siapa salah?

assalamualaikum

kalau kita tengok keadaan sekarang, masalah zina, buang bayi, lari ke indonesia, kahwin lari, makin banyak. selalu difikirkan macam mana la keadaan akan datang. pasti dan pasti lagi teruk. hm..tak sabar rasanya nak tunggu khilafah naik kembali. nak salahkan siapa? tu yang tak tahu tu. bagi aku, semua salah.

pemimpin
aku tengok sekarang ni pemimpin dok komen pasal kes2 ni. bukan pemimpin pun komen. tapi mereka sekadar mengomen apa yang patut la. mungkin ada sesuatu yang dilakukan nak hilangkan zina ni, tapi program2 yang nak promote zina pun banyak lagi. sahabat2 pun kalau fikir mesti dapat tengok la benda ni. jadi korang pilih la pemimpin yang betul ye. yang betul2 menegakkan islam, dan bukan hanya mewar-warkan ramai ulama join diorang ni. ada parti yang dah lama ada ulama, yang memerintah ikut cara islam, tapi dicemuh segelintir pemimpin yang ikut nafsu dan akal semata2.

masyarakat
bila dah pemimpin macam yang aku cakap kat atas tu, jadi masyarakat pun sama la kan.
"jikalau mahu melihat keadaan masyarakatnya, lihatlah pemimpinnya"
pemimpin ni sangat la berat amanahnya. boleh merosakkan masyarakat dan boleh membetulkannya. salah 1 golongan manusia yang akan masuk ke syurga adalah pemimpin yang adil. balik kepada masyarakat. orang yang bercouple dipandang mulia. cerita2 di TV pun duk cerita pasal couple gak. ahli2 masyarakat tidak langsung memandang jijik pasal couple ni, malah menggalakkan. 
"orang yang bercouple kini lebih dipandang mulia daripada seorang ustaz yang beristeri 2"
rosak masyarakat camni. nak salahkan masyarakat?boleh je. pemimpin pun kena masuk sekali salah.

sekolah
sekarang ni sekolah kan banyak yang sekular. aku pun sekolah sekular. tapi sekolah aku ni sekolah baru, jadi tak rasa sangat la kot. cikgu ni memang orang yang mulia la kan. memberi ilmu tanpa kenal jemu. tapi kebanyakan hanya mendidik untuk survive kat dunia je. diajar BM, math, kimia la apa la. tapi dari segi agamanya, 6 jam je seminggu. 2 pun subjek agama yang kandungan2 yang tak menyeluruh. penjajah punya ajaran la ni (world cup ni jangan sokong portugal, jepun. semua jajah kita dulu. haha). pernah sekali ustaz kat sekolah aku mengeluh :
"baca doa panggil ustaz, buat tahlil panggil ustaz. tapi buat program apa2 bukan nak minta nasihat ustaz pun...."

keluarga
yang ni aku nak explain pun sama la dengan masyarakat. dalam keluarga sendiri tiada suasana yang soleh. macam mana nak lahirkan orang yang soleh. anak duk couple lama2 dibiarkan, bangga lagi anak ada awek/pakwe. anak pun satu, dah mampu kahwin la. duk tunggu apa lagi.

p/s : muhasabah..berapa jam yang dihabiskan untuk dunia dan berapa jam yang dihabiskan untuk akhirat? dah berapa tahun kita hidup dan dah berapa tahun dihabiskan untuk dunia? masih lagi berharap Allah kurniakan syurga setelah apa yang kita lakukan? yakinkah esok masih ada masa untuk mengejar akhirat?

allahu'alam

0 comments:

Post a Comment

mohd hafizuddin bin azman