dah cukup cinta?

assalamualaikum

sekadar perkongsian dari aku yang tak seberapa.

"tanda kamu mencintai Allah adalah kamu mencintai al-Quran. tanda kamu mencintai Allah dan al-Quran adalah kamu mencintai Rasulullah SAW. tanda kamu mencintai Rasulullah adalah kamu mencintai sunnah Rasulullah SAW"

jika kamu mengatakan kamu beriman kepada al-Quran, bilakah saat terakhir kamu memegang al-Quran?
jika kamu mengatakan kamu beriman kepada al-Quran, bilakah saat terakhir kamu membaca al-Quran?

bagi sahabat2 yang biasa membaca al-Quran, mungkin tak biasa dengar orang yang tak baca Quran. tapi bagi aku sendiri, ramai lagi sahabat2 aku yang jauh dari amalan ni. tapi siapa lah kita nk menghukum seseorang. orang yang kini banyak amalnye belum tentu lagi mati dalam iman dan masuk ke syurga Allah. dengan rahmat Allah sahajalah manusia itu masuk ke syurga.

"apabila melihat org berbuat baik, malulah kalian kerana amalnya lagi banyak dari kamu. apabila melihat orang berbuat maksiat, malulah kalian kerana kamu melakukan maksiat dalam keadaan kamu berilmu dan mereka dalam keadaan yang jahil"
(betul ke ni?aku pun dah lupa mane aku baca)

berkenaan dengan sunnah Rasulullah. berapa banyak sunnah yang kita amalkan dalam kehidupan?
tidak malukah kita nak berjumpa Rasulullah di akhirat kelak dengan amalan sunnahnya yang sikit dan seterusnya mengaku kita umatnya?

khatib ada juga menceritakan tentang seorang syahid di perang uhud, saad bin rabi'. dipendekkan cerita, saad telah berpesan melalui zahid bin tsabit untuk menyampaikan salam kepada Rasulullah dan memberitahu,"aku telah mencium bau syurga". dicatatkan dalam sejarah pada badan saad bin rabi' terdapat 70 kesan2 luka tombak, pedang, panah dan parang kesan perang uhud itu. semuanya kerana rasa cintakan kepada Rasulullah dengan tidak membiarkan sedikitpun terdapat kesan luka pada badan Rasulullah SAW.

nak dibandingkan dengan kita ni. katakan pergi demonstrasi kerana menegakkan Islam. dengan laungan lailahaillallah dan allahuakbar. dengan semangat yang berkobar2 pergi memperjuangkan apa yang diajar oleh Islam. tiba2, kita tersepak batu. darah kaki, sakit sangat. apa agaknya yang kita buat? rehat kat tepi?teruskan berjuang?

malunya aku dengan pejuang2 terdahulu dan sahabat2 aku yang hebat2 semuanya. nak dibandingkan antara aku dengan mereka dalam sumbangan pada jalan Allah, apalah sangat yang aku dah buat.

*buat renungan : apalah sangat nak dibandingkan mahasiswa dibuang universiti dengan Rasullullah yang dibuang negara oleh kaumnya sendiri*

p/s : macam biasa, isi tak kene dengan tajuk. aku main tulis je. maaf.

wallahu'alam

luahan hati seorang hawa

assalamualaikum

aku terbaca buku sahabat aku ni. aku salin balik ja.
walaupun aku bukanlah kaum hawa, tapi benda ni satu peringatan buat aku, kaum adam. boleh tahan pedas aku baca ni. lagi2 yang 2nd part.

lelaki yang kami rindui,
hanya iman penggerak hidupnya,
tiangnya agama,
batinnya taqwa,
iman teguh didada,
hatinya sarat cinta,
kepada Allah dan Rasul-Nya,
suluhannya bukan nafsu semata-mata,
tapi ihsan di jiwa.

lelaki yang kami rindui,
malamnya syahdu dek tangisan,
tidak terbuai dek lena yang panjang,
munajatnya pilu penuh keinsafan,
sujudnya penuh kehambaan,
getarkan neraka jahannam,
agar tidak menyentuh ibu, adik, kakak, anak isteri tersayang.


ni sebahagian je yang larat aku tulis balik.dan part2 yang menyentuh perasaan aku je.
nak baca yang lain2.pinjam la buku tu kat sahabat aku tu.nama -rahsia.tanya aku sendiri..

buat kaum adam. tanggungjawab kita sangat la berat. macam aku sendiri, kalau ditakdirkan bapaku pergi dulu, tanggungjawab untuk jaga ibu dan adik letak pada bahu aku.

dan juga satu hari nanti, pasti kita akan ada 1 keluarga yang sudah pasti kitalah yang akan menjadi ketuanya. masa 2, segala apa yang kita lakukan untuk 'anak buah' kita akan dipersoalkan di akhirat kelak.

apa persiapan yang dah kita lakukan?

p/s : mungkin ni post terakhir sebelum exam. doakan aku dan sahabat2ku yang lain mendapat apa yang terbaik untuk exam ni.

wallahu'alam

mohd hafizuddin bin azman