sebelum dan selepas

assalamualaikum

masuk arini dah 2 hari aku abih exam ulangan aku. takut beb tunggu result ni. insyaAllah, yakin je la dengan Allah. moga2 diberikan apa yag terbaik untuk aku dan juga sahabat2 lain.

sebelum exam

pagi2 bangun pergi solat(insyaAllah). lepas tu study. pergi kedai mamak beli roti canai stylo. lepas tu study lagi. sampai la tengah hari. lepas tu makan tengah hari puas hati. solat zohor. sambung lagi study sampai asar. solat asar. lepas asar memang tak study la. mana boleh masuk, tengok buku duk nampak bola je. masa ni la layan internet puas2. pukul 6 turun main. abih main, turun maghrib pulak. antara maghrib isyak lepak surau je sampai isyak. lpas solat isyak, study lagi sampai tido dalam pukul 12. pergh, memang terisi masa aku. dengan optimumnya. tido sikit2 2 kira halal je la. takkan nak tulis semua. panjang la post aku.

selepas exam

bangun pagi pergi solat(insyaAllah). lepas solat blur kejap, tak tau nak buat apa. layan internet. walaupun tau tak ada perubahan apa2, tapi duk tengok gak(semua orang pun macam ni ke?). pagi2 rasa kosong. sampai la makan tengah hari. pergi solat zohor. lepas solat masih blurr lagi. layan internet lagi(aku tulis ni masa lepas zohor la ni, tak tau nak buat apa). sampai asar, pastu layan internet lagi. lepas tu pergi main. malam lepas isyak, tak tau nak buat apa lagi. layan internet lagi, keluar makan. masa2 aku blurr 2 ada la aku layan mata aku ni. mane boleh bagitau banyak mana.

memang berbeza la sangat kehidupan aku sebelum dan selepas exam. hancur jadual hidup aku lepas exam ni. nasib baik la aku ada exam. kalau aku cuti, mati akal aku. sekarang aku duk busy pindah rumah. terisi la juga sikit2, alhamdulillah.

insyaAllah baki cuti ni aku nak duk rumah jap. teman mak aku duk sorang2 kat rumah. boleh makan makanan mak aku masak, yuhuu!!

pengajaran post aku ni apa? sikit je, tepi moga2 bermanfaat la. aku fail ni sebab Allah dah rancangkan begitu. mungkin sebab aku banyak sangat lalai dulu. tak pun Allah taknak bagi aku membazir masa kalau aku cuti lama2. ikut je la perancangan Allah ni. Dialah sebaik2 perancang bagi hamba2-Nya. untuk yang result ni, kalau lulus, alhamdulillah. kalau gagal, alhamdulillah, Allah lebih tahu segalanya tentang hamba2-Nya.

wallahu'alam

kenapa takut?

assalamualaikum

dah habis 3 minggu posting 'tambahan' aku. alhamdulillah semua berjalan lancar. tadi last teaching dengan Dr Ixora. banyak nasihat2 yang aku dapat. dalam 3 minggu ni, memang banyak aku belajar di wad. biar la kena marah pun. dah tak tahu benda simple2, memang la kena marah. terima kasih buat Dr2 di jabatan o&g dan wad kuning khususnya. prof norzi, prof zainol, dr ixora, dr nirmala, dr pravin, dr yuli, dr bahar, dr aizuddin dll.

kenapa perlu takut repeat year?

1. malu. kenapa perlu malu?repeat year melanggar syariat? tak pun, jadi malu bukan la sebab relevan untuk takut repeat year.

2. belajar lama sangat, bazir masa. mungkin gak la sebab ni. tapi belum tentu kalau tak repeat tahun aku tak membazir masa. lagipun belum tentu lagi kalau aku tak repeat tahun, aku akan jadi doktor. kalau tak diizinkan Allah,memang tak la.

3. malas belajar balik. ada kebaikan la belajar balik ni, lagi mantap mase final year (ikut apa yang aku tanye daripada yang berpengalaman la).

4. perancangan hidup lari. apa kamu fikir perancangan kamu lebih baik daripada perancangan Allah?

5. membawa fitnah kepada jemaah? mungkin la. kalau dia lari dari perjuangan dengan menyalahkan jemaah secara total atas apa yang berlaku. bergantung kepada individu mungkin. kalau ada yang cakap,"harap je banyak gerak kerja jemaah, tapi fail gak". bagitau aku, nak tengok gak siapa yang kata tu.

