aku dah kawen!

assalamualaikum

alhamdulillah dah dekat 3 minggu aku kawen ni. memang best la (kawen cepat2 wei!)
berbanyak terima kasih kepada mama, aboh, mak, ayah, ahli keluarga, kawan2 yang bersusah2 dalam semua hal.

lain sket la bila kawen ni.tanggungjawab banyak. sampai sekarang pun aku ada benda yang miss. takpe, belajar slow2.

dulu beli makan sorang je. sekarang kena beli tuk 2 orang.
dulu malas makan tak payah susah2 gi cari makanan. sekarang malas makan kena jugak g beli, zaujah kena makan jugak kan.
dulu bagi duit kat adik je. sekarang tambah lagi sorang (tambah adik ipar ada lagi 2 orang tengah belaja ni. setakat ni selamat lg.haha)
dulu basuh baju sekali seminggu. sekarang selang sehari! 
dulu jemur baju 2 pasang je. sekarang tripple!

tapi takpe, berbaloi.

dulu balik bilik takde food, sekarang ada food tunggu.
dulu tak yah lipat baju, lepas jemur trus pakai. sekarang cari baju dalam almari ada orang lipatkan.
dulu stokin pakai buang. sekarang tiap2 hari tukar stokin.
dulu balik oncall kul 2 pagi konfem orang tido. sekarang siap ada orang teman makan.
dulu nak minum sarsi kena bancuh sendiri, sekarang ada orang bancuhkan.
nak list sume memang tak cukup ruang.
banyak sangat kelebihan.

makin banyak kelebihan ni memang bertambah la tanggungjawab. bukan free2 je dapat best. kena banyak tolak ansur gak.

kena pulak tengah posting peads (kanak2). same posting, tapi jumpa kul 5pm-6.30am je. wad lain2. ketua pulak sampai sekarang tak bagi same off. hangin betul aku. tiap2 kali off aku melangut sorang2 kat bilik.

layan gambar la ye :)


ketibaan hero


berdebar beb time ni. pak imam tanye rukun nikah. kacang je wei. tp duk tengah2 2, ketar2 aku jawab.


"aku terima nikahnye nur 'afifah binti mohd ghazi dengan mas kawen 200 ringgit tunai"
negeri sembilan memang tak boleh lebih rm200 eh mas kawen??


 selamat sudah


my family


my family jugak


ni la kali terakhir aku buat outdoor. segan gile wei!


member2 ukm. tq datang (wancah tiada dalam gambar)


owen the ipohboy (compressor yo!)


mak ayah alia suzane pun ada datang :)


sahabat dunia akhirat. cepat2 la kawen.

walaupun baju aku berkepak dan aku selekeh, takpe la. dah itu je yang baju pengantin pompuan paling sopan, simple.

buat majlis kawen ni, kalau nak jimat, memang boleh sangat, takde masalah. yang penting, kena ada rasa nak berjimat 2 :)

wallahu'alam

alam baru

assalamualaikum

bersawang sudah aku punye blog ni..haha..
takpe la,ni dah ada mase,aku update la sket.

alhamdulillah sekarang bekerja kat hospital teluk intan. setakat ok lagi. kena marah sume tu biase la kan.. tapi dulu lain,sekarang lain. dulu stress lepas kena marah boleh balik bilik tido. sekarang kena marah kena stay lagi tuk kerja..haha..mau tak gile

mule2 start dulu lagi la,keje non-stop sebulan.. haish, letih badan, letih otak. tapi naseb baik la member2 semua ok, MO pun ok. alhamdulillah. aku kene attack ngan specialist je.

best gak duk teluk intan ni. beberapa aktiviti dah dibuat. banyak lagi bakal menyusul. insyaAllah..

 iftar papisma HTI. ade ke?haha

iftar buffet kat lumut

moga diberikan kekuatan tuk teruskan bekerja tuk 2 tahun ni..

