kanak-kanak

assalamualaikum

dah hampir sebulan aku di posting peadiatric. biasanya budak2 takut ngan aku ni. lari saje. jadi, masa ni la aku nak test power main ngan budak2. haha..

hari pertama di wad pead HKL. biasala, blurr...tak tahu nak buat apa. aku tengok orang lain duk clerk pateint rilek je. tapi aku payah gile nak masuk. jadi aku nak test sekali main ngan budak2 ni.

aku approach sorang budak. bukan nak clerk pun, nak test power aku buat raport ngan budak je. haha. letih gak aku asyik duk kene drop ngan group member aku je.

"dik buat apa kat sini?" aku.
"tengok budak nangis." budak.
"meh jom jalan." aku.
budak ni pun pegang tangan aku mintak pimpim pergi jalan2.

pergh, memang terbukti aku boleh layan budak2. sekarang boleh la aku drop group membe aku pulak. diorang bukan pernah bawak patient jalan2..haha

jadi, insiden kat atas ni 1 permulaan yang baik tuk aku di peadiatric posting ni.. moga2 aku terus mesra dengan patient kanak2 kelak, insyaAllah.

persediaan

assalamualaikum

bila nak exam untuk 2-3 hari, persediaan yang dilakukan sepanjang 4 bulan.

bila nak raya, persediaan dilakukan sebelum puasa lagi.

bila nak rehlah sehari, persediaan selama sebulan.

bila nak buat program sehari, persediaan selama berbulan-bulan.

bila nak meeting sejam dua, persediaan selama seminggu.

bila nak buat apa sahaja, mesti ada persediaan yang dibuat.

ramadhan dah hampir, tinggal tak sampai sebulan lagi. apakah persediaan yang dilakukan? adakah kita semua bercita2 membuatkan ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya? jika ya, bolehkah dilakukan tanpa persediaan yang rapi?

persoalan ini lebih perlu dijawab oleh aku sendiri yang makin hari makin hanyut dengan nikmat dunia yang sementara.

"ya Allah, berkatilah bulan rejab dan syaaban, dan sampaikanlah aku kepada ramadhan"

wallahua'lam

mohd hafizuddin bin azman