siapa salah?

assalamualaikum

kalau kita tengok keadaan sekarang, masalah zina, buang bayi, lari ke indonesia, kahwin lari, makin banyak. selalu difikirkan macam mana la keadaan akan datang. pasti dan pasti lagi teruk. hm..tak sabar rasanya nak tunggu khilafah naik kembali. nak salahkan siapa? tu yang tak tahu tu. bagi aku, semua salah.

pemimpin
aku tengok sekarang ni pemimpin dok komen pasal kes2 ni. bukan pemimpin pun komen. tapi mereka sekadar mengomen apa yang patut la. mungkin ada sesuatu yang dilakukan nak hilangkan zina ni, tapi program2 yang nak promote zina pun banyak lagi. sahabat2 pun kalau fikir mesti dapat tengok la benda ni. jadi korang pilih la pemimpin yang betul ye. yang betul2 menegakkan islam, dan bukan hanya mewar-warkan ramai ulama join diorang ni. ada parti yang dah lama ada ulama, yang memerintah ikut cara islam, tapi dicemuh segelintir pemimpin yang ikut nafsu dan akal semata2.

masyarakat
bila dah pemimpin macam yang aku cakap kat atas tu, jadi masyarakat pun sama la kan.
"jikalau mahu melihat keadaan masyarakatnya, lihatlah pemimpinnya"
pemimpin ni sangat la berat amanahnya. boleh merosakkan masyarakat dan boleh membetulkannya. salah 1 golongan manusia yang akan masuk ke syurga adalah pemimpin yang adil. balik kepada masyarakat. orang yang bercouple dipandang mulia. cerita2 di TV pun duk cerita pasal couple gak. ahli2 masyarakat tidak langsung memandang jijik pasal couple ni, malah menggalakkan. 
"orang yang bercouple kini lebih dipandang mulia daripada seorang ustaz yang beristeri 2"
rosak masyarakat camni. nak salahkan masyarakat?boleh je. pemimpin pun kena masuk sekali salah.

sekolah
sekarang ni sekolah kan banyak yang sekular. aku pun sekolah sekular. tapi sekolah aku ni sekolah baru, jadi tak rasa sangat la kot. cikgu ni memang orang yang mulia la kan. memberi ilmu tanpa kenal jemu. tapi kebanyakan hanya mendidik untuk survive kat dunia je. diajar BM, math, kimia la apa la. tapi dari segi agamanya, 6 jam je seminggu. 2 pun subjek agama yang kandungan2 yang tak menyeluruh. penjajah punya ajaran la ni (world cup ni jangan sokong portugal, jepun. semua jajah kita dulu. haha). pernah sekali ustaz kat sekolah aku mengeluh :
"baca doa panggil ustaz, buat tahlil panggil ustaz. tapi buat program apa2 bukan nak minta nasihat ustaz pun...."

keluarga
yang ni aku nak explain pun sama la dengan masyarakat. dalam keluarga sendiri tiada suasana yang soleh. macam mana nak lahirkan orang yang soleh. anak duk couple lama2 dibiarkan, bangga lagi anak ada awek/pakwe. anak pun satu, dah mampu kahwin la. duk tunggu apa lagi.

p/s : muhasabah..berapa jam yang dihabiskan untuk dunia dan berapa jam yang dihabiskan untuk akhirat? dah berapa tahun kita hidup dan dah berapa tahun dihabiskan untuk dunia? masih lagi berharap Allah kurniakan syurga setelah apa yang kita lakukan? yakinkah esok masih ada masa untuk mengejar akhirat?

allahu'alam

manusia kini

assalamualaikum

alhamdulillah, segala puji bagi Allah. aku masih lagi diberikan sedikit peluang dan ruang untuk update blog. bukan senang nak dapat masa update blog ni.

sepanjang aku berada kat UKM ni, dah beberapa kali aku jumpa manusia yang bukan sahaja tidak menggalakkan orang lain melakukan kebaikan, malah menasihati supaya tidak melakukan kebaikan.

kaka dan lili

1. dikatakan,"ada 1 golongan manusia yang kononnya menegakkan agama, tapi sebenarnya mereka menghalang kebebasan orang lain. buatlah apa yang kamu suka, kamu bebas melakukan apa yang kamu suka..."

