukup la dengan mendengar kuliah mingguan di surau2 kecil, pasti manusia yang berfikir tahu mana yang sekular. pemerintahan lain, agama lain. bukankah islam itu agama yang menyeluruh. meliputi semua perkara. bab doa masuk ke tandas pun Allah ajar, takkan bab pemerintahan yang begitu penting Allah tak ajar hamba2-Nya. keluar dari mulut2 manusia yang menafikan hukum Allah tapi menyatakan kepada rakyatnya,"kami meletakkan islam sebagai panduan untuk memerintah."

hukum hudud dinafikan. dikatakan tidak relevan, maka diberikan penyelesaikan berlandaskan nafsu semata2 (masyitah). terkini, judi dihalalkan. orang yang berkata itu tidak lain dan tidak bukan orang islam sendiri yang mendakwa dirinya melaksanakan pemerintahan mengikut cara islam. tiada yang dapat menyelesaikan satu kemaksiatan dengan melakukan kemaksiatan yang lain. orang berzina diberikan kondom. orang hisap dadah diberikan jarum percuma. panas hati aku dengan golongan ni.

"Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai Din (cara hidup) maka sesekali tidak diterima dan ia diakhirat kelak dari golongan mereka yang rugi" ali imran : 85

maaf, lari tajuk sikit. biasala, lama tak menulis. macam2 nak letak.

freemason ni bergerak bawah pertubuhan2 kebajikan dan berselindung disebalik pertubuhan2 tersebut untuk melaksanakan misi dan visinya. di malaysia, freemason ni dah mula tahun 1511. benda ni jelas bila urusan agama terbatas pada bidang2 tertentu sahaja (sekularisme la tu). sampai sekarang pun ada. jadi memang dah lama la freemason duk kat malaysia ni. sekarang diorang pun dah berjaya membawa idea2 mereka masuk dalam malaysia. perancangan freemason ni sangat teliti. mereka memandang suatu perkara yang sangat panjang sampai sekarang, dah 499 tahun freemason bertapak di malaysia. pergh, memang berjaya diorang ni.

aku kagum dengan perancangan freemason ni. memandang suatu yang jauh dan yakin dengan usaha mereka ni. tapi jangan risau, sekarang pun islam dah ada gerakan2 yang nak compensate freemason ni. jika semua orang beriman mati pun, pasti dan pasti Allah akan menjaga agama islam ni.

allahu'alam

peneliti yang ku sayang

assalamualaikum

nak dijadikan cerita, pada suatu hari...

"bang, saye nak cari yang tak busuk, senang jaga, tak payah bersih hari2, makan pun murah,"aku tanya tauke kedai pet tu (nama martin).
"ada2, ambil yang ini. makan seminggu sekali, tak makan 2-3 minggu pun boleh hidup lagi. tak busuk, tak payah basuh hari2. kalau nak tinggal lama, letak bekas ada air pun cukup.
ada la 2-3 pilihan martin bagi kat aku.

aku pun balik la nak fikir dulu nak bela yang mana. puas aku fikir, memang sah aku nak ambik ular stylo. nak ambik ular ni pun payah juga. banyak jenis. dia tau aku ni beginner, dia suruh aku ambik whip snake. mula2 aku setuju je. lama2 aku tengok2 ular lain bronzeback punya macam lagi lawa je. dia pun cakap yang tu lagi lawa, tapi laju sangat. risau aku tak biasa. jadi dia suruh aku try pegang. entah macam mana, jinak habis. memang jodoh aku dengan bronzeback ni dah.

assalamualaikum..nama saya qasim.. selamat berkenalan

yeah!dapat pun ko cicak. makanan pertama aku di KTDI.

come on la...sumbat2!!

yeay!!berjaya!!alhamdulillah.rezeki dari-Mu ya Allah

nama ular aku ni qasim si peneliti. semoga ukhuwah antara kami berkekalan. hoho..
nasib baik la qasim aku ni makan sekali je seminggu, kalau tak, letih aku nak tangkap cicak. nak beli, jauh la pulak.

allahu'alam

nak epal mane?

assalamualaikum

Wanita ibarat epal.
Epal yang tak berkualiti amat mudah
diperolehi kerana ia berguguran di tanah
Tapi epal yang tak mampu dibeli,
ia berada di puncak.
Susah dipetik, susah digapai.

Terkadang epal itu risau,
kenapalah diriku belum dipetik.
Lantas ia merendahkan martabatnya dan
menggugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya telah Allah
jadikan begitu tinggi martabatnya.

Sebenarnya epal itu terlalu tinggi
elok sifatnya, sehinggakan tiada siapa
yang berani memetiknya.
Hanya pemuda yang benar-benar hebat
sahaja bisa memperolehinya
Mungkin bukan di dunia,
tapi mungkin di akhirat?
Biarlah jodohnya bukan di dunia,
asalkan cinta Illahi mengiringinya.

Tak semestinya dipetik di taman dunia..
Tapi lebih bermakna bila Allah sendiri
yang mengarahkan hamba yang disayanginya
untuk memetik di taman ahirat kelak.

p/s : bukan aku yang karang ye. ak copy je.

'abdullah'