yang ku minati

assalamulaikum

dah masuk sem baru ni, maka masukla duit JPA tuk sem baru. jadi banyak la plan nak abihkan duit 2 sket. tapi sem ni aku save duit awal, masuk tabung aji. kalau tunggu ujung sem, konfem xsempat simpan punye.

sem ni memang aku plan nak beli pet lagi. tambah koleksi + upgrade sket sangkar dulu2..haha..boleh tahan banyak aku abihkan duit. tapi takpe, minat punye pasal.

ni aku upgrade bagi ada cave ngan cip kayu. konfem die suke idup ngan aku lepas ni
  
 

kure2 idaman aku sejak di bangku sekolah lagi. sekarang baru bleh beli.

dah abih yang cute2. ganas plak..hoho


bukan sebarang buaye, tapi buaye kecik yang jinak.haha.tapi ekor mmg tajam.


zoo corner

jadi, 2 lah die pet aku tuk sem ni. sem depan ada projek lagi besar. nantikan..hehe.

sekian

ujian dunia

assalamualaikum

20hb-27hb ni aku ada exam sem. cabaran agak besar sebab study week masa raya..hoho..
layan~

walaupun aku dan sahabat2 sibuk dengan persiapan, harapnya kami tidak lupa dengan saat kematian yang boleh datang bila2 masa je. peringatan ni lebih kepada untuk DIRI AKU sendiri. lepas ramadhan ni, perlu lebihkan usaha nak teruskan amalan yang dilakukan dalam ramadhan.

untuk exam ni, sebetulnya tak la bersedia sangat. tapi padan la dengan aku yang suka tgk KCB, main game, download cerita. memang sebetulnya tak banyak yang sempat dibaca. tapi usaha yang sedikit diteruskan tanpa jemu (mungkin)..haha.

tiada yang perlu dirisaukan sangat tentang result sebab hidup perlu diteruskan walaupun apa pun keputusannya.

masa UPSR orang kata,"buat betul2 USPR ni. kalau dapat result bagus, senang nanti nak masuk mana2."
masa PMR orang kata,"buat betul2 PMR ni. kalau dapat result bagus, senang nanti nak masuk mana2."
masa SPM orang kata,"buat betul2 SPM ni. kalau dapat result bagus, senang nanti nak masuk mana2."
diorang ni cakap macam tu je exam last aku..haha

memang benar apa yang dikatakan, tapi masa dulu aku bajet tu la exam paling besar aku dapat. tapi sebenarnya hidup ni ada tujuan yang lebih besar..moga2 impian aku tercapai insyaAllah.

selamat maju jaya tuk sahabat2ku yang nak exam ni. juga kepada sahabat2 yang berada di UM, yang nak interview kerja..walau apa pun keputusannya...

~MOGA2 MEMBERI KEBAIKAN BUAT SEMUA~
insyaAllah

gambar raya 2010
wallahu'alam

selebriti dan ulama

assalamualaikum

lama rasanya tak menulis. terdetik hati nak tulis lepas tengok TV td.

selebriti :
"sedar tak sedar tinggal lagi 2 hari lagi kita nak beraya. macam2 cerita menarik yang boleh kita tonton di TV.........."
pastinya mereka sedang berseronok menyambut ketibaan hari raya itu.

ulama :
"sedar tak sedar tinggal lagi 2 hari ramadhan akan berakhir. seharusnya 2 hari yang terakhir ni berbuatlah ibadat bersungguh2 kerana belum tentu lagi kita sempat bertemu ramadhan akan datang....."
pastinya mereka sedang bersedih, menangis seperti menangisnya para sahabat Rasulullah SAW menelang akhir ramadhan.