wallahu'alam

nak start kerja dah~

assalamualaikum


insyaAllah 26hb Jun akan memulakan kerja dengan menghadiri induksi kat pantai cahaya bulan, kelantan (jauh sangat ni -_-'). bersediakah? konfem la tak. haha. insyaAllah akan cuba yang terbaik. masa induksi baru tahu dapat kerja kat mana. dulu aku mintak sg buloh, serdang n ampang. tapi insyaAllah akan buat rayuan untuk ke hospital lain. doakan dipermudahkan ya.


hm..2-3 hari ni asyik insomnia (susah tido) je memikirkan bende yang dah lama aku rancang, tapi tak jalan2 lagi. marah, stress semuanya ada. alhamdulillah ada sokongan daripada sahabat2.. insyaAllah akan terus cuba untuk kekal tabah & sabar.


"sabar itu indah," kata seorang sahabat =)


santapan gambar style la ye

barakallah. sahabat merangkap housemate tuk 2 taun. zaujahnye takde. zzz

cantik kan? bunga kat rumah nazil

sing a pore

assalamualaikum


alhamdulillah, berkesempatan bercuti ke johor & singapore. memang best berjalan ke tempat orang ni. macam2 boleh belajar. kami gi 2 kereta. 1 kereta pakcik aku n kereta sepupu aku. tapi aku jugak yang jadi drivernye. takleh nak lari. gilir2 ngan sepupu aku. tapi ok la, drive kat oversea :P


sebab ape nak gi sane? plan memang sebab nak makan puas2. nasi briani, sup tulang, ikan bakar, ABC sedap. memang jadual dh siap susun. haha. kalau la bleh susun jadual camni dalam beribadat. insyaAllah. ~muhasabah~



1st destination: johor factory outlet.
takde la murah mane pun. same je ngan KL punye harge. ada la yang murah, model2 lame. langit cantik mase ni =)

2nd destination: sup tulang zz
hm..tak sedap mane sangat pun. tapi tulang kambing memang sedap la. hehe. patut kena cari sup tulang yang pure punye. nantikan

 di jambatan ke singapore. tak berape jem sangat

drive di oversea. cewah.. haha

 restoran singapore zam zam. briani n murtabak sedap!

murtabak daging. skali rase, nak lagi

bersama dato mahfuz omar. die pun suggest makan kat sini =)




 masjid sultan. sangat bersih dan ramai orang kat dalam walaupun bukan waktu penuh masjid di malaysia. zikir, baca quran. same macam suasana masjid di palestin.

 ika. cousin

 puan2 sri tawar menawar

 bangunan cantik. pokok2 pun cantik

bersih n nyaman. tenang tanpa jem n hon.

dalam stesen MRT. sangat laju n luas.
 piza sarpino sedap gile!

 shopping mall mahal!

 jelly..sedap!

 tauhu bakar. layan gile. tapi banyak ajinomoto. pagi esok sakit tekak =.='

 ikan bakar tip top

arab street. tempat briani singapore zam zam + tempat beli kain2 puan sri.

layan gambar je la ye. malas nak tulis =)
mari merantau, belajar erti kehidupan.

di terengganu

assalamualaikum

alhamdulillah..jumpa application blogger kat ipod.bleh update kat ganu

best balik kampung skali skala ni.jumpe sedare, atuk nenek.

kali ni dapat jumpe UAI skali..hoho..kat KL harap la nak duk depan skali.datang kul 7 konfem duk luar. kat ganu ni datang kul 7 pn bleh duk depan skali. ni la bleh salam, cium tangan daei sejuta umat ni.. alhamdulillah~

hari 1st aku g kat masjid kg kijing, marang. ni tak ramai sgt orang.
hari 2nd aku g kat masjid pgkalan berangan. y ni best. pengalaman baru

