mifzal masuk sekolah

assalamualaikum.

dah tahun 2019. semestinya banyak perkara yang aku tak dapat capai. impian dulu yang tertangguh tak payah cakap la, memang banyak.

tahun ni mifzal dah 5 tahun. sampai la masanya untuk masuk tadika. lepas consider beberapa sekolah, aku decide until hangar ke little caliph sg buloh. alhamdulillah, besar dah mifzal. banyak akal betul. kadang-kadang sampai tak terlayan aku.

so hari pertama, cikgu minta untuk bawa gambar family. hm... ada gambar masa kecil je la ye mifzal. layankan je la apa yang ada. so ada barang yang nak kena bawa tu nak kena cari weekend ni. mifzal balik terengganu dengan mama. so boleh la spend masa mencari barang.

tengok la apa jadi 7/1/2019 ni. harapan aku, mifzal enjoy la sekolah dia tu. lama sangat dah minta masuk sekolah, entah tahu ke tak sekolah tu macam mana dia ni..haha..

wallahualam

apa khabar

assalamualaikum


sejak akhir2 ni banyak sungguh lalai. kena start baca buku balik. kena muhasabah tentang tujuan hidup.

kitar hidup seharian sama je setiap hari. bangun pagi, solat, hantar mifzal, beli nasi lemak, pergi kerja, balik kerja, rehat, ke surau, tidurkan mifzal, tengok movie, tidur. hm.. circle of life makin kecil rasanya lepas afifah dah takde ni. sedang cuba untuk involve dengan kerja kemasyarakatan, terutamanya opkim. harapnya boleh bergaul dengan ramai orang.

kerja bagi aku ok je. takde beban sangat. tapi aku rasa penuh dengan benda negatif. marah, caci maki, tikam belakang, tak beradab, takde etika. mungkin aku sendiri yang buat benda jadi negatif. banyak kali cuba untuk bertindak secara positif, tapi selalu dimatikan oleh perasaan marah. kebanyakan benda yang nampak senang tapi berat nak buat ni Allah bagi ganjaran besar. salah satunya sabar la ni. moga aku dan sahabat2 diberikan kesabaran menempuh kehidupan di dunia ni.

ok, cukup sampai sini celoteh petang.

besar dah abdullah mifzal sekarang ☺️



aku terima nikahnya

assalamualaikum

harini ulang tahun perkahwinan aku dengan afifah. 27/10/15. alhamdulillah, sempat la jadi suami lebih kurang 2 tahun lapan bulan. moga Allah satukan kami kembali di syurga, insyaAllah.

masih ingat lagi macam mana aku bagitau aboh yang aku nak kahwin.

aku: aboh. hafiz rasa sampai masa doh ni hafiz nok nikoh.
aboh: hahaha. ok2. nanti aboh bincang.

rasanya perbualan ni dalam sebulan lebih aku start kerja. alhamdulillah akhir posting pertama, aku kahwin.

cukup la ak cerita sikit2. lebih2 aku simpan dalam ingatan.  aku belanja gambar je.


 ketibaan hero

 detik cemas IC tertinggal kat gemas

belum apa2 lagi dah suruh aku duduk kat tengah2

heroin baru keluar

 khutbah kahwin. soalan yang kena tanya. "apa rukun kahwin." seperti sepatutnya, jawapan diberi dengan tenang depan bakal mertua.

 akad. geng sekali lafaz dengan satu nafas.

 :)

malu sungguh

"sila abang makan."..."tolong le cedok yang."

 "abang jugak yang kene cedok." seharian tak lalu makan. lepas akad, selera besar.

gambar dengan famili senget semuanya. nanti le upload. takde ambil professional photographer. jadi le dengan apa yang ada. 

selalu timbul perasaan gembira bila membayangkan aku dengan afifah disatukan semula. moga Allah makbulkan. ameen.

wallahu'alam

Abdullah Mifzal

assalamualaikum.

abdullah mifzal nama yang diberikan oleh arwah ummi dia dulu. langsung aku tidak campur tangan melainkan aku setuju sahaja. sebab afifah yang mengandung dan melahirkan. jadi aku pasti afifah sudah memilih nama yang terbaik untuk anak kami itu. tapi aku dah booking nak bagi nama untuk anak kedua kami. tapi rancangan Allah mengatasi segalanya.

melihat mifzal membesar ni membuatkan aku sangat teruja. aku akui selepas afifah meninggal, banyak tanggungjawab aku terhadap mifzal aku abaikan. alhamdulillah, aku punya mama dan adik aku, farah yang membantu aku mendidik mifzal.

melihat gelagat mifzal, kadang aku jadi sedih memikirkan yang ummi dia tak sempat melihat mifzal membesar. dan lebih alu sedih bila memikirkan mifzal membesar dalam keadaan dia tak sempat mengenali umminya.

abi doakan mifzal jadi anak yang soleh, yang selalu berjuang pada jalan Allah, dan tidak lupa untuk mendoakan ummi dan abi. ameen.



dunia

assalamualaikum

tengokkan keadaan malaysia sekarang ni, memang agak teruk. ekonomi merudum, gejala sosial yang teruk, pencemaran, dan lain2 lagi. perkara yang paling terkesan bagi aku sekarang ni adalah ekonomi yang sangat teruk.

