kenapa takut?

assalamualaikum

dah habis 3 minggu posting 'tambahan' aku. alhamdulillah semua berjalan lancar. tadi last teaching dengan Dr Ixora. banyak nasihat2 yang aku dapat. dalam 3 minggu ni, memang banyak aku belajar di wad. biar la kena marah pun. dah tak tahu benda simple2, memang la kena marah. terima kasih buat Dr2 di jabatan o&g dan wad kuning khususnya. prof norzi, prof zainol, dr ixora, dr nirmala, dr pravin, dr yuli, dr bahar, dr aizuddin dll.

kenapa perlu takut repeat year?

1. malu. kenapa perlu malu?repeat year melanggar syariat? tak pun, jadi malu bukan la sebab relevan untuk takut repeat year.

2. belajar lama sangat, bazir masa. mungkin gak la sebab ni. tapi belum tentu kalau tak repeat tahun aku tak membazir masa. lagipun belum tentu lagi kalau aku tak repeat tahun, aku akan jadi doktor. kalau tak diizinkan Allah,memang tak la.

3. malas belajar balik. ada kebaikan la belajar balik ni, lagi mantap mase final year (ikut apa yang aku tanye daripada yang berpengalaman la).

4. perancangan hidup lari. apa kamu fikir perancangan kamu lebih baik daripada perancangan Allah?

5. membawa fitnah kepada jemaah? mungkin la. kalau dia lari dari perjuangan dengan menyalahkan jemaah secara total atas apa yang berlaku. bergantung kepada individu mungkin. kalau ada yang cakap,"harap je banyak gerak kerja jemaah, tapi fail gak". bagitau aku, nak tengok gak siapa yang kata tu.

6. risau direhatkan dari gerak kerja dan berada dalam keadaan selesa. ni bukan mungkin, ni memang akan direhatkan. kebaikan atau keburukan? nak kata baik pun tak boleh gak. kalau mati dalam keadaan selesa tanpa gerak kerja, sedangkan orang lain bertungkus lumus berusaha buat kerja dakwah, kan rugi tu. apa kita yakin sangat boleh masuk syurga? nak kata buruk pun tak boleh gak. mungkin orang tu perlukan sedikit ruang untuk improve dan lulus masa akan datang. bagi aku yang penting kena seimbang la kot. jangan la terlalu direhatkan sampai membebankan orang lain. jangan la terlalu banyak kerja sampai dia terkorban.

kalau ikutkan pengalaman aku dulu, sem yang aku banyak sikit keje la lulus dan ada yang membanggakan, padan dengan usaha aku buat. bagi aku la, bagi orang lain mungkin biasa. kisah apa aku.

ni yang kat atas ni pendapat aku la dan juga jawapan2 yang aku dapat bila tanya beberapa sahabat. kalau la ditakdirkan aku gagal, moga2 aku terus berada dalam perjuangan. dan moga2 aku lulus dalam 'mahkamah' yang sebenarnya di akhirat kelak (nasihat prof norzi).

wallahu'alam

3 comments:

saif al nidham April 21, 2010 at 10:08 PM  

"Jikalau kejayaan memihak kepadamu janganlah mudah lupa diri mungkin ALLAH ingin menguji setakat mana keegoan dihati kita.Seandainya kegagalan memihak kepadamu janganlah mudah putus asa,mungkin ALLAH ingin menguji setakat mana ketabahan hatimu. "

mafiasolleh April 21, 2010 at 10:20 PM  

masyaallah hebat tulisan kali ni..sama2 la kita berusaha=>

medan dakwah luar menunggu kita..ini baru "tamrin" utk persiapan luar..insyaallah

ibnu azman April 21, 2010 at 11:51 PM  

abg gym : jazakallah :)

mafiasolleh : insyaAllah, sama2 la kte usaha....moga2 dberikan y terbaik

Post a Comment

mohd hafizuddin bin azman