aku sampai dalam pukul 7.15pm. bile sampai aku was2. guane pulok ceramoh uai ada 5 orang je. 3 orang lepak kat tangga masjid ,sambil2 isap rokok daun, sorang tgh azan dalam masjiid, sorang lagi macam pak imam. yang aku nampak 5 orang la. aku pun tanye pasal kuliah uai. die kate kat masjid lagi 1 sebab sini ada 2 masjid. 1 masjid BN, 1 lagi masjid pas.. hmm.. ni la 1st time terang2 ada orang ngaku camtu depan aku. kat sg buloh ada je masjid BN, tp makmum campur2. ok je semua. x obvious sangat parti
politiknye. ni memang kosong terus.
sedih gak tengok sebab masjid pas 2 daripada jauh dah berpuluh2 orang kat luar, ratusan mungkin.

kene hapuskan mentaliti masjid pas n umno ni

*dh seminggu kesihatan tak menentu. terasa rindu nikmat kesihatan yang baik

dikala zina lebih mudah daripada berkahwin

assalamualaikum

dulu bila ada nyatakan hasrat nak berkahwin,
"ape yang kamu ada?"
"saya ada satu cincin besi."
jadi la cincin besi sebagai mahar.
nak kate ape yang ada, itu la yang diusahakan.

sekarang
"ape yang kamu ada?"
"saya dah ada dalam 10 ribu."
"hm..tak cukup lagi tu. kumpul lagi ok."

jumpa artikel menarik daripada facebook IKRAM. untuk diambil pengajaran oleh diri sendiri terutamanya dan juga sesiapa yang ingin mengambil pengajaran daripadanya. mungkin bukan zaman sekarang, akan datang insyaAllah. tunjukkan kepada masyarakat yang Islam itu indah lagi mudah =)


Oleh Azlina Roszy Mohamad Ghaffar
FARAH, 24, (bukan nama sebenar) berada pada tahun akhir pengajiannya. Insya-Allah dalam sebulan dua lagi beliau akan menamatkan pengajian ijazahnya dalam bidang pengurusan perniagaan. Beliau lama bercinta dengan Azrul (bukan nama sebenar) yang juga menuntut di universiti yang sama dalam bidang kejuruteraan.

Mereka yang tinggal di kampung sama, bercinta sejak di bangku sekolah lagi. Ibu bapa mereka juga mengetahui percintaan mereka dan masing-masing tidak menghalangnya.

Bagaimanapun, Farah dan Azrul hairan mengapa ibu bapa mereka sering menolak hasrat mereka untuk mendirikan rumah tangga. Pelbagai alasan diberikan seperti mereka masih terlalu muda, masih mentah, belum boleh berdikari lagi dan belum mempunyai kewangan tetap.

Oleh kerana mereka tidak mahu terus hanyut dalam dosa kerana sering bertemu dan berdua-duaan tanpa nikah, mereka mengambil keputusan untuk bernikah di selatan Thailand secara rahsia. Mereka walaupun bernikah, masih dalam dilema. Ini kerana selepas tamat pengajian mereka masih tinggal dengan ibu bapa masing-masing dan tidak dapat menjalani kehidupan seperti suami isteri. Ibu bapa juga mendesak agar mereka menunggu beberapa tahun lagi untuk berkahwin.

Alasannya bekerja dulu untuk mengumpul wang bagi menyara kehidupan. Farah tertekan dengan keadaan ini dan pernah bercadang untuk melarikan diri, tetapi dibantah oleh Azrul yang menasihatkannya agar bersabar. Mereka juga risau apabila memikirkan sekiranya mereka akan dinikahkan buat kali kedua. Pada masa yang sama mereka juga tidak berani untuk berterus terang kerana khuatir akan dipinggirkan oleh keluarga masing-masing.