mifzal memang allergi susu lembu. baru 3 hari lepas aku cuba susu kambing yang pak long mifzal bagi, memang allergi jugak. jadi memang mifzal boleh minum susu soya je la. sejak afifah meninggal, memang aku bagi isomil je. alhamdulillah mifzal boleh minum susu tu. dulu rasenya aku beli isomil tu dalam RM73 kot. memang mahal sikit la isomil ni. tapi takpe la, anak sorang je pun nak tanggung. makin lame makin naik. minggu lepas aku beli dah jadi RM 76.80. ni harga naik dalam mase 3 bulan.

kita yang masih hidup ni masih lagi bersusah payah dengan kehidupan. banyak benda yang difikirkan untuk survive. dalam keadaan berusaha untuk merancang kehidupan dunia, jangan lupa untuk merancang untuk kesyurga nanti. perlu berusaha lebih untuk akhirat.

al-Fatihah buat nur 'afifah bt mohd ghazi. moga Allah pertemukan kita disyurga nanti, insyaAllah.


teluk intan

assalamualaikum


alhamdulillah masih diberikan ruang oleh Allah untuk menulis.

baru2 ni sempat aku melawat maklang fifah di teluk intan. lame tak jumpa, dan jarang jumpa pun. seingat aku dua kali je jumpa maklang n arwah paklang. masa aku kahwin dan masa safwan kahwin.

memang kampung maklang di teluk intan. depan hospital je rumahnya. rase teruknye aku ni langsung tak pergi ziarah masa kerja di teluk intan. jadi walaupun tak rapat, aku nak cuba jugak la buat mana yang aku mampu untuk keluarga maklang ni.

aku tinggal di teluk intan dengan arwah fifah lebih kurang 2 tahun. start lpas 4 bulan kerja sampai la habis houseman. jadi sebenarnya aku duk di sungai buloh dengan fifah tak sampai setahun pun.

banyak kenangan dengan arwah di teluk intan. haritu sempat singgah sana 2 hari. jalan2, lalu jalan yang kitorang selalu pakai, tengok kedai yang kitorang selalu singgah, kedai kitorang sewa baju kahwin. banyak sangat memori dengan arwah kat sane. rase macam baru je jalan2, bergurau, sembang ngan arwah semalam.

jadi alang2 dah melawat maklang di hospital, aku pun gi la jalan2 kat dalam hospital tu. kebanyakan staffnurse kenal la. bukannye minta simpati, saja melawat tanya khabar. lame tak jumpa. lagipun fifah dah  takde ni, sape lagi la aku nak jumpa selain daripada orang yang pernah singgah dalam hidup dia kan.


bila la Allah nak temukan kami lagi. lame tak jumpa.

al-fatihah

balik kampung

assalamualaikum

alhamdulillah berkesempatan pulang ke gemencheh hujung minggu baru2 ni. insyaAllah akan cuba untuk pulang ke kampung mertua sekerap mungkin. bagi mifzal main dengan makcik2, pakcik2, tok dan tokwan.

bila balik ke mrsm gemencheh, aku banyak teringat kat arwah afifah. kat sane la dulu kami bertunang dan nikah. 5/2/12 - bertunang, 27/10/12 - nikah. banyak sangat memori. dulu masa arwah ada, ada jugak teringat, tapi bila dah takde ni, lagi mendalam aku duk fikir. ye lah, manusia ni selalu menghargai sesuatu bila benda tu dah takde.

mifzal pun nampak seronok la main dengan tok, tokwan, mak anjang, pakteh. takde nampak macam tak kenal pun. mifzal pun memang jenis tak takut kat orang pn. jadi alhamdulillah, mudah nak jaga mifzal ni. mak pun nampak seronok main ngan mifzal. dah itu la satu2nya benda berharga yang arwah tinggalkan. nak kata tinggalkan harta, sekarang ni memang harta macam dah takde nilai. yang kami harapkan sekarang, moga Allah ampunkan arwah, terima amalnya, dan dengan rahmat Allah, Allah masukkan afifah ke syurga..

semalam masa patah balik, mifzal menangis dalam kereta. dekat sejam aku ngadap mifzal nangis. hm.. aku memang la tak boleh nak dengar mifzal nangis lama2 ni. sebak duk mikirkan takde ummi nak mujuk. hilang sabar la jugak dalam kereta tu. maafkan abi ye mifzal. aku stop sekejap kat tol hospital sungai buloh, angkat dari carseat dan peluk mifzal. baru la berhenti nangis. lentok kepala atas bahu aku, sedu2. kalau la fifah ada lagi, bole la pujuk mifzal. takde la sampai nangis lama2 camtu.

doa abi supaya mifzal jadi anak soleh, dikuatkan iman. dijauhkan dari segala maksiat. anak yang selalu ingat dengan abi dan ummi dalam doa. kita sama2 usaha moga Allah pertemukan kita dengan ummi dalam syurga nanti. insyaAllah


dalam perjalanan balik sungai buloh. sebelum menangis.

mifzal makan dengan tok

mohd hafizuddin bin azman