yea, menang!!

assalamualaikum

alhamdulillah, segala puji bagi-Mu ya Allah.

ketiga2 wakil perubatan yang bertanding di kerusi fakulti serta kerusi umum telah menang. segala usaha yang dilakukan telah mendatangkan hasil. semuanya rahmat dari Allah. telah Allah tunjukkan mana yang benar dan mana yang salah.

seterusnya bermulalah usaha untuk memenuhi kemenangan.
sekiranya kita dari awal2 lagi sudah bersedia untuk memenangi PRK, maka begitu jugalah perlu kita bersedia memenuhi kemenangan.
sekiranya kita dari awal2 lagi berusaha bersama2 untuk memenangi PRK, maka begitu jugalah kita perlu bersama2 memenuhi kemenangan.
ingatlah bahawa wakil MPP kita bukan mewakili diri mereka sendiri, malah mewakili kita yang menyatakan sokongan dari awal2 lagi.

akan Allah persoalkan mengenai amanah sebagai pemimpin kepada wakil2 MPP kita. biarlah nama kita disebut2 kerana membantu mereka memenuhi kemenangan, dan jangan nama kita disebut2 diakhirat kelak kerana tidak memenuhi janji2 untuk membantu mereka selepas kemenangan.

walahu'alam

undi

assalamualaikum

pilihanraya kampus sedang berlangsung di UKM ni. masing2 sibuk berkempen untuk tarik undi. ada juga yang buat tak tahu, mungkin kerana tiada minat dalam diri. teringat ak pesan Hj Asmori (pegawai di PKD) "mana boleh korang tak terlibat dalam politik. nanti masa kerja mesti korang akan terlibat punye." ada betulnya kata dia. sedangkan sekarang pun kita sedang berpolitik sebenarnya iaitu kita sedang berorganisasi.

bagi pengundi2, pilihlah calon yang tepat. pemimpin ni memegang amanah yang sangat tinggi. mereka akan menentukan masa depan kita. semua orang tidak mahu seorang pemimpin yang menjadi pemimpin atas nama sahaja. setahun memegang jawatan tetapi tiada hasilnya. manakah janji2 yang dah ditaburkan dulu. akan Allah soal perkara ini di akhirat kelak.

teringat aku akan kata2 sahabatku "tangan yang memangkah ini menentukan masa depan kita di akhirat kelak (syurga atau neraka)." pada mulanya aku tidak mengerti apa yang ingin disampaikan oleh sahabatku itu. tapi kini aku tahu apa yang ingin disampaikan olehnya. biarlah pembaca sendiri berfikir mengenai kata2 tersebut. memilih pemimpin bukanlah sesuatu yang mudah. amanah pengundi untuk mengundi sangatlah besar. jika tersalah memilih pemimpin, maka pengundilah yang akan menanggung akibatnya.

undilah calon yang
"MEMBAWA HARAPAN MAHASISWA"

diberi petunjuk, tetapi menolak petunjuk

assalamualaikum

"telah Allah ikat leher, kaki, dan tangan manusia dengan rantai besi untuk diheret ke SYURGA tetapi manusia tetap bersusah payah untuk memecahkan rantai besi untuk melompat ke NERAKA"

selepas aku solat di masjid sungai buloh, aku dengar ustaz ni sebut masa kuliah. tapi tak sempat nak dengar banyak2. (jadi tak tahu mana datang ayat ni)

bagaimana Allah telah menetapkan peraturan2 untuk manusia ke syurga tetapi manusia tetap bersusah payah untuk melakukan kerosakan yang akan membawa mereka ke neraka.

seperti juga bagaimana kerajaan telah mewujudkan peraturan bagi rakyatnya untuk menjaga keamanan. jika tidak diikuti, pasti akan di saman. sama juga jika kita tidak menjalani kehidupan seharian tidak berlandaskan al-Quran dan sunnah, pasti akan mendapat balasan setimpal.

p/s : sejak aku posting yang rilek ni.otak tak gerak, badan tak sihat. amalan makin kurang, gerak kerja terbantut. setakat pergi masjid kadang2, tak jadi ahli gerakan pun boleh buat. pinta doa sahabat2 supaya kami makin kuat dan sedar. post ni sebenarnya terkena kat batang hidung aku sendiri.

wallahu'alam

mohd hafizuddin bin azman