Raudhatus Sakinah menerima banyak pertanyaan daripada remaja, terutama remaja di institusi pengajian tinggi mengenai hasrat masing-masing untuk bernikah bagi mengelakkan maksiat. Malah, ada yang pernah terlanjur beberapa kali akibat pergaulan bebas atau cinta yang terhalang. Adalah malang sekiranya remaja ini terus hanyut dalam arus percintaan berlandaskan hawa nafsu tanpa mendapat bimbingan daripada ibu bapa mereka. Lebih malang lagi sekiranya niat suci mereka untuk bernikah dihalang oleh ibu bapa dengan pelbagai alasan yang remeh.

Ibu bapa seharusnya boleh mengenali sekiranya si anak tadi bersungguh-sungguh atau tidak dalam permintaannya. Dan permintaan untuk bernikah bukanlah suatu permintaan yang boleh dianggap main-main atau gurauan. Tetapi ia melambangkan ketulusan hati dan kematangan fikiran. Tahap kematangan anak berbeza-beza, tetapi tidak sedikit mereka yang mempunyai kematangan fikiran dan mampu memikul tanggungjawab yang berat lantaran perkahwinan. Kehidupan zaman internet yang memberikan pelbagai kemudahan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada manusia menjadikan seseorang itu terdedah kepada lebih banyak maklumat yang menambah tahap kematangan dan kebolehannya membuat keputusan.

Kadang-kadang ibu bapa kurang pasti terhadap kesungguhan anak yang dianggap mentah kerana masih pada peringkat awal pengajiannya. Oleh itu, perkara ini perlu dibawa berbincang dari hati ke hati dan bukannya menolak mentah-mentah permintaan anak. Pastikan anak mempunyai persediaan untuk mengharungi alam rumah tangga iaitu persediaan mental, emosi dan spiritual, di samping persediaan fizikal seperti keadaan kesihatan dan kewangan. Ibu bapa yang prihatin dengan kesejahteraan hidup anak, pasti akan memberikan bantuan terbaik agar mereka dapat mengharungi kehidupan ini dengan sebaiknya.

Bantuan yang diberi bukan setakat memastikan makanan, pakaian dan pelajarannya terjaga. Malah, dalam bentuk perkongsian pengalaman dan kesediaan untuk memahami jiwa anak-anak yang meningkat dewasa serta menunjukkan kematangan untuk memikul tanggungjawab. Sebagai ibu bapa bestari, berilah nasihat dan bimbingan berguna kepada anak agar berwaspada dalam pergaulannya dan menjauhi seks luar nikah. Ibu bapa mesti mempunyai rasa cemburu dan curiga seandainya anak terlalu bebas dalam percintaannya hingga boleh menyebabkan mereka terlanjur.

Jangan terlalu memberat-beratkan urusan yang tidak wajib hingga menyebabkan anak melihat perkahwinan itu terlalu sukar, tetapi berzina pula lebih mudah. Islam memandang mulia institusi perkahwinan kerana ia adalah tunjang kekuatan sesebuah masyarakat. Anjuran berkahwin boleh dilihat melalui firman-Nya bermaksud:
Dan kahwinkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak berkahwin dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Sekiranya mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.(Surah an-Nur, ayat 32)

Rasulullah pernah bersabda maksudnya:
Wahai kumpulan anak-anak muda! Barang siapa antara kamu yang mampu berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin! Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pemandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, sebab yang demikian itu akan menahan nafsu.(Hadis riwayat Jamaah).

Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam karangannya yang masyhur iaitu Tarbiyyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan Anak-anak Di dalam Islam) mengungkapkan bahawa perkahwinan itu adalah fitrah kemanusiaan, pemelihara maslahat kemasyarakatan dan penyucian hubungan antara manusia. Beliau menggariskan hikmah perkahwinan seperti berikut;

Pemeliharaan terhadap benih manusia.
Pemeliharaan terhadap keturunan dan nasab.
Keselamatan masyarakat daripada penyakit sosial dan moral.
Keselamatan masyarakat daripada penyakit yang menular akibat zina.
Ketenteraman jiwa, naluri dan akal fikiran.
Membangunkan kerjasama suami isteri dalam pembangunan keluarga dan pendidikan anak-anak.
Menyuburkan perasaan belas kasihan ibu bapa.

