ujian dunia

assalamualaikum

20hb-27hb ni aku ada exam sem. cabaran agak besar sebab study week masa raya..hoho..
layan~

walaupun aku dan sahabat2 sibuk dengan persiapan, harapnya kami tidak lupa dengan saat kematian yang boleh datang bila2 masa je. peringatan ni lebih kepada untuk DIRI AKU sendiri. lepas ramadhan ni, perlu lebihkan usaha nak teruskan amalan yang dilakukan dalam ramadhan.

untuk exam ni, sebetulnya tak la bersedia sangat. tapi padan la dengan aku yang suka tgk KCB, main game, download cerita. memang sebetulnya tak banyak yang sempat dibaca. tapi usaha yang sedikit diteruskan tanpa jemu (mungkin)..haha.

tiada yang perlu dirisaukan sangat tentang result sebab hidup perlu diteruskan walaupun apa pun keputusannya.

masa UPSR orang kata,"buat betul2 USPR ni. kalau dapat result bagus, senang nanti nak masuk mana2."
masa PMR orang kata,"buat betul2 PMR ni. kalau dapat result bagus, senang nanti nak masuk mana2."
masa SPM orang kata,"buat betul2 SPM ni. kalau dapat result bagus, senang nanti nak masuk mana2."
diorang ni cakap macam tu je exam last aku..haha

memang benar apa yang dikatakan, tapi masa dulu aku bajet tu la exam paling besar aku dapat. tapi sebenarnya hidup ni ada tujuan yang lebih besar..moga2 impian aku tercapai insyaAllah.

selamat maju jaya tuk sahabat2ku yang nak exam ni. juga kepada sahabat2 yang berada di UM, yang nak interview kerja..walau apa pun keputusannya...

~MOGA2 MEMBERI KEBAIKAN BUAT SEMUA~
insyaAllah

gambar raya 2010
wallahu'alam

selebriti dan ulama

assalamualaikum

lama rasanya tak menulis. terdetik hati nak tulis lepas tengok TV td.

selebriti :
"sedar tak sedar tinggal lagi 2 hari lagi kita nak beraya. macam2 cerita menarik yang boleh kita tonton di TV.........."
pastinya mereka sedang berseronok menyambut ketibaan hari raya itu.

ulama :
"sedar tak sedar tinggal lagi 2 hari ramadhan akan berakhir. seharusnya 2 hari yang terakhir ni berbuatlah ibadat bersungguh2 kerana belum tentu lagi kita sempat bertemu ramadhan akan datang....."
pastinya mereka sedang bersedih, menangis seperti menangisnya para sahabat Rasulullah SAW menelang akhir ramadhan.

inilah 2 situasi yang berbeza antara mereka yang dekat dengan Allah dan mereka yang jauh meninggalkan ajaran Allah. siapakah yang hendak kita pilih sebagai contoh dan tauladan? kini, artis2 disanjung melebihi ulama2. artis2 dipuji, ulama2 dikeji.. na'uzubillah.. moga2 aku dan keluargaku tak tergolong dalam golongan ini.. amin

telah diriwayatkan oleh at-tirmizi, Rasulullah bersabda : apabila umatku telah melakukan 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu : salah satunya artis disanjung2
(hadis penuh boleh cari dalam internet)


mohd hafizuddin bin azman