apa nasibku, comel dibuang..

assalamualaikum

sekarang ni banyak sangat kes2 buang bayi aku tengok. teringin plak tulis pendapat aku pasal isu ni. ni pendapat aku je, tak nak terima, tak kisah pun. tapi harapnya bermanfaat.

bagi aku,pasti ada main reason kenapa benda macam ni boleh jadi. takkan tetiba je jadi..mustahil bukan? budak sikit punya la comel, die buat macam sampah.

bayi dalam longgokan sampah

dulu masa zaman jahiliyah, orang2 kafir buang anak2 perempuan. sekarang ni, bukan anak perempuan je, yang lelaki pun kena buang skali. agak2 kamu la kan, mane lagi teruk?

dulu orang zaman jahiliyah ni jahil tentang agama, sehinggalah datangnya Rasulullah. maka ramai yang kembali ke pangkal jalan. tapi zaman kita ni Rasulullah dah tinggalkan al-Qur'an dan Sunnah, tapi manusia masih lagi berpaling.
(orang kafir yang tak baca al-Quran pun tahu buang bayi tu haram)

"sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua2nya nescaya kamu tidak akan tersesat selama2nya. itulah al-Qur'an dan sunnahku."petikah khutbah terakhir Rasulullah.

seharusnya bayi ini berada dalam buaian yang selesa, bukan dalam baldi.

lagi 1, banyak sangat program2 kat malaysia ni yang menjurus kepada percampuran lelaki dan perempuan. hiburan berleluasa. amalan berdua2an semakin digalakkan. ibu bapa tidak menghalang anak2 berdua2an, malah menyatakan sokongan. perbuatan zina semakin berleluasa. apatah lagi perbuatan mendekati zina.

"dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." al-isra' : 32

kadang2 yang halal lebih lagi dipandang serong daripada yang haram. contohnya : ustaz yang menikah 2 lebih lagi dipandang serong daripada lelaki dan perempuan yang bukan mahram berdua2an.

tuan guru nik aziz telah menghabiskan 2 juta ringgit untuk kempen tutup aurat. betapa beliau tahu mane yang patut dibendung terlebih dahulu sebelum yang lebih buruk berlaku. tapi ada pemimpin sekular yang mengkritik hebat tindakan tuan guru itu. dikatanya membazir, astaghfirullah.

memang aku tak nak cerita sangat pun pasal buang bayi ni. cerita2 tu korang boleh baca dalam paper. yang tak ada dalam paper, pendapat aku yang tak seberapa ni ha. tapi aku bagi la sikit2 gambar2 kes buang bayi. moga2 menginsafkan kita semua.

"dan apabila bayi2 perempuan yang dikubur hidup2 ditanya, kerana dosa apa dia dibunuh?"
at-takwiir : 8 & 9

wallahu'alam

4 comments:

ni'am March 8, 2010 at 4:31 AM  

ngeri gle gambar...
apa lagi soh farih kempen tutup aurat...kasik sume pakai tudung labuh....

ibnu azman March 8, 2010 at 5:31 AM  

mesti la ngeri..bg org sedar sket...
ap lg niam,ak bleh tlg ambkkn borang cdngan kt fareh,ko isi..haha

Tamar Ridzuan March 8, 2010 at 6:02 AM  

inilah akibatnya apabila...

iman mula menipis dan akal kian terhakis..

ibnu azman March 8, 2010 at 8:17 AM  

inilah akibatnye penasihat pemimpin bukan dari kalangan ulama'...perkara asas dianggap remeh dan diabaikan

Post a Comment

mohd hafizuddin bin azman