hari lahir vs palestin

assalamualaikum...


alhamdulillah,segala puji bagi Allah, diberikan sedikit kelapangan untuk update blog.

antara hari keputeraan agong dengan isu palestin kini mana lagi utama?
pada pendapat akula, konfem la isu di palestin kini. isu yang melibatkan semua umat islam dan juga bukan islam. hari keputeraan ni melibatkan malaysia je kot.

alkisahnya, khutbah jumaat 3 hari lepas, tajuk berkenaan hari keputeraan agong. kecewa aku dengar tajuk tu. orang lain tengah hangat cerita kekejaman israel, benda ni pula khatib cerita lebih. aku rasa agong pun tak mahu diceritakan sangat pasal hari keputeraan ni. lagipun agong sekarang sebagai 'lambang' je aku rasa. last2 PM gak yang berkuasa ke atas malaysia. bukan macam dulu masa zaman khilafah, sultan yang mentadbir negara dengan ulama'2 sebagai penasihat. khatib pun sambung la khutbahnya sampai habis. LANGSUNG TAK ADA CERITA PASAL ISU PALESTIN!!! kurang2 baca la doa qunut nazilah ke, boleh gagah lagi.

lepas habis khutbah, aku pergi la jumpe bilal ni.

aku,"ustaz, siapa yang buat text khutbah ni ye?JAWI ke?"
bilal,"aah, JAWI yang bagi."
aku,"memang tak boleh nak ubah ye text tu?"
bilal,"memang tak boleh, ada SB JAWI usha."
aku,"ustaz rasa la kan, isu palestin dengan hari jadi agong ni mana lagi utama ye?"
bilal,"dua2 penting."

dengar jawapan ni. pening aku. mana penting pun tak boleh nak jawab. dia ingat aku ni SB JAWI kot, sebab tu dia jawab camtu.haha..

aku,"dah kalau dua2 penting, kenapa tak ada selit langsung pasal isu palestin 2? bukan semua orang tahu perkembangan sekarang. ramai orang kumpul ni, rugi je tak cakap."
bilal,"aah kan, patutnya kena ada la selitkan sikit pasal isu tu. hm... tapi SB JAWI ada kat sini duk usha, tak boleh nak ubah text."
aku,"tak apa la ustaz, saya pergi dulu."

bila aku nak bangun tu, ustaz tu panggil aku duduk balik. dia nak cakap2 ngan aku. aku pun dengar la dia nak cakap apa. sejam kene ceramah dengan ustaz ni. dia cerita pasal tauhid, banyak ilmu aku dapat. boleh gagah ustaz ni. siap ikut tabligh lagi dulu. memang silap orang ah aku tegur tadi. haha..

yang bestnye, dia duk cerita kat aku macam aku ni tak tahu apa2, jahil abis. memang cerita daripada asas balik. apa yang dicakapkan boleh diterima insyaAllah bagi orang yang pertengahan dalam ilmu agamanya. dah dia duk ingat aku ni orang jahil, masa ni la aku tanya macam2, bangkang mana boleh.haha..alhamdulillah, dijawab dengan ok la walaupun macam tak menjawab sangat. mungkin dia tak faham sangat kot soalan aku. dah sebab dia cerita banyak pasal tauhid, balik2 memang bergantung kepada tahap kebergantungan/keyakinan kita dengan Allah la.

memang best belajar tauhid ni. mengingatkan aku balik kedudukan aku sebagai hamba dan Allah sebagai Pencipta. bila tahap keyakinan kita kepada Allah pada tahap yang maksimum, maka tada lagi dukacita dalam diri hamba kerana yakin semuanya datang daripada Allah untuk diri kita sebagai hamba.

terima kasih buat tuan bilal.
segala puji bagi-Mu ya Allah..

p/s : dialog tu aku ringkaskan.

allahu'alam

0 comments:

Post a Comment

mohd hafizuddin bin azman