sanggupkah aku?

assalamualaikum

2/3 hari ni aku banyak kali dengar lagu hamzah asadullah. memberi peringatan kepada aku tentang perjuangan sahabat2 baginda. memang aku suka baca buku2 sirah ni. buku fikrah bukanlah tak suka, tapi slow2 la. banyak yang aku belajar melalui sejarah2 lepas. nama hamzah ni selalu sangat kita dengar, tetapi aku sendir jarang mendengar orang bercerita mengenainya

hamzah ni pada mulanya kuat menentang rasulullah. kira 1 geng la dengan umar. memang dua orang ni sangat mahir perang dan orang musyrikin pun takut dengan mereka.

hamzah dibunuh dalam perang uhud. dikisahkan keadaan jasadnya hancur sehinggakan rasulullah menyuruh al-zaid saudara hamzah mengalihkan pandangan daripada melihat jasad hamzah kerana tidak mahu die melihat apa yang terjadi pada hamzah.

abdullah bin mas'ud menceritakan : belum pernah lagi kami melihat rasulullah menangis sepertimana baginda menangis keatas jasad hamzah bin abdul muttalib. baginda meletakkan jenazah hamzah disebelah kiblat, disitu baginda berdiri disamping hamzah dan menangis sehingga kedengaran sedunya.

syahidnya hamzah merupakan 1 kehilangan yang besar buat umat islam. lihatlah sendiri bagaimana rasulullah menangisi pemergiannya. innalillahi wainna ilaihi rajiuun.

bila orang islam ditanya,"adakah kamu sanggup pergi ke palestin untuk berjihad?" pasti semuanya akan menjawab,"sanggup!!" jika soalan itu benar2 ditanya pada 1 hari nanti, adakah aku masih lagi menjawab sedemikian? Allah nak bagi hambanya masuk syurga free, takkan la senang2 je. mesti ditapis.

kalaulah betul mahukan syahid, kenapa dunia masih dijadikan sasaran, akhirat semakin ditinggalkan. yakin pada hari akhirat semakin luntur. yakin pada janji2 Allah semakin luntur. perkara mungkar semakin berleluasa. amar makruf semakin ditinggalkan.

peringatan buat aku sendiri. moga2 amal aku bertambah akan datang dan amal2an itu diterima Allah.

p/s : baca la buku al-raheeq al-makhtum untuk sirah. dibuat rujukan. nk abihkan semua, letih juga.

pemilik cintaku setelah rukun iman yang 6

assalamualaikum

lame tak menulis ni. aku tiba2 teringin plak cerita pasal benda ni.

keluargaku


mesti la keluarga aku dulu kan. dah kata pun hidup dari aku lahir sampai la sekarang asyik duk berkepit je ngan keluarga aku ni. adik beradik pun 2 orang. kalau bukan dengan ayah, mak & adk aku, dengan siapa lagi aku nk lepak kat rumah. alhamdulillah lepas masuk UKM ni lagi banyak masa yang aku luangkan kat rumah. tak de la macam dulu duk pendang, pastu taiping lagi. seboleh2nya aku akan cuba juga untuk balik rumah. tapi biasa la, masa aku terhad, kadang2 ada lama juga aku tak balik rumah. program2, kelas yang padat, & 'jalan' yang aku pilih memang tidak mengizinkan untuk aku nak balik rumah selalu. dah la mak aku duk rumah sorang2 sekarang. maafkan aku mama.

perjuangan


aku telah ditunjukkan jalan oleh Allah untuk aku berjuang pada agama-Nya. jadi insyaAllah akan aku teruskan perjuangan ini sampai la aku ke liang lahad. dalam berjuang ni pun banyak benda2 yang aku sayang. sahabat2, program2, jemaah2, kereta yang banyak menyumbang, & masa2 yang aku gunakan untuk berjuang. nak dibandingkan aku dengan sahabat2ku yang lain apa la sangat yang aku buat. itu pun aku duk mengeluh lagi. ya Allah, tempatkanlah aku dalam golongan orang2 yang sabar. aku mohon supaya sahabat2 doakanlah hamba Allah yang hina ni supaya terus istiqamah dalam perjuangan & paling penting sekali, mati dalam iman.

