perginya permaisuriku

assalamualaikum


alfatihah buat arwah isteri nur 'afifah binti mohd ghazi. 
genap 2 minggu arwah meninggalkan kita semua.
lebih kurang dua tahun lapan bulan kami hidup sebagai suami isteri, waktu yang singkat tapi banyak memorinya.

pemergian arwah dalam keadaan yang baik. mudah urusannya. sahabat2 dan ahli keluarga mengingatkan diri masing2 dengan sifat arwah yang baik. saya menjadi saksi bahawa arwah merupakan isteri yang baik, sabar melayan saya, ummi yang baik yang sentiasa memikirkan akan kebaikan abdullah mifzal.

ujian yang Allah bagi ni sangat berat buat saya yang lemah. moga Allah berikan kekuatan kepada saya dan keluarga.

kematian arwah menyedarkan saya betapa manusia ni makhluk yang lemah tanpa Allah. bergantungnya manusia itu hanya pada Allah atas segala sesuatu.

dulunya semasa hajat saya untuk berkahwin, saya berusaha kearah tersebut. berdoa, berbincang dengan mama n aboh, ziarah mak n ayah, bincang dengan arwah. masa tu saya yakin lambat laun kami akan berkahwin.

lepas arwah meninggal. tiada lagi perbincangan. bila didoakan semoga arwah diampunkan dosanya, dilapangkan kuburnya, diterangi kuburnya, dipermudahkan urusannya, diteguhkan pendirian dalam menghadapi pertanyaan munkar dan nakir, tiada siapa yang saya bole harapkan selain memohon pada Allah. bila saya memohon supaya dipertemukan disyurga, juga saya dalam tak pasti adakah perkara tu akan berlaku. layakkah saya untuk berada disyurga Allah?

lemahnya manusia ni, perlu bergantung kepada sesuatu. 

moga Allah berikan kekuatan dan petunjuk bagi saya membesarkan mifzal supaya menjadi sehebat umminya, Nur 'Afifah binti Mohd Ghazi.

gambar terakhir kami bertiga pada 5/7/15.

wallahu'alam

0 comments:

Post a Comment

mohd hafizuddin bin azman