raja sehari

assalamualaikum~

harini tak berkesempatan menghadiri BERSIH 3.0 yang memang aku dah bajet nak datang lame dulu lagi dah. urusan keluarga di seremban menghalang. nampak macam lagi ramai drpd BERSIH 2.0. lagi banyak tentangan, lagi banyak ujian, dll. terase rugi sangat.


post ni bukan aku nak cerita pasal bersih pun. tapi apa yang aku belajar harini, yang boleh aku jadikan pengajaran. pengalaman yang sangat berguna.

aku pergi walimah kat seremban. bertolak pukul 7pg. sampai dalam 8.30pg. jadi akad nikah awal tu ok la. majlisnya baik, pengisian pun ok la, bermanfaat. alhamdulillah, semuanya lancar.

lepas tu dalam pukul 10pg, lepak la dekat rumah sewa. sembang2 sikit dengan sedare mare. biasa la soalan,"hafiz bile lagi?" aku dah malas nak jawab soalan ni sebenarnye. semua aku jawab,"tak tahu" je. senang. memang semua sedia maklum aku nak je cepatkan. tp aku hanya kuasa kecil. ada  boss, ada big boss dan ada yang lagi hebat iaitu Allah. insyaAllah apa yang perlu aku buat berdoa, bersangka baik, bersabar. tapi susah sebenarnye, tp insyaAllah ade manisnye nanti.

benda yang aku belajar

1. sesiapa yang kehidupannya macam/hampir2 macam suami isteri sebelum kawen lagi, takkan terase sangat nak kawen cepat2 ni. semua yang kat dunia dah dapat. jangan memain pompuan ni. sekali diuji, ustaz pun rebah, ape la sangat aku ni. 

2. bila berkata2 tentang agama, jangan digunakan akal. kalau tak tahu, jangan diulas. jangan digunakan sesuatu hadith itu pada tempat yang salah. jangan diambil dalil2 yang disukai. lagi teruk, bahagian yang tak suka, tak mahu dengar. bila mereka berbicara, teserlah kejahilan. semakin banyak cakap, semakin jelas jahilnye. ape yang aku buat, kalau tak mampu, aku berdiam diri. kalau lawan, lagi banyak cakap, lagi banyak nampak jahilnye. tak tahu la ape aku buat ni betul ke tak.. hm..

3. bila buat sesuatu majlis, fikirkan kesenangan tetamu sebelum kesenangan diri sendiri. ni lagi la, aku sendiri terase susahnye. sampai tak dapat pergi walimah mariana.. haish.. ni memang aku setuju sangat la. tuk tetamu, makan makanan yang terbaik, tempat duduk yang terbaik, layanan yang terbaik, pemberian yang terbaik. barulah nampak seronoknye terima tetamu datang kan =)

4. raja sehari ni macam gelaran la tuk pengantin yang diraikan masa walimah. gelaran yang dipakai adat melayu ni sangat menyusahkan sebenarnya. kalau dihapuskan gelaran 'raja sehari' ni, banyak perkara dapat dijimatkan, kemaksiatan dapat dihapuskan, sunnah dapat diterapkan. contoh eh, kalau takde raja sehari, takde la makan beradab, takde la pembaziran, takde la tetamu makan makanan yang lagi rendah standard daripada orang rumah. dan juga pengantin menjadi 'rakyat biasa' yang melayan tetamu yang datang. banyak lagi la kebaikannye. aku nak komen lebih2 pun risau juga. belum diuji kan. dah kene nanti baru la tau. susah bende ni, adat turun temurun. "kang orang kate ape pulak." ayat bese dengar. =.='
mari berubah. kalau bukan sekarang, insyaAllah 10 tahun lagi. kalau bukan kita, insyaAllah keturunan kite. tapi yakinkah kita masih ada hari esok?

mari bermuhasabah

kalau Rasulullah ada lagi sekarang, ape kite nak cakap..hm..video ni dah lame ak download. tapi tak pernah tengok sampai abis pun. tak sanggup..


wallahu'alam

layakkah?

assalamualaikum


alhamdulillah,masih diberikan masa untuk hidup,menghirup udara segar tanpa perlu diminta.. betapa Allah itu Maha Pemurah.. manusia sering berbuat maksiat dalam keadaan nikmat Allah itu menggunung tinggi..


