salam 'eidul adha

assalamualaikum
dah berapa tahun aku solat 'eidul adha di kampung aku.tapi isi khutbah tak ubah2 dari dulu.
raya jatuh pulak hari jumaat,memang smart.2 kali dengar khutbah isi sama.

aku lebih suka mendengar khutbah yang bukan sekadar ilmu semata2,malah berbentuk peringatan kepada umat kini.tapi,khutbah sedemikian semakin sukar untuk dicari.kebanyakannya ingin mengambil hati pemimpin2 1malaysia.perkara2 yang bersangkutan dengan kesalahan pemimpin didiamkan.

teringat aku pada kisah2 pemimpin2 hebat pada zaman dahulu.umar abdul aziz,salahuddin,hulagu khan,bahkan Rasulullah SAW..semuanya menerima teguran2 daripada rakyatnya dengan hati terbuka.tetapi kerajaan mereka tetap gilang gemilang.tidak seperti zaman kini.pemerintah tidak ditegur sedangkan negara tidaklah maju mana sangat.

bilakah negara malaysia akan mendapat pimpinan seperti itu?adakah aku sempat untuk hidup pada zaman tersebut?sesungguhnya aku ingin merasa kehidupan pada ketika dunia mengamalkan sistem khilafah.

wallauhu'alam

p/s : post kali ni macam ada 2 tajuk je.layan je la.aku tulis je apa aku nak tulis.tajuk pun lari.haha

berkorban apa saja~

"anakku Ismail,aku didatangkan mimpi daripada Allah bahawa aku akan menyembelihmu,"
"tunaikanlah perintah Allah itu wahai ayahku.semoga aku berada dalam golongan hamba-Nya yang sabar."

betapa besarnya ujian yang diberikan oleh Allah kepada nabi-Nya Ibrahim dan Ismail.tetapi,semuanya dituruti tanpa ada walau 1 rungutan pun.jika dibandingkan dengan diri kita sekarang ini,jauh bezanya.nak korbankan duit RM1 pun fikir banyak kali.

berbalik kepada cerita tadi..

adakah Ibrahim as tidak sayangkan anaknya?tidak!tapi baginda lebih sayangkan Allah.
adakah Ibrahim as tidak sukakan anaknya?tidak!tapi baginda lebih sukakan perintah Allah.
adakah Ibrahim as tidak mencintai anaknya itu?tidak!tapi baginda lebih cintakan Allah.
begitulah dalamnya cinta dan yakin para nabi terhadap Penciptanya.

bagaimana pula dengan manusia kini?

manusia lebih cintakan dunia daripada akhirat.
manusia lebih menyukai mungkar daripada makruf.
manusia lebih mengutamakan manusia daripada Allah.

raya qurban dah dekat dah ni.marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada kisah nabi Allah,Ibrahim as dan Ismail as.banyak mana pengorbanan yang telah kita lakukan?

akan datang bila kita dah ada kerja,ada gaji,janganlah segan silu keluarkan duit untuk ambil bahagian dalam qurban ni.adakah dengan ambil 1 bahagian yang harganya paling mahal pun RM400 akan mempapa kedanakan kita?

renung-renungkan,dan selamat beramal

wallahu'alam

hebatnya dia

assalamualaikum...

kali ini aku nak menceritakan serba sedikit mengenai tokoh pejuang Islam yang amat aku kagumi.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz

hidupnya penuh dengan kesederhanaan.walaupun hidup bukan pada ketika Rasulullah SAW masih hidup, tetapi gaya hidupnya sama seperti Rasulullah SAW.walaupun sudah bergelar khalifah,tetapi gaya hidup yang sederhana masih diutamakan.kebajikan rakyatnya dijaga dengan baik.

aku ingin membawa beberapa kisah yang menunjukkan betapa zuhudnya umar bin abdul aziz ini.

pidato khalifah umar bin abdul aziz sangat menarik dan mantap.tetapi,pada suatu hari,bukan sahaja pidatonya yang menarik perhatian,malah gerak-gerinya turut menarik perhatian.sedang khalifah sedang berpidato,kedua-dua tangannya mengibas-ngibas bajunya.padahal,gerakan itu langsung tidak masuk dengan pidatonya.setelah habis berpidato,barulah diketahui bahawa baju yang dipakainya baru dibasuh dan belum kering.disebabkan sudah tiada baju yang lain,maka dipakai juga baju itu.baju dipakainya dikibas supaya ia cepat kering.

