sanggupkah aku?

assalamualaikum

2/3 hari ni aku banyak kali dengar lagu hamzah asadullah. memberi peringatan kepada aku tentang perjuangan sahabat2 baginda. memang aku suka baca buku2 sirah ni. buku fikrah bukanlah tak suka, tapi slow2 la. banyak yang aku belajar melalui sejarah2 lepas. nama hamzah ni selalu sangat kita dengar, tetapi aku sendir jarang mendengar orang bercerita mengenainya

hamzah ni pada mulanya kuat menentang rasulullah. kira 1 geng la dengan umar. memang dua orang ni sangat mahir perang dan orang musyrikin pun takut dengan mereka.

hamzah dibunuh dalam perang uhud. dikisahkan keadaan jasadnya hancur sehinggakan rasulullah menyuruh al-zaid saudara hamzah mengalihkan pandangan daripada melihat jasad hamzah kerana tidak mahu die melihat apa yang terjadi pada hamzah.

abdullah bin mas'ud menceritakan : belum pernah lagi kami melihat rasulullah menangis sepertimana baginda menangis keatas jasad hamzah bin abdul muttalib. baginda meletakkan jenazah hamzah disebelah kiblat, disitu baginda berdiri disamping hamzah dan menangis sehingga kedengaran sedunya.

syahidnya hamzah merupakan 1 kehilangan yang besar buat umat islam. lihatlah sendiri bagaimana rasulullah menangisi pemergiannya. innalillahi wainna ilaihi rajiuun.

bila orang islam ditanya,"adakah kamu sanggup pergi ke palestin untuk berjihad?" pasti semuanya akan menjawab,"sanggup!!" jika soalan itu benar2 ditanya pada 1 hari nanti, adakah aku masih lagi menjawab sedemikian? Allah nak bagi hambanya masuk syurga free, takkan la senang2 je. mesti ditapis.

kalaulah betul mahukan syahid, kenapa dunia masih dijadikan sasaran, akhirat semakin ditinggalkan. yakin pada hari akhirat semakin luntur. yakin pada janji2 Allah semakin luntur. perkara mungkar semakin berleluasa. amar makruf semakin ditinggalkan.

peringatan buat aku sendiri. moga2 amal aku bertambah akan datang dan amal2an itu diterima Allah.

p/s : baca la buku al-raheeq al-makhtum untuk sirah. dibuat rujukan. nk abihkan semua, letih juga.

2 comments:

Tamar Ridzuan March 30, 2010 at 8:02 AM  

salam...syukran atas entry yang berbentuk reflection ni..

semoga menjadi pejuang Islam yang tak kenal erti penat dan jemu...

doakan kami juga...

ibnu azman March 30, 2010 at 8:13 AM  

moga2 memberi kebaikan buat semua

Post a Comment

mohd hafizuddin bin azman