sebelum dan selepas

assalamualaikum

masuk arini dah 2 hari aku abih exam ulangan aku. takut beb tunggu result ni. insyaAllah, yakin je la dengan Allah. moga2 diberikan apa yag terbaik untuk aku dan juga sahabat2 lain.

sebelum exam

pagi2 bangun pergi solat(insyaAllah). lepas tu study. pergi kedai mamak beli roti canai stylo. lepas tu study lagi. sampai la tengah hari. lepas tu makan tengah hari puas hati. solat zohor. sambung lagi study sampai asar. solat asar. lepas asar memang tak study la. mana boleh masuk, tengok buku duk nampak bola je. masa ni la layan internet puas2. pukul 6 turun main. abih main, turun maghrib pulak. antara maghrib isyak lepak surau je sampai isyak. lpas solat isyak, study lagi sampai tido dalam pukul 12. pergh, memang terisi masa aku. dengan optimumnya. tido sikit2 2 kira halal je la. takkan nak tulis semua. panjang la post aku.

selepas exam

bangun pagi pergi solat(insyaAllah). lepas solat blur kejap, tak tau nak buat apa. layan internet. walaupun tau tak ada perubahan apa2, tapi duk tengok gak(semua orang pun macam ni ke?). pagi2 rasa kosong. sampai la makan tengah hari. pergi solat zohor. lepas solat masih blurr lagi. layan internet lagi(aku tulis ni masa lepas zohor la ni, tak tau nak buat apa). sampai asar, pastu layan internet lagi. lepas tu pergi main. malam lepas isyak, tak tau nak buat apa lagi. layan internet lagi, keluar makan. masa2 aku blurr 2 ada la aku layan mata aku ni. mane boleh bagitau banyak mana.

memang berbeza la sangat kehidupan aku sebelum dan selepas exam. hancur jadual hidup aku lepas exam ni. nasib baik la aku ada exam. kalau aku cuti, mati akal aku. sekarang aku duk busy pindah rumah. terisi la juga sikit2, alhamdulillah.

insyaAllah baki cuti ni aku nak duk rumah jap. teman mak aku duk sorang2 kat rumah. boleh makan makanan mak aku masak, yuhuu!!

pengajaran post aku ni apa? sikit je, tepi moga2 bermanfaat la. aku fail ni sebab Allah dah rancangkan begitu. mungkin sebab aku banyak sangat lalai dulu. tak pun Allah taknak bagi aku membazir masa kalau aku cuti lama2. ikut je la perancangan Allah ni. Dialah sebaik2 perancang bagi hamba2-Nya. untuk yang result ni, kalau lulus, alhamdulillah. kalau gagal, alhamdulillah, Allah lebih tahu segalanya tentang hamba2-Nya.

wallahu'alam

0 comments:

Post a Comment

mohd hafizuddin bin azman