Bagi pasangan muda yang dilamun cinta, perkahwinan berupaya mententeramkan jiwa yang bergelora dan memberikan ketenangan dalam menuntut ilmu. Tidak keterlaluan kalau dikatakan ramai yang berjaya dalam pengajian masing-masing meskipun berkahwin pada usia muda. Ini adalah janji Allah bagi mereka yang mematuhi syariat-Nya seperti dalam firman-Nya bermaksud:
Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.(Surah ar-Rum, ayat 21)

Sabda Rasulullah bermaksud:
Apabila datang (melamar) kepadamu orang yang kamu sukai akhlak dan agamanya maka kahwinilah dia. Kalau tidak engkau perbuat demikian, akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.(Hadis riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Hadis ini jelas mengingatkan ibu bapa terhadap tanggungjawab untuk mengahwinkan anak mereka sama ada lelaki atau perempuan apabila sampai masanya. Ini untuk mengelakkan bencana maksiat zina yang lebih dahsyat lagi.

[Azlina Roszy Mohamad Ghaffar adalah Pakar Psikologis Klinikal dan aktivis Wanita IKRAM]

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
 

asingkan

assalamualaikum

alhamdulillah cuti ni sempat jumpa dengan member2 lame, main futsal same2, tengok bola same2, menge'teh' same2..gunakan masa lapang sebelum sempit...

lepas futsal, birthday suprise tuk Fit
dari kanan: anip tuf, naqi, beckam, aku, jehe, fit

alhamdulillah, dah settlekan sebahagian medical check up arini. tinggal nak jumpa Dr je 11/5/12 ni.. lancar je tadi.

buat kat HKL, memang mantop pengurusan, layanan semua.. memang best. tapi ada benda la yang aku nak kena take note tuk masa depan. bila kena kat diri sendiri baru la terngadah.

hm.. masa mula2 ak start uruskan opkim dulu, impian aku nak buat opkim yang asingkan laki2 n perempuan. alhamdulillah ada la beberapa opkim yang berjaya. kebanyakan bergantung kepada berapa ramai yang join masa 2. kalau seimbang lelaki n perempuan, alhamdulillah boleh buat. sebab opkim ni bukan bende yang darurat pun nak campur laki n perempuan ni.

sama la keadaan kat hospital ni. teringin nak tengok hospital kerajaan usahakan asingkan laki n perempuan. tadi aku kene buat X-ray chest kan..hm.. memang la pintu tutup dari pandangan pesakit2 kat luar. tapi dalam pun ada pintu n koridor yang pekerja2 (lelaki n perempuan) lalu. pintu yang dalam tu tak ditutup plak. radiologist perempuan ni dengan selamber je suruh buka baju. die ingat lelaki ni takde malu ke ape. aku menganggap badan ni masih lagi aurat kepada perempuan bukan mahram selagi mana aku berasa malu nak buka. dah kate pun aurat=malu. bukan tak boleh pun nak asingkan lelaki n perempuan. biar la tunggu lame asalkan syariat ditegakkan.

akan datang aku akan bekerja kat hospital. biasa aku duk tengok kat HUKM, ada wad yang campur, ada yang asing laki n perempuan. dah pesakit boleh asingkan, pasti boleh diusahakan asingkan Dr2 juga. keadaan akan jadi lebih selesa, lebih berkat insyaAllah, lebih cepat pesakit sembuh =)

kalau diri sendiri@saudaramara yang sakit, mesti kita nak yang sama jantina yang periksa, lebih2 bab bersalin. tapi untuk pesakit, kita belakangkan benda ni.

kita boleh berkata,"kami nak periksa je. bukan ada pape perasaan pun."

jadi aku ambik kata2 prof harlina,"its not about how you feel, it is all about how the patients feel."