Subhanallah,hebatnya umar abdul aziz.masih adakah pemimpin yang sebegini pada zaman kita ni?susah nak jumpa..bagi ak,masih ada.Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.hidupnya dalam keadaan penuh kesederhanaan walaupun sudah hampir 20 tahun memegang jawatan sebagai menteri besar.aku nak menceritakan mengenai kehidupan Tuan Guru,tapi bukan sekarang.insyaAllah aku akan tulis pada masa akan datang.bukanlah tujuan aku untuk memasukkan isu politik.tapi,inilah realitinya.

insyaAllah masa akan datang aku akan masukkan lagi kisah-kisah menarik mengenai idola aku ini.

wallahu'alam

terhad

buat renungan semua

manusia kaya ada hadnya,
manusia miskin ada hadnya,
manusia ensem ada hadnya,
manusia cerdik ada hadnya,
manusia laju ada hadnya,
manusia hebat ada hadnya,
tetapi, bagi Allah, maka tiada hadnya.

manusia kaya kerana ada yang miskin,
manusia kurus kerana ada yang gemuk,
manusia pandai kerana ada yang bodoh,
manusia ensem kerana ada yang hodoh,
tetapi, bagi Allah, maka tiada bandingannya.

kenapa perlu sombong sedangkan ada yang lebih hebat daripada kita. tiada perasaan malukah kita mengaku hebat?

nikmat yang kita peroleh semuanya datang daripada-Nya. sekiranya kita memuji Allah setiap masa, ianya belum dapat membalas nikmat mulut yang Allah kurniakan. betapa Maha Pemurahnya Allah. Dia memberikan kita banyak perkara yang kita sendiri tidak pernah meminta daripada-Nya.

jadi, kenapa perlu berkira dengan Allah sedangkan Allah tidak berkira dengan hamba-Nya. jangan sampai Allah berkira dengan kita, kerana ketika itu, kita akan hilang segala-galanya.

wallahu'alam

pilih jangan tak pilih


Bab memilih pasangan hidup tidak boleh diambil ringan. bahkan kita dianjurkan untuk serius dalam perkara ini. Rasulullah SAW menyuruh kita benar-benar serius dalam 3 perkara iaitu nikah, cerai dan ruju'.


Kita nak kahwin bukannya sehari dua, tetapi untuk sepanjang hayat, insyaAllah. Oleh itu, amatlah perlu untuk berhati-hati dan penuh pertimbangan dalam memilih pasangan hidup.

Anjuran ini semakin diabaikan oleh kebanyakan umat Islam. Mereka semakin terjerumus ke lembah maksiat seperti berzina dan ber'couple'. Sehinggakan mereka menikahi pasangannya tanpa memikirkan mengenai agamanya. Ada yang hanya memandang pada paras rupa sahaja. Ada yang melihat pada harta kekayaan semata-mata. Dan yang terbaru, memilih pasangan mengikut negeri (sahabat aku cakap ni).

Apa yang kita usahakan, makan itulah yang kita akan dapat. Cantik yan dicari,cantik la yang kita dapat. Tetapi sejauh manakah kecantikan atau harta itu bertahan? Adakah akan bawa kita ke syurga?

Yang terbaik adalah mengikut apa yang dianjurkan oleh syariat, iaitu berhati-hati, teliti dan penuh pertimbangan dalam memilih pasangan hidup serta menimbang anjuran-anjuran agama dalam memilih pasangan. Seperti dalam post aku sebelum ini, pemiliham calon zaujah membawa kesan kepada pendidikan anak-anak.