inilah 2 situasi yang berbeza antara mereka yang dekat dengan Allah dan mereka yang jauh meninggalkan ajaran Allah. siapakah yang hendak kita pilih sebagai contoh dan tauladan? kini, artis2 disanjung melebihi ulama2. artis2 dipuji, ulama2 dikeji.. na'uzubillah.. moga2 aku dan keluargaku tak tergolong dalam golongan ini.. amin

telah diriwayatkan oleh at-tirmizi, Rasulullah bersabda : apabila umatku telah melakukan 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu : salah satunya artis disanjung2
(hadis penuh boleh cari dalam internet)


kanak-kanak

assalamualaikum

dah hampir sebulan aku di posting peadiatric. biasanya budak2 takut ngan aku ni. lari saje. jadi, masa ni la aku nak test power main ngan budak2. haha..

hari pertama di wad pead HKL. biasala, blurr...tak tahu nak buat apa. aku tengok orang lain duk clerk pateint rilek je. tapi aku payah gile nak masuk. jadi aku nak test sekali main ngan budak2 ni.

aku approach sorang budak. bukan nak clerk pun, nak test power aku buat raport ngan budak je. haha. letih gak aku asyik duk kene drop ngan group member aku je.

"dik buat apa kat sini?" aku.
"tengok budak nangis." budak.
"meh jom jalan." aku.
budak ni pun pegang tangan aku mintak pimpim pergi jalan2.

pergh, memang terbukti aku boleh layan budak2. sekarang boleh la aku drop group membe aku pulak. diorang bukan pernah bawak patient jalan2..haha

jadi, insiden kat atas ni 1 permulaan yang baik tuk aku di peadiatric posting ni.. moga2 aku terus mesra dengan patient kanak2 kelak, insyaAllah.

persediaan

assalamualaikum

bila nak exam untuk 2-3 hari, persediaan yang dilakukan sepanjang 4 bulan.

bila nak raya, persediaan dilakukan sebelum puasa lagi.

bila nak rehlah sehari, persediaan selama sebulan.

bila nak buat program sehari, persediaan selama berbulan-bulan.

bila nak meeting sejam dua, persediaan selama seminggu.

bila nak buat apa sahaja, mesti ada persediaan yang dibuat.

ramadhan dah hampir, tinggal tak sampai sebulan lagi. apakah persediaan yang dilakukan? adakah kita semua bercita2 membuatkan ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya? jika ya, bolehkah dilakukan tanpa persediaan yang rapi?

persoalan ini lebih perlu dijawab oleh aku sendiri yang makin hari makin hanyut dengan nikmat dunia yang sementara.

"ya Allah, berkatilah bulan rejab dan syaaban, dan sampaikanlah aku kepada ramadhan"

wallahua'lam

siapa salah?

assalamualaikum

kalau kita tengok keadaan sekarang, masalah zina, buang bayi, lari ke indonesia, kahwin lari, makin banyak. selalu difikirkan macam mana la keadaan akan datang. pasti dan pasti lagi teruk. hm..tak sabar rasanya nak tunggu khilafah naik kembali. nak salahkan siapa? tu yang tak tahu tu. bagi aku, semua salah.

pemimpin
aku tengok sekarang ni pemimpin dok komen pasal kes2 ni. bukan pemimpin pun komen. tapi mereka sekadar mengomen apa yang patut la. mungkin ada sesuatu yang dilakukan nak hilangkan zina ni, tapi program2 yang nak promote zina pun banyak lagi. sahabat2 pun kalau fikir mesti dapat tengok la benda ni. jadi korang pilih la pemimpin yang betul ye. yang betul2 menegakkan islam, dan bukan hanya mewar-warkan ramai ulama join diorang ni. ada parti yang dah lama ada ulama, yang memerintah ikut cara islam, tapi dicemuh segelintir pemimpin yang ikut nafsu dan akal semata2.