jadi azam aku, usahakan buat pengasingan ni sebaik mungkin.
kalau bukan masa HO, buat masa MO,
kalau bukan masa MO, buat masa jadi specialist,
kalau tak boleh buat sampai bila2, kita la orang yang bertanggungjawab atas tugas tu kat akhirat nanti.
kalau tak sempat buat, moga diampunkan Allah atas khilaf ni.. astaghfirullah.

wallahu'alam

mondok

assalamualaikum


alhamdulillah,segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.


daripada 7/5 sampai 11/5 hari tu aku bersama 5 orang lagi sahabat berkesempatan ngaji kat pondok bustanul ariffin kat banting. kira2 dalam 10 minit la dari masjid KLIA.


belajar 4 kitab: 
1. matan sanusi - ustas hamzah
2. hadith muhimmah - ustaz ansori
3. matan safinah - ustaz zaidi
4. hidayatus salikin - ustaz hanafi


dalam 4 kitab ni, bab tasawuf ngan tauhid paling susah sekali aku rase. yang lain tu takde la nak kate boleh ikut semua, tapi maca ok sket la nak ikutnye. contoh mcm bab feqah, haram minum arak, syarat2 tayamun,wudu'. kan macam boleh nak ikut. 


matan sanusi yang ustaz hamzah ajar 2, last kuliah baru la aku nak dapat feel. terus abih. tak cukup 5 hari ni. kena lame2 sket. insyaAllah ada sambungan lepas ni. (takde gamba ustaz hamzah)


jalan menuju Allah ni dalam bab tasawuf..hmm..menarik belajar ni. asyik kene batang idung sendiri je. 1st topik blaja pun dah bab makan, mane tak terkene. tp alhamdulillah, ada yang mengingatkan. insyaAllah same2 kita cube perbaiki diri. bile blaja tasawuf ni, terasa macam jauh lagi nak dapat syurga 2. kalau nak ikutkan, payah betul. ujub, takabur, ria' dll. bila ustaz bacakan tentang hadis 7 lapisan langit yang setiapnye dijaga oleh malaikat. ada yang boleh detect ujub, ada yang bleh detect takabur, riak. setiap lapis 2 lain2. amalan2 kite diangkat ke langit setiap hari, tak lepas 7 malaikat ni,xsampai le kelangit, bahkan dicampak ke muke2 pengamalnye. kalau dah lepas pun, last sekali Allah menerima amalan yang ikhlas yang mane hanya Allah yang boleh menilai. panjang hadis ni kalau nak copy, nanti bace k. perlunye mengharap pada rahmat Allah. hanya dengan rahmat Allah, kite dapat ke syurga, bukan atas amalan2 yang banyak. 


ustaz hanafi


pengalaman lain yang best, zikir & wirid lepas solat..duk sane macam takde sangat berkehendak kat bende2 lain macam fb la,cerite la. tp tido ada la berkehendak. nak katenye takde bende yang boleh dibuat kat sane. jadi masa lepas solat 2 mmg banyak masa diambil tuk berzikir. tak pernah aku buat sebelum ni, sampai setengah jam. doakan moga aku istiqamah.


 sek2 duk kat depan

 sek2 duk belakang

abih sudah zikir


part makan jangan cakap la, lauk simple, sikit tapi sedap. berkat student2 pondok memasak barangkali. memang berselera je setiap kali.


simple tapi sedap

layan gambar la ye =)


tak tahu pondok ape ni. pejabat dulu kot

budak2 pondok main bola. johan selangor ni.

main bola lagi

musolla. sangat berangin!

dewan makan

diskusi pasal bola

ustaz zaidi

pemandangan

merasa sedikit tenang berada dalam majlis ilmu tuk 5 hari ni. alhamdulillah~

wallahu'alam

ps: yang mane lebih bermakna. belajar dipondok selama 5 hari @ di fakulti perubatan selama 5 tahun?

mohd hafizuddin bin azman