"manusia jahil akan mencari seribu alasan untuk menidakkan perintah Allah."


perkongsian sikit. berterabur, tapi ambik la mane yang bermanfaat.


beberapa hari ni berpeluang belajar beberapa benda. paling ingat, kuliah maghrib oleh Ust Tengku Abdul Rahim. seorang guru di pondok kat Tak Bai. die gantikan Ust Abdul Malek yang sepatutnye bagi kuliah mase tu. memang lain dari yang lain. die kupas surah al-muddaththir. die ceritakan kelebihan bangun malam. bagaimana mereka ini tidak dihisab di akhirat nanti dan macam kelebihan lagi la. orang2 yang hebat dahulunya, sultan muhammad al-fateh, salahuddin al-ayyubi dll, diorang semua tak pernah tinggalkan tahajud sejak baligh. aku ni dah berapa lame baligh, baru nak berjinak2 dengan tahajud. kalau la boleh diundurkan masa, banyak benda yang aku nak ubah keputusan. terlalu banyak penyesalan.


dalam ramai2 umat islam, berapa yang bangun bertahajud,
dalam ramai2 yang bertahajud, tahajud mereka itu khusyuk dan diterima Allah. 
sikit sangat.


diceritakan juga keadaan di neraka dan syurga. tapi banyak concentrate pada neraka la. jarang sekali kite diceritakan tentang benda ni. terasa takut pada Allah, takut pada hari pembalasan.


abu bakar as-siddiq walaupun dijamin beberapa kali masuk syurga (ahli perang badar, 10 sahabat dijamin syurga, ada lagi, xingat) masih merasa tak layak untuk masuk syurga. "aku tidak yakin aku akan masuk ke syurga selagi sebelah kakiku tidak melangkah masuk ke syurga."


kita manusia biasa tak merasa apa2. cinta pada dunia melebihi akhirat. mulut kata takut, perbuatan tak selari dengan mulut. masih berasa selesa mencari kebahagiaan dunia melebihi kebahagiaan akhirat. masih berasa yakin akan hidup pada esok hari.


~mari muhasabah diri~


wallahu'alam


ps: susahnye nak kawal perasaan bila teringatkan penyesalan dulu..hmm..

kegembiraan

assalamualaikum semua~


ceria sungguh rase hari ni. kalau nk difikirkan masalah, macam2 yang ada dalam kepale. tapi sampai bile?sejak dari study leave 3 minggu smpai sekarang, asyik terfikir pasal tempat kerja, keadaan kerja, istiqamahkah aku lepas ni, keluarga, penyesalan masa lalu...bla..bla..bla..


"jangan mengeluh harimu, bersyukurlah atas nafasmu. Allah memberikan kepada kamu kerana Dia tahu kamu cukup kuat menghadapinya"


hm..jadi lepas ni akan cuba ceria2 selalu, tak mahu difikirkan sangat penyesalan masa lalu. aku takde banyak masa nak fikir benda2 2..
jadi sepanjang sebulan duk rumah ni. agak tak tahu nak buat ape sebenarnye. bangun solat>main fesbuk>main binatang>kemas rumah>basuh baju>lipat baju>makan>bace buku..ni je la rutin aku hari2. bosan kan. 


sampai la 3 hari lepas, hidup aku kian berubah (cewah)..aku bersukan! yeah, baru la terase terisi sket. jadi rutin yang tak membosankan: pergi surau, sembang2 dengan pakcik2 jiran (takde orang muda sebaya aku kat surau. ayuh anak2 muda imarahkan surau!), main pingpong, badminton. memang best!


 tu dia coach baju putih..pakcik nasruddin

 dari kanan: pakcik radzikin, pakcik helmi, pakcik hisyam, xkenal, xkenal,xkenal, anak sape ntah, anak sape ntah..haha

kiri pakcik usop, kanan tak kenal

tua2 geng2 aku kat taman ni.. haha. tp otak muda sume. moga aku jadi lebih matang la geng ngan diorang ni.. main malam tadi memang best. sape team aku mesti menang la kang. dh diorang ni tue2 semua. bagi depan belakang je cukup.. haha.. 

dulu kat kolej membina ukhuwah antara sahabat2 yang umur lebih kurang. ni umur lagi tua, pangkat ayah aku dah ni. ada benda2 yang nak kena jaga. gurau tak bleh lebih2, nanti ada terase kang, aku dah la muda lagi. haha. insyaAllah peluang yang ada, aku akan ambik tuk rapat dengan diorang ni. 

~ukhuwah fillah abadan abada~

p/s:
terase rindu pada sahabat2 dikampus





something that i will remember for life

assalamualaikum

lame rasenye tak menulis. bukannya takde idea, banyak sangat benda nak bagitau, tapi ntah la..aku pun tak tau kenapa tak tulis, tak berusaha kot.. hm..hanya Allah yang memberi kelapangan bagi hamba2Nya..

alhamdulillah, diberi sedikit perasaan nak menulis. lagipun dah ada orang sound blog dah bersawang..haha..

