apa bezanya dengan mustafa kamal attartuk?

assalamualaikum

17 november 1022, tamatlah kerajaan khilafah turki uthmaniyah. mustafa kamal attartuk laknatullah telah merancang beberapa perkara dalam republik turki bagi melaksanakan visi freemasonry. dan mari kita sama2 lihat apa bezanya dengan negara malaysia sekarang.

1. menghapuskan undang2 islam dan diganti dengan undang2 ciptaan manusia dari barat. hoho, memang tak boleh dinafikan, memang malaysia ada benda ni. undang2 manusia dikatakan lebih sempurna daripada undang2 dari Allah. hukum hudud dipermain2kan, dikatakan tidak relevan.

2. tutup semua sekolah agama dan diganti dengan sekolah sekular. pelajar diasuh supaya membenci islam dengan alasan kemusnahan turki uthmaniyah. ni zaman dulu2 memang ada. zaman mak ayah kita la. sekarang alhamdulillah ok la sikit. ada sekolah2 agama. tapi sekolah sekular ada lagi. aku belajar kat sekolah sekular. memang nampak la kesekularannya. contohnya, tanggung jawab ustaz hanya pada baca doa, mengaji, tahlil. tapi bila nak buat program sesuatu, ustaz tidak dijadikan rujukan (ustaz aku yang mengadu kat kami).

3. mengharamkan penggunaan bahasa arab supaya rakyat tidak memahami al-quran, hadis, dll. laungan azan dalam bahasa turki. al-quran pun dalam bahasa turki. kat malaysia tak nampak sangat la. tapi kat sekolah aku takde la pulak orang cadang ambk bahasa arab walaupun ada tenaga pengajar yang boleh ajar bahasa arab.

4. hapuskan takwin hijrah dan diganti dengan masihi. hari kebesaran islam dihapuskan. hari ahad dijadikan hari cuti menggantikan hari jumaat. ni tak perlu nak explain lagi dah. terang lagi nyata.

5. paksa rakyat turki tukar nama yang berasal daripada nama arab kepada nama yang tak islamik. sekarang ni orang duk gabung2 nama ayah n mak tuk bagi nama kat anak. member aku ada ramai gak camni.

6. haramkan pemakaian islam dan pemuda2 dirosakkan dengan hiburan yang melalaikan. kat malaysia takde la diharamkan pakai pakaian tutup aurat, tapi malaysia ni tak menyuruh orang tutup aurat. sebab pemimpin sendiri pun tak tutup aurat. sama la tu macam tak menggalakkan orang tak tutup aurat.

7. haramkan pemakaian kopiah, serban, tarbus dan sebagainya. pemakaian barat diperkenalkan. contohnya tie, kot, baju2 perempuan buat pergi kerja. pakai seluar, baju kemeja singkat. siapa yang befikir insyaAllah akan nampak.

8. membentuk undang2 kekeluargaan yang baru. contohnya isteri tak perlu taat kepada suami. hak kesamarataan antara lelaki dan perempuan. had umur ditetapkan bagi yang mahu berkahwin. poligami dan talak diharamkan. itu yang banyak gejala sosial yang jadi tu. nak kahwin tak bagi. belajar kat sekolah, sape kahwin kene berhenti sekolah. sebab apa aku pun tak tahu la. isu poligami ni pulak, semua duk pandang serong. seorang ustaz yang berpoligami lebih dipandang serong daripada lelaki dan perempuan ber'couple'.

9. tanamkan pemikiran ideologi2 barat seperti sekularisme, nasionalsme, liberalisme dll. memang ada dah la sekularnya, semangat kebangsaannya, sistem perbankan yang berasaskan riba'.

10. tukar gaya hidup yang islamik kepada gaya hidup barat. cara pemakaian, cara makan, cara pergaulan, cara menganjurkan majlis2 (walimah, tahlil, aqiqah) dll. semua ada ciri2 barat. berlebih2an, membazir dan tidak mengikut syariat islam yang telah digariskan berlandaskan al-quran dan hadis.

jadi sahabat2, fikirlah. apa bezanya malaysia dengan turki yang diperintah oleh kamal attartuk laknatullah? boleh kata semua yang aku tulis kat atas tu ada di malaysia. macam mana nak buat? fikir2kanlah. buatlah sesuatu walaupun sekadar berfikir. bukan result yang dinilai oleh Allah, tetapi apa yang telah kita lakukan untuk membawa perubahan.

allahu'alam

0 comments:

Post a Comment

mohd hafizuddin bin azman