motorsikal stylo


ni la motor aku yang 1st aku beli. best tu bawak moto ni. dengan kuasa 125cc, memang tiada tandingan. banyak dah jasa motor ni kat aku. pergi masjid al-azim, beli barang2, pergi konsert antara dunia. tapi last2 dia buat perangai dengan aku, abih duit aku. nak buat macam mana, jooh aku dengan moto ni tak panjang. setelah beberapa bulan, aku pun jual la. 4 hari lepas tu aku terus beli moto baru.


alhamdulillah. moto ni best jugak la. dengan kuasa 135cc, tiada tandingannya ni la kapcai terbaik di malaysia. lagi banyak jasa dia. tapi ada skali die 'merajuk' ngan aku. abih calar badan aku, seminggu dapat muscle & joint pain. tp alhamdulillah, tak de yang serius. moga2 moto ni dapat terus berkhidmat kat aku.

pemilik cintaku setelah semua diatas


ha, ni aku tak boleh nak cerita sangat sebab belum ada lagi. bila mana nnti dah ada zaujah, mesti la nak kena jaga elok2. amanah Allah tu. tanggungjawab sangat la besar. kalau ada anak nanti, lagi2 berganda tanggungjawab. mampukah aku?tak leh jawab sebab tak lalu lagi. insyaAllah, apa ujian yang Allah berikan mampu diatasi oleh hamba2-Nya. moga2 cintaku pada zaujah aku akan datang akan meningkatkan cintaku pada Allah dan Rasul.

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” - ali-Imran : 38

banyak lagi benda2 yang aku sayang. takkan nak cerita semua. tak muat blog aku. dunia ni semua. moga2 cintaku pada dunia tidak melebihi cintaku pada akhirat.

'sekiranya kamu mengejar akhirat, pasti dunia akan mengejar kamu. sekiranya kamu mengejar dunia, akhirat akan meninggalkan kamu'

wallahu'alam

susah sangat ke?

assalamualaikum

sejak akhir2 ni banyak pulak benda yang mengajar aku pentingnya bersangka baik. dalam family, jiran2 dan sahabat2.
tidak dinafikan adanya bersangka buruk yang diharuskan untuk menjaga keselamatan diri. 'hazar' la 2. contohnye macam berhati2 bila nak tumpangkan orang yang kita tak kenal.
sangka buruk yang haram ni pula selalunya disebabkan oleh hasad, cemburu, dengki dan berniat nak jatuhkan orang lain. aku terbaca ni kat blog orang berkenaan sangka buruk ni :

"...dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya."

jadi ada la sikit tips yang ak baca dari blog yang sama. aku copy je. dari segi teorinya nampak senang, tapi praktikalnya...bagi aku mungkin ambil masa nak terus istiqamah. tak apa, kalau tiba2 teringat tips ni, amalkan la. memang manusia ni selalu lupa pun kan. nikmat yang Allah bagi setiap detik pun manusia lupa.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." - Surah al-Hujurat, ayat 12

aku yang menulis ni lebih bertanggungjawab untuk amalkan benda ni jika nak dibandingkan dengan kalian yang membaca.

wallahu'alam

apabila insan hebat meninggalkan kita

assalamualaikum

aku nak berkongsi 1 video yang aku tengok. kene pulak semalam baru lepas dengar khutbah dari ust zul. dia ceritakan bagaimana saat2 ketika Rasulullah.



tanamkanlah rasa cinta kepada Rasulullah. sepatutnya perasaan cintakan Rasulullah ini seeloknya ditanam sejak dari kecil lagi. tapi masih belum terlambat. banyakkan selawat. bagi yang baru nak mula, mulakan dengan selawat 5 kali setiap kali selesai solat fardhu. kalau terlupa, 'qada'' cepat2.

Sabda Rasulullah : "Didiklah anak-anak kamu kepada tiga perkara,iaitu cintakan Rasulullah s.a.w, kasihkan ahli keluarga baginda dan membaca al-quran, kerana sesunguhnya beramal dengan al-quran itu akan mendapat lindungan dari arasy Allah, iaitu pada hari tidak ada lindungan kecuali lindungan atau payungan daripada Allah bersama-sama para nabi dan ahli sufiNya"

wallahu'alam

bestnya dapat hadiah


assalamualaikum

mesti rase seronokkan kalau ada orang bagi hadiah kat kita. tak kisah la sebab apa pun. birthday, dapat 5A, dapat A+, 1 A dpt rm10. bagilah apa pun, mesti seronok.

macam mana pula kalau dapat hadiah dari Allah. memang hari2 kita dapat. setiap jam, setiap minit, setiap saat. contohnye udara ni la, degupan jantung, darah mengalir dalam badan. nak tulis memang banyak la sangat. semuanya Allah bagi tanpa kita minta pun. kalau kena minta jugak, mati la kita.