6. risau direhatkan dari gerak kerja dan berada dalam keadaan selesa. ni bukan mungkin, ni memang akan direhatkan. kebaikan atau keburukan? nak kata baik pun tak boleh gak. kalau mati dalam keadaan selesa tanpa gerak kerja, sedangkan orang lain bertungkus lumus berusaha buat kerja dakwah, kan rugi tu. apa kita yakin sangat boleh masuk syurga? nak kata buruk pun tak boleh gak. mungkin orang tu perlukan sedikit ruang untuk improve dan lulus masa akan datang. bagi aku yang penting kena seimbang la kot. jangan la terlalu direhatkan sampai membebankan orang lain. jangan la terlalu banyak kerja sampai dia terkorban.

kalau ikutkan pengalaman aku dulu, sem yang aku banyak sikit keje la lulus dan ada yang membanggakan, padan dengan usaha aku buat. bagi aku la, bagi orang lain mungkin biasa. kisah apa aku.

ni yang kat atas ni pendapat aku la dan juga jawapan2 yang aku dapat bila tanya beberapa sahabat. kalau la ditakdirkan aku gagal, moga2 aku terus berada dalam perjuangan. dan moga2 aku lulus dalam 'mahkamah' yang sebenarnya di akhirat kelak (nasihat prof norzi).

wallahu'alam

disebalik doa

assalamualaikum

segala puji bagi Allah, aku dah selesai buat short case semalam.
segala puji bagi Allah, semuanya berjalan lancar.

dah lama tak menulis, jadi tak mau bagi blog aku ni bersawang, tulis la sikit2. doa yang berguna untuk masa depan. bukan sekadar doa, tapi ada pengajaran gak dalam doa ni. kalau taknak amalkan pun takpe. cukup la sekadar tahu kebergantungan manusia pada Allah dan Allah menentukan segala sesuatu.

renung-renungkan dan selamat beramal

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Ya Allah
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani
Seringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh daripada pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan periharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya

Ya Allah yang tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan akhirat
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah

Ya Allah
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat
Dan periharalah kami dari azab api Neraka
amin ya rabbal 'aalamin

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” - ali-Imran : 38

wallahu'alam

aku pemarah?

assalamualaikum

imam al-ghazali menyifatkan sifat marah dan mengikut kemahuan nafsu itu menjadi punca besar keburukan akhlak seseorang.

pemarahkah aku?susah nak jawab. sangat subjektif. bergantung kepada seseorang menilai macam mana marah tu. katakan prof yang ajar aku marah, tapi aku tak de la rase down sangat. senyum je. jadi pendapat setiap individu berlainan.

marah ni tak bagus sebenarnya. kalau ikut pengalaman aku la. masa form 1 dulu, gila pemarah aku. payah betul nak control. kene pulak aku masa 2 ketua kelas, lagi sedap aku duk marah member2 aku ni. tapi form 1 tak tahu apa2 lagi pun. berterusan la sifat marah aku tu sampai la form 3. implikasinya, biasala, member tak suka, payah nak rapat dengan member, ditakuti tanpa dihormati. nak list memang banyak la.

masuk pula form 4, aku pindah sekolah. masa ni entah macam mana marah aku di dicontrol sikit. kira low profile la aku dulu ni. tak cari pasal, diam2 sudah. jadi tak banyak masalah la yang timbul. senior2 memang tak kacau aku la. paling kuat pun, ambil air sekali. itu je la. tapi diam sangat pun tak bagus jugak. member rapat pun tak ramai. nasib baik la laki 1 blok je, boleh la sembang2. jangan cari gaduh dah la. dengan perempuan jangan cakap la, budak kelas aku je la yang aku sembang2. yang lain2 takat tau nama tu ok la kot.

ha, masa pasum pulak. ni ok sikit. dah pandai manage marah2 ni. masa ni la aku belajar. payah juga aku nak marah ni, tapi bila dah marah tu, bahaya2. kalau aku keluar suara, mesti meletup2 punya. pernah sekali masa ni aku mengamuk dalam shopping complex, kecoh abis. semua tengok aku. tak ada malu la masa 2, memang pada pendapat aku orang kedai tu salah pun. customer2 lain pun mengakui la kesalahan kedai tu masa tu. nasib baik la ayah aku ada, kalau tak, tak tau la apa jadi.

macam mana aku stopkan rasa marah? mula2 memang aku akan senyap je. tak boleh cakap, bahaya. memang aku luah semua, nada mesti tinggi, hati orang yang dengar mesti sakit, aku pun takkan bagi peluang orang cakap. kalau orang cakap pun aku tak boleh terima. jadi aku senyap je. kalau kat bilik, memang aku akan layan tidur je la. ni yang terbaik la aku rase. sebab aku ni marah kadang2 sebab emosi tak stabil masa tu. jadi lepas bangun tidur, insyaAllah semuanya kembali aman. itu la beberapa cara yang aku buat.

betul la sabda rasulullah :

"Apabila kamu marah,maka jauhilah orang yang kamu marahi,berubahlah
dari tempat kamu berdiri ketika marah,jika kamu marah dalam keadaan berdiri,
hendaklah kamu duduk,jika kamu marah dalam keadaan duduk,hendaklah
kamu berbaring"

sekarang ni aku kena la belajar sifat sabar. orang yang betul2 kuat bukanlah adalah orang yang boleh bersabar. kena la train diri aku start dari sekarang. nanti nak kerja, kalau tak sabar, tak hidup la aku kat hospital, dah ada keluarga, kucar-kacir la kalau tak ada sifat sabar.

wallahua'alam

mohd hafizuddin bin azman