masyarakat
bila dah pemimpin macam yang aku cakap kat atas tu, jadi masyarakat pun sama la kan.
"jikalau mahu melihat keadaan masyarakatnya, lihatlah pemimpinnya"
pemimpin ni sangat la berat amanahnya. boleh merosakkan masyarakat dan boleh membetulkannya. salah 1 golongan manusia yang akan masuk ke syurga adalah pemimpin yang adil. balik kepada masyarakat. orang yang bercouple dipandang mulia. cerita2 di TV pun duk cerita pasal couple gak. ahli2 masyarakat tidak langsung memandang jijik pasal couple ni, malah menggalakkan. 
"orang yang bercouple kini lebih dipandang mulia daripada seorang ustaz yang beristeri 2"
rosak masyarakat camni. nak salahkan masyarakat?boleh je. pemimpin pun kena masuk sekali salah.

sekolah
sekarang ni sekolah kan banyak yang sekular. aku pun sekolah sekular. tapi sekolah aku ni sekolah baru, jadi tak rasa sangat la kot. cikgu ni memang orang yang mulia la kan. memberi ilmu tanpa kenal jemu. tapi kebanyakan hanya mendidik untuk survive kat dunia je. diajar BM, math, kimia la apa la. tapi dari segi agamanya, 6 jam je seminggu. 2 pun subjek agama yang kandungan2 yang tak menyeluruh. penjajah punya ajaran la ni (world cup ni jangan sokong portugal, jepun. semua jajah kita dulu. haha). pernah sekali ustaz kat sekolah aku mengeluh :
"baca doa panggil ustaz, buat tahlil panggil ustaz. tapi buat program apa2 bukan nak minta nasihat ustaz pun...."

keluarga
yang ni aku nak explain pun sama la dengan masyarakat. dalam keluarga sendiri tiada suasana yang soleh. macam mana nak lahirkan orang yang soleh. anak duk couple lama2 dibiarkan, bangga lagi anak ada awek/pakwe. anak pun satu, dah mampu kahwin la. duk tunggu apa lagi.

p/s : muhasabah..berapa jam yang dihabiskan untuk dunia dan berapa jam yang dihabiskan untuk akhirat? dah berapa tahun kita hidup dan dah berapa tahun dihabiskan untuk dunia? masih lagi berharap Allah kurniakan syurga setelah apa yang kita lakukan? yakinkah esok masih ada masa untuk mengejar akhirat?

allahu'alam

manusia kini

assalamualaikum

alhamdulillah, segala puji bagi Allah. aku masih lagi diberikan sedikit peluang dan ruang untuk update blog. bukan senang nak dapat masa update blog ni.

sepanjang aku berada kat UKM ni, dah beberapa kali aku jumpa manusia yang bukan sahaja tidak menggalakkan orang lain melakukan kebaikan, malah menasihati supaya tidak melakukan kebaikan.

kaka dan lili

1. dikatakan,"ada 1 golongan manusia yang kononnya menegakkan agama, tapi sebenarnya mereka menghalang kebebasan orang lain. buatlah apa yang kamu suka, kamu bebas melakukan apa yang kamu suka..."

2. dikatakan,"jangan la kamu ikut sangat usrah ni. boleh nak ikut, tapi jangan la banyak sangat. jangan masuk kumpulan2 yang ekstreme ni." gayanya macam mengambil berat, tapi sebenarnya sedang 'menasihati' kita semua untuk tidak melakukan kebaikan.

3. ni sahabat aku bagitahu. yang ni memang tak ada beza dengan sifat yahudi laknatullah. "korang jangan turun surau......" kurang ajar betul. syaitan bertopengkan manusia. dan yang paling menyedihkan, orang berkata2 mempunyai latar belakang pendidikan agama yang lebih hebat berbanding aku. aspek kefahaman lebih memainkan peranan, begitu juga dalam hal untuk mengajak orang masuk jadi ahli gerakan. perlukan kefahaman untuk terus istiqamah.

adi bertarung 


biar apa pun yang mereka kata, tidak akan membawa sedikit kerugian pun kepada Allah. dan jika kita melakukannya, tidak akan menyebabkan keuntungan kepada Allah kerana sifat Allah itu tidak bergantung. lain pula manusia yang sentiasa perlu bergantung kepada sesuatu samaada kepada Allah mahupun kepada manusia itu sendiri.

allahu'alam

mohd hafizuddin bin azman