Wallahu'alam

mengapa?

isu palestin semakin suram di malaysia.kata sahabat aku, barat telah berjaya menutup segala berita terkini pasal palestin...


mengapa yahudi boleh menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...
tetapi apabila muslim menyimpan janggut,dikatakan sebagai pengganas

mengapa rahib boleh menutupi seluruh tubuhnya bagi memperhambakan diri kepada tuhannya..
tetapi apabila muslimah melakukan begitu dikatakan ditekan

mengapa wanita barat menjadi suri rumah disanjung kerana dikatakan berkorban untuk keluarga..
tetapi apabila wanita Islam berbuat demikian, mereka berkata, "mereka perlu dibebaskan!!"

mengapa gadis2 ke universiti boleh berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
tetapi apabila wanita muslim memakai hijab, mereka dihalang masuk ke universiti..

mengapa apabila kanak-kanak meminati sesuatu bidang, mereka dikatakan berbakat..
tetapi apabila mereka meminati Islam,mereka dikatakan tidak berguna?

wallahu'alam


licensed to heal

hari ini aku terpandang 1 ayat yang menarik perhatian aku...
'licensed to heal'
adakah ayat ini tepat?...adakah ayat ini bertepatan dengan akidah Islam yang sering kita pelajari?

segala ape yang berlaku di muka bumi ini adalah dengan ketentuan Allah.bagi aku,ayat tersebut seolah-olah manusia ini terlalu yakin dengan kebolehan diri sendiri sehingga melupakan yang memberi itu bukanlah manusia,malah Allah.

bakal-bakal doktor perlulah yakin bahawa apa y dilakukan hanyalah sekadar ikhtiar untuk mendapat yang terbaik daripada Allah (dalam konteks ini,kesembuhan daripada penyakit).bagi aku sendiri,keyakinan ini perlu ditanam seawal mungkin bagi mengelakkan akidah kita tidak terpesong pada masa akan datang.

manusia ini 'bergantung' kepada Allah,manakala Allah ini tidaklah bergantung kepada apa-apa..hati-hati!! jangan sampai manusia ini hilang sifat kebergantungan mereka kepada Allah.

bukanlah untuk 'attack' mana-mana pihak.sekadar perkongsian pendapat.

Wallahu'alam

cepatnye..

S : cepatnye fikir pasal anak.rilek dulu..

P : betul tu.tapi ad rasionalnya fikir pasal mase depan anak semasa memilih calon pasangan hidup.

"Bermulanya pendidikan anak, bukanlah sejak daripada kandungan ibu. Tetapi bermulanya pendidikan anak, ialah sewaktu kita mula memilih jodoh."

antara soalan-soalan yang perlu ditanya pada diri sendiri semasa memilih calon :

1. Adakah dia bakal menjadi bapa yang akan mendidik dan menasihati anak-anak ku?
2. Adakah dia wanita yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak ku?
3. Adakah aku dan dia mampu memberikan contoh serta didikan yang sempurna kepada anak-anak kami agar mereka berjaya di dunia dan akhirat?

dan jangan lupa untuk menilai diri sendiri terlebih dahulu sebelum menilai orang lain.

diolah daripada blog orang lain.blog mane?ha, 2 aku tak igt..wallahu'alam

renungan

"tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang yang brjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu darjat. kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang-orang yang duduk dengan pahalanya yang besar." an-Nisak : 95

alhamdulillah..

assalamualaikum....


trcpai gak hasrat ak nk ber'blog'..alhamdulillah..
nk isi blog ni y ssah ni..klu ad mase,insyaAllah ak tulis la....
klu ad pndpt y bertentangan ngan korg sume,silelah komen ye...
memberi tuk menerima...
wallahua'lam..

mohd hafizuddin bin azman