aku baru je lulus exam ni. takde la rase bangga pun, mungkin rase puas la kot dah abih belaja. nak bangga pun mungkin part dekan jadi examiner aku..haha


harini baru buat doa selamat kat surau umah aku ni. orang duk ucap tahniah2. rase tak selesa aku. macam la hebak sangat.. sekarang ni aku duk tengok2 kat surau, yang imarahkan ramainye budak muda2. umur dalam 14-17 tahun. yang baru sekolah rendah pun ada. datang lagi awal dari aku, azan dulu, hampar sejadah, bukak tingkap, kipas, bersih surau. yang dah berumur siang2 kerja, jadi diorang la yang buat kerja2 tu. ya Allah, bertuahnye diorang ni. muda2 dah dekat dengan majlis2 ilmu, hati dah terikat dengan rumah Allah. teringat zaman aku dulu. jahilnye aku dulu. astaghfirullah.."apa yang kamu lakukan dengan masa muda kamu?"..lepas tak aku dengan soalan ni...

sepanjang 5 tahun kat uni ni, banyak bende yang aku belajar. medical n non-medical, semuanya. paling bermakna sekali aku jumpa tujuan aku hidup. kalau sebelumnya aku duk pikir pasal nak exam je, sekarang ada la fikir pasal umat. tak banyak, sikit.. alhamdulillah.. aku pun tengah belaja lagi. ambil peluang mana yang ada. 

masa pasum dulu aku memang tiptop bab mase dan pengurusan. mase belajar, mase pegi surau, masa makan, masa main. semua dah ada jadual. dan tu la yang jadi rutin hidup aku hari2 kat sane. bile teringat balik, masa2 yang disusun tu semuanye tuk dapat 4.00. masa belajar target 4.0, pergi surau minta pada Allah nak 4.0, pergi main pun sebab nak bagi segar mase malam nak study. memang dapat la 4.00 kn. dah Allah dah cakap, apa yang kamu usahakan, niatkan, itu la yang kamu dapat. bersosial ni takde la rasenye, kecuali yang duk dekat2. wancah pun aku tak kenal sangat. yang aku tau, wancah datang, aku lari.. haha.. maklum la, jahil sangat. jemaah tabligh datang je, mesti ada orang bagi sign awal2. kunci pintu.. haha. hm..jadi masa ni dah rugi setahun. 

kenal tujuan sebenar hidup ni masa akhir 2nd year. nazil pekena aku! pergi program dakwah. alhamdulillah, mase tu blurr lagi. tapi sahabat2 banyak membantu. tak ditinggalkan aku sendirian. serumah ngan pidot plak. memang smart la. haha.. alhamdulillah sekarang lebih terisi. pergi majlis2 ilmu, buat sesuatu tuk Islam. nasihat aku, dampingi orang soleh. insyaAllah ada manfaat.

jadi nak jugak cerita pasal study group express aku ni... hehe..

happy kan kami?hehe

malah lagi happy..wakakaka

alhamdulillah group ini dibentuk. dulunye aku sangat tak yakin dengan study group yang ahlinye ramai. lebih 5 orang pun aku tak sedap dah. ni ada 15 orang! tapi rase tak yakin langsung takde. sangat meyakinkan! mungkin sebab semua ahli2 group aku dah kenal kot. tapi dah masuk group ni, lagi kenal sangat2.. haha.. sape suka tido, sape suka makan, sape suka 'betulkan' english orang, sape selalu stress, sape suka gelakkan orang (sepatutnye ada yang terbatuk2 malam ni).. haha.. macam2.. masa mula2 aku sangat stress. sampai ponteng sehari. tak tahan. tapi tengok diorang bincang2 ni, rase la semangat dengan ketabahan masing2 walaupun bukan tahu semua pun. banyak sangat benda yang aku tak tahu mase tu. tapi aku teringat kata2 abang hazim. "masa ni la banyak benda baru nak belajar. bile orang bincang benda tak tahu, jangan rase stress. masukkan je apa yang dapat tu dalam kepala. jangan duk pikir benda lain." memang berguna tips ni. kalau rase stress, bazir masa lagi, nak destress lagi, nak masuk pun tak dapat. 

alhamdulillah adik-beradik ni lulus semua! masa result umum tu, memang nama2 ni la aku duk cari sangat2. kot2 ada nama yang tak dipanggil. risau juga kan. lagi risau kalau2 nama aku tak dipanggil. bukan risau bab nak sambung belajar 6 bulan, tapi bila sambung 6 bulan, maka lewat 6 bulan la aku kawen. dah 24 ni. kalau boleh sebelum umur aku 50, nak jugak tengok anak2 aku dah keje, berkeluarga. senang la sket aku nak tinggalkan diorang esok (jauh melencong..haha).

sekarang ni masuk la fasa berikutnye.. kene pikir camne aku nak isi hidup aku tuk 30 tahun akan datang dalam field yang tak berape nak minat ni.. moga dipermudahkan insyaAllah..

mohd hafizuddin bin azman