pemilik cintaku setelah rukun iman yang 6

assalamualaikum

lame tak menulis ni. aku tiba2 teringin plak cerita pasal benda ni.

keluargaku


mesti la keluarga aku dulu kan. dah kata pun hidup dari aku lahir sampai la sekarang asyik duk berkepit je ngan keluarga aku ni. adik beradik pun 2 orang. kalau bukan dengan ayah, mak & adk aku, dengan siapa lagi aku nk lepak kat rumah. alhamdulillah lepas masuk UKM ni lagi banyak masa yang aku luangkan kat rumah. tak de la macam dulu duk pendang, pastu taiping lagi. seboleh2nya aku akan cuba juga untuk balik rumah. tapi biasa la, masa aku terhad, kadang2 ada lama juga aku tak balik rumah. program2, kelas yang padat, & 'jalan' yang aku pilih memang tidak mengizinkan untuk aku nak balik rumah selalu. dah la mak aku duk rumah sorang2 sekarang. maafkan aku mama.

perjuangan


aku telah ditunjukkan jalan oleh Allah untuk aku berjuang pada agama-Nya. jadi insyaAllah akan aku teruskan perjuangan ini sampai la aku ke liang lahad. dalam berjuang ni pun banyak benda2 yang aku sayang. sahabat2, program2, jemaah2, kereta yang banyak menyumbang, & masa2 yang aku gunakan untuk berjuang. nak dibandingkan aku dengan sahabat2ku yang lain apa la sangat yang aku buat. itu pun aku duk mengeluh lagi. ya Allah, tempatkanlah aku dalam golongan orang2 yang sabar. aku mohon supaya sahabat2 doakanlah hamba Allah yang hina ni supaya terus istiqamah dalam perjuangan & paling penting sekali, mati dalam iman.

motorsikal stylo


ni la motor aku yang 1st aku beli. best tu bawak moto ni. dengan kuasa 125cc, memang tiada tandingan. banyak dah jasa motor ni kat aku. pergi masjid al-azim, beli barang2, pergi konsert antara dunia. tapi last2 dia buat perangai dengan aku, abih duit aku. nak buat macam mana, jooh aku dengan moto ni tak panjang. setelah beberapa bulan, aku pun jual la. 4 hari lepas tu aku terus beli moto baru.


alhamdulillah. moto ni best jugak la. dengan kuasa 135cc, tiada tandingannya ni la kapcai terbaik di malaysia. lagi banyak jasa dia. tapi ada skali die 'merajuk' ngan aku. abih calar badan aku, seminggu dapat muscle & joint pain. tp alhamdulillah, tak de yang serius. moga2 moto ni dapat terus berkhidmat kat aku.

pemilik cintaku setelah semua diatas


ha, ni aku tak boleh nak cerita sangat sebab belum ada lagi. bila mana nnti dah ada zaujah, mesti la nak kena jaga elok2. amanah Allah tu. tanggungjawab sangat la besar. kalau ada anak nanti, lagi2 berganda tanggungjawab. mampukah aku?tak leh jawab sebab tak lalu lagi. insyaAllah, apa ujian yang Allah berikan mampu diatasi oleh hamba2-Nya. moga2 cintaku pada zaujah aku akan datang akan meningkatkan cintaku pada Allah dan Rasul.

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” - ali-Imran : 38

banyak lagi benda2 yang aku sayang. takkan nak cerita semua. tak muat blog aku. dunia ni semua. moga2 cintaku pada dunia tidak melebihi cintaku pada akhirat.

'sekiranya kamu mengejar akhirat, pasti dunia akan mengejar kamu. sekiranya kamu mengejar dunia, akhirat akan meninggalkan kamu'

wallahu'alam

0 comments:

Post a Comment

mohd hafizuddin bin azman