2. dikatakan,"jangan la kamu ikut sangat usrah ni. boleh nak ikut, tapi jangan la banyak sangat. jangan masuk kumpulan2 yang ekstreme ni." gayanya macam mengambil berat, tapi sebenarnya sedang 'menasihati' kita semua untuk tidak melakukan kebaikan.

3. ni sahabat aku bagitahu. yang ni memang tak ada beza dengan sifat yahudi laknatullah. "korang jangan turun surau......" kurang ajar betul. syaitan bertopengkan manusia. dan yang paling menyedihkan, orang berkata2 mempunyai latar belakang pendidikan agama yang lebih hebat berbanding aku. aspek kefahaman lebih memainkan peranan, begitu juga dalam hal untuk mengajak orang masuk jadi ahli gerakan. perlukan kefahaman untuk terus istiqamah.

adi bertarung 


biar apa pun yang mereka kata, tidak akan membawa sedikit kerugian pun kepada Allah. dan jika kita melakukannya, tidak akan menyebabkan keuntungan kepada Allah kerana sifat Allah itu tidak bergantung. lain pula manusia yang sentiasa perlu bergantung kepada sesuatu samaada kepada Allah mahupun kepada manusia itu sendiri.

allahu'alam

daruratkah?

assalamualaikum

lama dah aku tak update blog aku ni. sekarang po
sting ortho yang sepatutnya sibuk, tapi aku yang 'bijak' mengurus masa dapat banyak masa kosong..haha..


adi yang suka membaca


beberapa insiden yang menyebabkan aku nak tulis blog ni. tadi aku tengok video ustaz azhar idrus, tu yang membuka mata aku tentang isu ni. tentang pergaulan antara muslimin dan muslimat samaada dalam segala hal termasuk hal akademik. ni peristiwa2 tu :

1. ada satu hari tu, pensyarah aku ajar buat physical examination. lepas habis dia ajar, dia minta sorang muslimat buat lagi sekali kepada seorang lelaki non-muslim. perlukah?daruratkah?

2. aku ada appointment physiotherapy untuk sekali setiap 2 minggu. ad la sekali 2, student perempuan dari uitm yang buat kat aku. hari tu tiba2 dia nak buat ultrasound dalam bilik. mungkin sebab mesin yang kat luar orang dah pakai kot. aku follow je la. dah aku prepare nak kena ultrasound, tiba2 dia tutup tirai. aku apa lagi, buat muka blur ah. dia pun blur ah tengok aku. aku pun cepat2 la mintak die bukak tirai. bukannya aku kena buka baju ke apa ke dalam tu. lipat seluar je kot.

3. aku dengar ceramah ustaz azhar idrus pasal perempuan yang bekerja kat pejabat. macam mana mereka bekerja dengan bos yang lelaki. bila kena panggil, mesti la kena masuk pejabat kan. berduakah?ada muhrim?kalau tak ada, sama la macam bercouple jugak la kan. darurat? belum darurat lagi, belum sampai mati lagi kalau ingkar. dalam situasi aku ni mungkin dalam keadaan ada pensyarah perempuan yang nak jumpa aku, apa tindakan aku?


adi bersantai


semakin hari, perkara2 sebegini semakin diambil ringan oleh umat islam. kenapa? tidak ambil tahu? tak tahu yang dia tak tahu? didikan ibu bapa yang tidak menekankan aspek agama? buat yang bergelar@bakal ibu bapa, doa siapa lagi yang Allah akan terima selain daripada anak yang soleh?

adakah situasi seperti di atas semtiasa terjadi kepada sahabat2 semua? suatu perkara ang perlu difikirkan bersama. janganlah sampai generasi akan datang mendapat bahana yang lebih teruk daripada zaman kita. adalah sangat penting untuk sahabat2 memikirkan bagaimana untuk mengatasi perkara2 tersebut. jika bukan untuk orang lain, buatlah untuk diri sendiri.

