undi

assalamualaikum

pilihanraya kampus sedang berlangsung di UKM ni. masing2 sibuk berkempen untuk tarik undi. ada juga yang buat tak tahu, mungkin kerana tiada minat dalam diri. teringat ak pesan Hj Asmori (pegawai di PKD) "mana boleh korang tak terlibat dalam politik. nanti masa kerja mesti korang akan terlibat punye." ada betulnya kata dia. sedangkan sekarang pun kita sedang berpolitik sebenarnya iaitu kita sedang berorganisasi.

bagi pengundi2, pilihlah calon yang tepat. pemimpin ni memegang amanah yang sangat tinggi. mereka akan menentukan masa depan kita. semua orang tidak mahu seorang pemimpin yang menjadi pemimpin atas nama sahaja. setahun memegang jawatan tetapi tiada hasilnya. manakah janji2 yang dah ditaburkan dulu. akan Allah soal perkara ini di akhirat kelak.

teringat aku akan kata2 sahabatku "tangan yang memangkah ini menentukan masa depan kita di akhirat kelak (syurga atau neraka)." pada mulanya aku tidak mengerti apa yang ingin disampaikan oleh sahabatku itu. tapi kini aku tahu apa yang ingin disampaikan olehnya. biarlah pembaca sendiri berfikir mengenai kata2 tersebut. memilih pemimpin bukanlah sesuatu yang mudah. amanah pengundi untuk mengundi sangatlah besar. jika tersalah memilih pemimpin, maka pengundilah yang akan menanggung akibatnya.

undilah calon yang
"MEMBAWA HARAPAN MAHASISWA"

0 comments:

Post a Comment

mohd hafizuddin bin azman