dah cukup cinta?

assalamualaikum

sekadar perkongsian dari aku yang tak seberapa.

"tanda kamu mencintai Allah adalah kamu mencintai al-Quran. tanda kamu mencintai Allah dan al-Quran adalah kamu mencintai Rasulullah SAW. tanda kamu mencintai Rasulullah adalah kamu mencintai sunnah Rasulullah SAW"

jika kamu mengatakan kamu beriman kepada al-Quran, bilakah saat terakhir kamu memegang al-Quran?
jika kamu mengatakan kamu beriman kepada al-Quran, bilakah saat terakhir kamu membaca al-Quran?

bagi sahabat2 yang biasa membaca al-Quran, mungkin tak biasa dengar orang yang tak baca Quran. tapi bagi aku sendiri, ramai lagi sahabat2 aku yang jauh dari amalan ni. tapi siapa lah kita nk menghukum seseorang. orang yang kini banyak amalnye belum tentu lagi mati dalam iman dan masuk ke syurga Allah. dengan rahmat Allah sahajalah manusia itu masuk ke syurga.

"apabila melihat org berbuat baik, malulah kalian kerana amalnya lagi banyak dari kamu. apabila melihat orang berbuat maksiat, malulah kalian kerana kamu melakukan maksiat dalam keadaan kamu berilmu dan mereka dalam keadaan yang jahil"
(betul ke ni?aku pun dah lupa mane aku baca)

berkenaan dengan sunnah Rasulullah. berapa banyak sunnah yang kita amalkan dalam kehidupan?
tidak malukah kita nak berjumpa Rasulullah di akhirat kelak dengan amalan sunnahnya yang sikit dan seterusnya mengaku kita umatnya?

khatib ada juga menceritakan tentang seorang syahid di perang uhud, saad bin rabi'. dipendekkan cerita, saad telah berpesan melalui zahid bin tsabit untuk menyampaikan salam kepada Rasulullah dan memberitahu,"aku telah mencium bau syurga". dicatatkan dalam sejarah pada badan saad bin rabi' terdapat 70 kesan2 luka tombak, pedang, panah dan parang kesan perang uhud itu. semuanya kerana rasa cintakan kepada Rasulullah dengan tidak membiarkan sedikitpun terdapat kesan luka pada badan Rasulullah SAW.

nak dibandingkan dengan kita ni. katakan pergi demonstrasi kerana menegakkan Islam. dengan laungan lailahaillallah dan allahuakbar. dengan semangat yang berkobar2 pergi memperjuangkan apa yang diajar oleh Islam. tiba2, kita tersepak batu. darah kaki, sakit sangat. apa agaknya yang kita buat? rehat kat tepi?teruskan berjuang?

malunya aku dengan pejuang2 terdahulu dan sahabat2 aku yang hebat2 semuanya. nak dibandingkan antara aku dengan mereka dalam sumbangan pada jalan Allah, apalah sangat yang aku dah buat.

*buat renungan : apalah sangat nak dibandingkan mahasiswa dibuang universiti dengan Rasullullah yang dibuang negara oleh kaumnya sendiri*

p/s : macam biasa, isi tak kene dengan tajuk. aku main tulis je. maaf.

wallahu'alam

0 comments:

Post a Comment

mohd hafizuddin bin azman