assalamualaikum~
harini tak berkesempatan menghadiri BERSIH 3.0 yang memang aku dah bajet nak datang lame dulu lagi dah. urusan keluarga di seremban menghalang. nampak macam lagi ramai drpd BERSIH 2.0. lagi banyak tentangan, lagi banyak ujian, dll. terase rugi sangat.
raja sehari
layakkah?
assalamualaikum
alhamdulillah,masih diberikan masa untuk hidup,menghirup udara segar tanpa perlu diminta.. betapa Allah itu Maha Pemurah.. manusia sering berbuat maksiat dalam keadaan nikmat Allah itu menggunung tinggi..
"manusia jahil akan mencari seribu alasan untuk menidakkan perintah Allah."
perkongsian sikit. berterabur, tapi ambik la mane yang bermanfaat.
beberapa hari ni berpeluang belajar beberapa benda. paling ingat, kuliah maghrib oleh Ust Tengku Abdul Rahim. seorang guru di pondok kat Tak Bai. die gantikan Ust Abdul Malek yang sepatutnye bagi kuliah mase tu. memang lain dari yang lain. die kupas surah al-muddaththir. die ceritakan kelebihan bangun malam. bagaimana mereka ini tidak dihisab di akhirat nanti dan macam kelebihan lagi la. orang2 yang hebat dahulunya, sultan muhammad al-fateh, salahuddin al-ayyubi dll, diorang semua tak pernah tinggalkan tahajud sejak baligh. aku ni dah berapa lame baligh, baru nak berjinak2 dengan tahajud. kalau la boleh diundurkan masa, banyak benda yang aku nak ubah keputusan. terlalu banyak penyesalan.
dalam ramai2 umat islam, berapa yang bangun bertahajud,
dalam ramai2 yang bertahajud, tahajud mereka itu khusyuk dan diterima Allah.
sikit sangat.
diceritakan juga keadaan di neraka dan syurga. tapi banyak concentrate pada neraka la. jarang sekali kite diceritakan tentang benda ni. terasa takut pada Allah, takut pada hari pembalasan.
abu bakar as-siddiq walaupun dijamin beberapa kali masuk syurga (ahli perang badar, 10 sahabat dijamin syurga, ada lagi, xingat) masih merasa tak layak untuk masuk syurga. "aku tidak yakin aku akan masuk ke syurga selagi sebelah kakiku tidak melangkah masuk ke syurga."
kita manusia biasa tak merasa apa2. cinta pada dunia melebihi akhirat. mulut kata takut, perbuatan tak selari dengan mulut. masih berasa selesa mencari kebahagiaan dunia melebihi kebahagiaan akhirat. masih berasa yakin akan hidup pada esok hari.
~mari muhasabah diri~
wallahu'alam
ps: susahnye nak kawal perasaan bila teringatkan penyesalan dulu..hmm..
kegembiraan
assalamualaikum semua~
ceria sungguh rase hari ni. kalau nk difikirkan masalah, macam2 yang ada dalam kepale. tapi sampai bile?sejak dari study leave 3 minggu smpai sekarang, asyik terfikir pasal tempat kerja, keadaan kerja, istiqamahkah aku lepas ni, keluarga, penyesalan masa lalu...bla..bla..bla..
"jangan mengeluh harimu, bersyukurlah atas nafasmu. Allah memberikan kepada kamu kerana Dia tahu kamu cukup kuat menghadapinya"
hm..jadi lepas ni akan cuba ceria2 selalu, tak mahu difikirkan sangat penyesalan masa lalu. aku takde banyak masa nak fikir benda2 2..
jadi sepanjang sebulan duk rumah ni. agak tak tahu nak buat ape sebenarnye. bangun solat>main fesbuk>main binatang>kemas rumah>basuh baju>lipat baju>makan>bace buku..ni je la rutin aku hari2. bosan kan.
sampai la 3 hari lepas, hidup aku kian berubah (cewah)..aku bersukan! yeah, baru la terase terisi sket. jadi rutin yang tak membosankan: pergi surau, sembang2 dengan pakcik2 jiran (takde orang muda sebaya aku kat surau. ayuh anak2 muda imarahkan surau!), main pingpong, badminton. memang best!
something that i will remember for life
assalamualaikum
lame rasenye tak menulis. bukannya takde idea, banyak sangat benda nak bagitau, tapi ntah la..aku pun tak tau kenapa tak tulis, tak berusaha kot.. hm..hanya Allah yang memberi kelapangan bagi hamba2Nya..
alhamdulillah, diberi sedikit perasaan nak menulis. lagipun dah ada orang sound blog dah bersawang..haha..
aku baru je lulus exam ni. takde la rase bangga pun, mungkin rase puas la kot dah abih belaja. nak bangga pun mungkin part dekan jadi examiner aku..haha