"wahai Tuhan kami. jadikanlah kami orang yang mendirikan solat dan begitu juga anak cucu kami. wahai Tuhan kami. terima doa kami. ampunilah dosa2 kami dan kedua ibu bapa kami dan orang2 yang beriman pada hari tegaknya hisab"

allahu'alam

hari lahir vs palestin

assalamualaikum...


alhamdulillah,segala puji bagi Allah, diberikan sedikit kelapangan untuk update blog.

antara hari keputeraan agong dengan isu palestin kini mana lagi utama?
pada pendapat akula, konfem la isu di palestin kini. isu yang melibatkan semua umat islam dan juga bukan islam. hari keputeraan ni melibatkan malaysia je kot.

alkisahnya, khutbah jumaat 3 hari lepas, tajuk berkenaan hari keputeraan agong. kecewa aku dengar tajuk tu. orang lain tengah hangat cerita kekejaman israel, benda ni pula khatib cerita lebih. aku rasa agong pun tak mahu diceritakan sangat pasal hari keputeraan ni. lagipun agong sekarang sebagai 'lambang' je aku rasa. last2 PM gak yang berkuasa ke atas malaysia. bukan macam dulu masa zaman khilafah, sultan yang mentadbir negara dengan ulama'2 sebagai penasihat. khatib pun sambung la khutbahnya sampai habis. LANGSUNG TAK ADA CERITA PASAL ISU PALESTIN!!! kurang2 baca la doa qunut nazilah ke, boleh gagah lagi.

lepas habis khutbah, aku pergi la jumpe bilal ni.

aku,"ustaz, siapa yang buat text khutbah ni ye?JAWI ke?"
bilal,"aah, JAWI yang bagi."
aku,"memang tak boleh nak ubah ye text tu?"
bilal,"memang tak boleh, ada SB JAWI usha."
aku,"ustaz rasa la kan, isu palestin dengan hari jadi agong ni mana lagi utama ye?"
bilal,"dua2 penting."

dengar jawapan ni. pening aku. mana penting pun tak boleh nak jawab. dia ingat aku ni SB JAWI kot, sebab tu dia jawab camtu.haha..

aku,"dah kalau dua2 penting, kenapa tak ada selit langsung pasal isu palestin 2? bukan semua orang tahu perkembangan sekarang. ramai orang kumpul ni, rugi je tak cakap."
bilal,"aah kan, patutnya kena ada la selitkan sikit pasal isu tu. hm... tapi SB JAWI ada kat sini duk usha, tak boleh nak ubah text."
aku,"tak apa la ustaz, saya pergi dulu."

bila aku nak bangun tu, ustaz tu panggil aku duduk balik. dia nak cakap2 ngan aku. aku pun dengar la dia nak cakap apa. sejam kene ceramah dengan ustaz ni. dia cerita pasal tauhid, banyak ilmu aku dapat. boleh gagah ustaz ni. siap ikut tabligh lagi dulu. memang silap orang ah aku tegur tadi. haha..

yang bestnye, dia duk cerita kat aku macam aku ni tak tahu apa2, jahil abis. memang cerita daripada asas balik. apa yang dicakapkan boleh diterima insyaAllah bagi orang yang pertengahan dalam ilmu agamanya. dah dia duk ingat aku ni orang jahil, masa ni la aku tanya macam2, bangkang mana boleh.haha..alhamdulillah, dijawab dengan ok la walaupun macam tak menjawab sangat. mungkin dia tak faham sangat kot soalan aku. dah sebab dia cerita banyak pasal tauhid, balik2 memang bergantung kepada tahap kebergantungan/keyakinan kita dengan Allah la.

memang best belajar tauhid ni. mengingatkan aku balik kedudukan aku sebagai hamba dan Allah sebagai Pencipta. bila tahap keyakinan kita kepada Allah pada tahap yang maksimum, maka tada lagi dukacita dalam diri hamba kerana yakin semuanya datang daripada Allah untuk diri kita sebagai hamba.

terima kasih buat tuan bilal.
segala puji bagi-Mu ya Allah..

p/s : dialog tu aku ringkaskan.

allahu'alam

mohd hafizuddin bin azman