diberi petunjuk, tetapi menolak petunjuk

assalamualaikum

"telah Allah ikat leher, kaki, dan tangan manusia dengan rantai besi untuk diheret ke SYURGA tetapi manusia tetap bersusah payah untuk memecahkan rantai besi untuk melompat ke NERAKA"

selepas aku solat di masjid sungai buloh, aku dengar ustaz ni sebut masa kuliah. tapi tak sempat nak dengar banyak2. (jadi tak tahu mana datang ayat ni)

bagaimana Allah telah menetapkan peraturan2 untuk manusia ke syurga tetapi manusia tetap bersusah payah untuk melakukan kerosakan yang akan membawa mereka ke neraka.

seperti juga bagaimana kerajaan telah mewujudkan peraturan bagi rakyatnya untuk menjaga keamanan. jika tidak diikuti, pasti akan di saman. sama juga jika kita tidak menjalani kehidupan seharian tidak berlandaskan al-Quran dan sunnah, pasti akan mendapat balasan setimpal.

p/s : sejak aku posting yang rilek ni.otak tak gerak, badan tak sihat. amalan makin kurang, gerak kerja terbantut. setakat pergi masjid kadang2, tak jadi ahli gerakan pun boleh buat. pinta doa sahabat2 supaya kami makin kuat dan sedar. post ni sebenarnya terkena kat batang hidung aku sendiri.

wallahu'alam

0 comments:

Post a Comment

mohd hafizuddin bin azman