"jangan Kau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri walau kadar sesaat mahupun kadar yang lebih pendek dari itu"

bila kita dapat benda yang best2, mesti kita rase syukur la sangat2. contohnye dapat result exam la, cemerlang pulak. Alhamdulillah diucap berkali2. setiap kali orang tanya, mesti ada punya Allahamdulillah.

bersyukurkah kita jika ditimpa ujian? sedangkan ujian itu juga datang daripada Allah. dan jika kita hadapinya dengan sabar, maka ujian itu meningkatkkan keimanan kita dengan Allah. teringat aku pada tazkirah sahatku di PASUM dulu, "pernahkah kita mendengar orang mengucapkan alhamdulillah jika dia tak dapat 4.0?"

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

baru2 ni result exam keluar. ada yang lulus sume, ada yang ulang paper, ada yang ulang taun. semua result2 tu adalah ujian dari Allah. hatta yang lulus semua pun adalah ujian dari Allah. tapi bagi kita insan yang lemah ni, bila ditimpa suatu musibah, mesti la rasa sedih, down, menyesal. bersedihlah sebab itu memang fitrah manusia. Rasulullah juga bersedih apabila ditimpa musibah. tapi bersedih itu berpada2 lah.

sabda Rasulullah,"sebaik2 perkara itu adalah yang sederhana."

bila aku tahu yang ak fail 1 paper, tak ada rasa apa2 pun sebenarnya. tapi memang kadang2 ada masanya rasa sedih juga kan. bagi aku sendiri, banyak hikmahnya aku ulang paper ni. cuti tak membazir. banyak benda boleh ak buat di kolej ni. kuliah pun banyak, khutbah best pun dekat je. nak cuti panjang2 pun,rumah dekat je. jadi tak la terasa sangat pasal cuti sikit ni.

tak tahu kenapa, aku sangatlah gembira duduk bersama2 sahabat2 yang mengulang ni. semua tengah susah. semua seboleh mungkin membantu. yang bagi semngat pun ramai. tak ada yang bermegah2 dengan kepandaian sebab semua pun same je. aku akan hargai nikmat ujian yang Allah berikan kat aku ni. moga2 aku tergolong dalam golongan hamba-Nya yang bersabar.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah ayat 286

inilah hadiah daripada Allah untuk aku

wallahu'alam

apa nasibku, comel dibuang..

assalamualaikum

sekarang ni banyak sangat kes2 buang bayi aku tengok. teringin plak tulis pendapat aku pasal isu ni. ni pendapat aku je, tak nak terima, tak kisah pun. tapi harapnya bermanfaat.

bagi aku,pasti ada main reason kenapa benda macam ni boleh jadi. takkan tetiba je jadi..mustahil bukan? budak sikit punya la comel, die buat macam sampah.

bayi dalam longgokan sampah

dulu masa zaman jahiliyah, orang2 kafir buang anak2 perempuan. sekarang ni, bukan anak perempuan je, yang lelaki pun kena buang skali. agak2 kamu la kan, mane lagi teruk?

dulu orang zaman jahiliyah ni jahil tentang agama, sehinggalah datangnya Rasulullah. maka ramai yang kembali ke pangkal jalan. tapi zaman kita ni Rasulullah dah tinggalkan al-Qur'an dan Sunnah, tapi manusia masih lagi berpaling.
(orang kafir yang tak baca al-Quran pun tahu buang bayi tu haram)

"sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua2nya nescaya kamu tidak akan tersesat selama2nya. itulah al-Qur'an dan sunnahku."petikah khutbah terakhir Rasulullah.

seharusnya bayi ini berada dalam buaian yang selesa, bukan dalam baldi.

lagi 1, banyak sangat program2 kat malaysia ni yang menjurus kepada percampuran lelaki dan perempuan. hiburan berleluasa. amalan berdua2an semakin digalakkan. ibu bapa tidak menghalang anak2 berdua2an, malah menyatakan sokongan. perbuatan zina semakin berleluasa. apatah lagi perbuatan mendekati zina.

"dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." al-isra' : 32

kadang2 yang halal lebih lagi dipandang serong daripada yang haram. contohnya : ustaz yang menikah 2 lebih lagi dipandang serong daripada lelaki dan perempuan yang bukan mahram berdua2an.

tuan guru nik aziz telah menghabiskan 2 juta ringgit untuk kempen tutup aurat. betapa beliau tahu mane yang patut dibendung terlebih dahulu sebelum yang lebih buruk berlaku. tapi ada pemimpin sekular yang mengkritik hebat tindakan tuan guru itu. dikatanya membazir, astaghfirullah.

memang aku tak nak cerita sangat pun pasal buang bayi ni. cerita2 tu korang boleh baca dalam paper. yang tak ada dalam paper, pendapat aku yang tak seberapa ni ha. tapi aku bagi la sikit2 gambar2 kes buang bayi. moga2 menginsafkan kita semua.

"dan apabila bayi2 perempuan yang dikubur hidup2 ditanya, kerana dosa apa dia dibunuh?"
at-takwiir : 8 & 9

wallahu'alam

keluhan hati seorang adam

assalamualaikum

ha,kali ni ak tulis tuk kaum hawa pulak. aku ambil kat dalam facebook. facebook pun ada baiknya kalau digunakan dengan betul.

Duhai akhwat yang kukagumi
Yang memiliki iman di hati
Dengarlah suara hati para lelaki
Sudahi menebar simpati
Hentikan bermanja pada kami
Kami ikhwan biasa yang tidak suci
Yang ingin teguh di jalan Ilahi.

Duhai yang kukasihi para akhwat
Yang memiliki malu, hormat dan martabat
Kami adalah pria biasa yang mudah terpikat
Iman kami tak sekuat para nabi dan sahabat
Fotomu bertebaran menggoda dan mengusik syahwat
Kecantikanmu menembus hati yang taat syariat.

Duhai akhwat yang kusanjungi
Jangan hajar emosi dan jiwa kami
dengan perhatian yang murah
Jiwa ini terasa gerah
dengan pujian yang membuncah.

Duhai akhwat yang kupuja
Engkau adalah mutiara berharga
Harapan bangsa dan agama
Bukan hanya fisik yang harus dijaga
Akhlak juga harus dihiasi
dengan lembaran hidup islami

Engkau akan terlihat anggun
Bukan karena pengagummu yang berjibun
Tapi karena sikapmu yang santun
Engkau semakin mempesona
Dengan izzahmu yang terjaga
Engkau semakin cantik memikat
Karena kepribadianmu yang sesuai syari'at
Renungkanlah duhai akhwat

ni orang indonesia yang buat, jadi ada juga perkataan2 yang aku tak faham.

rangkap last skali tu memang aku suka. kesimpulannya macam nak suruh gadis2 ni jaga agama la.
tapi ada juga aku tengok gadis2 lebih suka meninggalkan agama untuk mengejar dunia yang sementara.

aku cerita sikit pasal artis2 ni. masa aku form 3 dulu aku pernah terbaca dalam paper dialog artis ni.sampai mati pun aku takkan lupa punya insyaAllah.
"masa muda ni la saya nak pakai macam ni. dah tua nanti takkan nak pakai macam ni lagi"
astaghfirullah. moga dirinya diberikan hidayah Allah.
tidak kira lelaki ke perempuan, masa mudalah nak buat amal, nak buat bekal akhirat + persiapan hari tua.
kalau kebanyakan pemuda2 yang berpaling daripada agama Allah, itulah cermin kepada barisan kepimpinan negara akan datang.

"jika kamu melihat orang berbuat maksiat, malulah kamu kerana mereka melakukannya dalam keadaan yang jahil sedangkan kamu melakukannya dalam keadaan kamu tahu"

untuk lelaki, jangan main2 dengan perempuan ni. walaupun pangkat ustaz, belum tentu lagi dapat mengatasi fitnah perempuan.

sabda Rasulullah SAW :
Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki daripada wanita. Wanita menjadi fitnah ketika mereka menjadi alat membangkitkan nafsu dan keinginan bagi lelaki.

kalaulah semua perempuan ikut rangkap yang last tu, hebatnya mereka.
lahirnya para nabi dari rahim wanita2 yang hebat.

buat kaum adam, doa2la dikurniakan isteri serta anak2 yang baik.

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Ali-Imran : 38

wallahu'alam

mohd hafizuddin bin azman