susah sangat ke?

assalamualaikum

sejak akhir2 ni banyak pulak benda yang mengajar aku pentingnya bersangka baik. dalam family, jiran2 dan sahabat2.
tidak dinafikan adanya bersangka buruk yang diharuskan untuk menjaga keselamatan diri. 'hazar' la 2. contohnye macam berhati2 bila nak tumpangkan orang yang kita tak kenal.
sangka buruk yang haram ni pula selalunya disebabkan oleh hasad, cemburu, dengki dan berniat nak jatuhkan orang lain. aku terbaca ni kat blog orang berkenaan sangka buruk ni :

"...dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya."

jadi ada la sikit tips yang ak baca dari blog yang sama. aku copy je. dari segi teorinya nampak senang, tapi praktikalnya...bagi aku mungkin ambil masa nak terus istiqamah. tak apa, kalau tiba2 teringat tips ni, amalkan la. memang manusia ni selalu lupa pun kan. nikmat yang Allah bagi setiap detik pun manusia lupa.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." - Surah al-Hujurat, ayat 12

aku yang menulis ni lebih bertanggungjawab untuk amalkan benda ni jika nak dibandingkan dengan kalian yang membaca.

wallahu'alam

0 comments:

Post a Comment

mohd hafizuddin bin azman