tak tahu

assalamualaikum

apabila sesuatu organisasi ingin membuat keputusan, biasanya perjumpaan akan dilaksanakan. semua pihak akan mengeluarkan pendapat dan idea2 yang bernas. daripada mana perlu diambil contoh cara2 untuk membuat keputusan? perlulah dirujuk daripada Rasulullah SAW, para sahabat serta pamimpin2 agung.

jika dibaca novel2 sejarah islam (aku suka karangan abdul latip talib), rata2 mempunyai cara2 yang sama dalam membuat keputusan. (1)PASTI ada yang akan mengambil contoh daripada pemimpin2 Islam yang hebat. contohnya ketika tariq bin ziyad ingin memilih sebilangan kecil tentera untuk dibawa ke andalusia (kini sepanyol). cara yang digunakan sama seperti cara sultan salahuddin memilih pembaca khutbah di baitul maqdis. ada lagi ke pemimpin yang buat keputusan dengan cara begini. mesti ada yang mengatakan itu cara lama, sekarang dah tak pakai dah. walhal selalu diungkapkan oleh pemimpin2 yang berjaya "kalau kita ikut cara Nabi, tentu kita akan berjaya."

bagi pemimpin2 agung, semuanya (2) mempunyai ulama' yang akan memberikan pendapat. adakah kini para ulama' menjadi penasihat kepada pemimpin2 malaysia? teringat ak pada rintihan seorang ustaz sekolah aku dulu, "bila nk baca doa, panggil utz, bila nak baca yassin, panggil utz. tapi bila nk buat program pape,tak minta pandangan daripada utz." inikan pula peringkat pimpinan negara, semestinya pandangan ulama' amat diperlukan.

dikalangan pimpinan, segala apa yang tak puas hati diluahkan. contohnya ketika saidina abu bakar menjadi khalifah, banyak perkara yang dilakukan oleh khalid al-walid tidak disenangi oleh saidina umar. tetapi saidina abu bakar telah memberikan hujah yang relevan yang dapat diterima saidina umar. pada ketika saidina umar manjadi khalifah, khalid telah dipecat kerana 2 perkara. (a)orang ramai menjadikan khalid sebagai sebab mereka menang dalam peperangan. (b) dan juga khalid membahagikan harta2 perang sebelum medapat persetujuan khalifah. tetapi selepas kematian khalid, sambil menangis umar berkata," pemecatan khalid al-walid sebagai panglima perang merupakan 1 kesilapan. aku ingin menyerahkan kembali jawatan tersebut tapi kini dia sudah tiada." kalau sekarang panglima perang yang diragui kewibawaannya dikekalkan jawatan asalkan menyokong kuat pemimpin.

jika dilihat pada zaman sekarang, masing2 ingin mengambil hati para pemimpin sehinggakan perkara mungkar didiamkan. perkara yang ragu2 tidak dijelaskan dengan betul. semua risaukan dengan kedudukan masing2. jabatan agama yang ditubuhkan hanya untuk hal2 'agama'. sedangkan tiada yang dapat memisahkan Islam dengan cara hidup manusia.

apabila difikirkan situasi dalam kolej, sebenarnya tiada bezanya. bagi aku, amat sukat nak buat semua yang orang2 hebat lakukan. tapi sekurang2nya bolehlah difikirkan sesuatu kenapa keadaan umat islam kini tak berjaya sangat. bila aku melihat video klip mengenai tokoh2 islam yang berjaya dalam bidang yang diceburi, sering kali terlintas dalam otak aku,"masih adakah umat islam yang berjaya begini?kenapa perlu hanya mengenangkan yang silam sedangkan yang ada sekarang tidak mengambil iktibar daripada mereka?"

bukanlah niat untuk mengenakan sesiapa, sekadar perkongsian idea yang tak seberapa.

wallahu'alam

orang muda yang hebat

assalamualaikum
setelah sekian lama aku tak update blog,akhirnya diberi kelapangan oleh Allah untuk menulis serba sedikit.

"kota konstantinopel akan ditakluki oleh orang Islam ketika mana pemimpinnya baik,tenteranya baik dan juga rakyatnya baik," Rasulullah SAW.

Sultan Murad yang pada ketika itu khalifah Islam pada zaman bani Uthmaniyah selalu memikirkan mengenai hadis ini. selalu ditanyakan berkenaan hadis ini kepada penasihat baginda yang juga ulama' (tak ingat) terkenal ditempatnya, adakah konstantinopel akan ditakluk oleh baginda. tetapi ulama' tersebut menjawab bukan baginda yang akan menakluk kota itu, malah anak baginda. tetapi pada ketika itu, sultan murad masih tidak dikurniakan anak. ulama' tersebut yang tinggi firasatnya memberitakan bahawa permaisuri baginda sedang mengandung. sultan murad cepat2 balik ke istana bagi mengesahkan berita tersebut. dipendekkan cerita, lahirlah seorang putera yang dinamakan Muhammad.

Muhammad pada ketika kecilnya hanya seperti kanak2 biasa yang lain. suka bermain dan tidak suka menuntut ilmu. hal ini merunsingkan sultan murad yang mengharapkan puteranya mengganti baginda kelak. perkara ini diadukan kepada penasihat baginda. pendekkan cerita lagi, baginda menghantar seorang ulama' yang garang bagi mengajar muhammad. cara tersebut memang berkesan. muhammad yang pada ketika itu berusia 7 tahun berkeinginan untuk belajar belajar ilmu agama daripada ulama'2 dan ilmu peperangan daripada ayah saudaranya(tak ingat nama) yang pada ketika itu merupakan ketua panglima perang.

ketika umur muhammad 16 tahun, muhammad telah diberi kepercayaan oleh sultan murad memangku tugas khalifah. ramai pimpinan lain yang tidak bersetuju dengan alasan muhammad masih muda dan tidak berpengalaman. tetapi ternyata jangkaan mereka meleset sama sekali. sultan muhammad berjaya memerintah dengan adil dan bijaksana. segala perkara dirujuk kepada ulama' dan majlis syura'. pada umur 19 tahun muhammad mengambil alih tugas khalifah sepenuhnya.

bab ni yang aku nk cerita sebenarnya. pada umur 16 tahun sultan muhammad al-fateh telah diberi kepercayaan memangku tugas khalifah. hebatnya pemimpin2 pada zaman dulu. ada lagi ke orang seperti sultan muhammad sekarang ni? kalau ada pun, tak diberi peluang. dulu, orang bebas untuk belajar tak kira umur. kini, semua diatur barat bagi melemahkan umat Islam. sistem pendidikan sekular yang melemahkan kita semua. kemampuan dilihat dengan umur, bukan kelebihan yang ada. orang yang berbakat besar akhirnya sama sahaja dengan orang yang sebaya dengannya. kalau no 1 dalam kelas, setakat dalam kelas sahaja kelebihan itu. tidak ada kelebihan langsung.

pernah aku mendengar perbualan rakan2 aku "sebab apa ye prof tu belum full prof lagi?".."muda lagi tu"..akhirnye, muda juga yang dijadikan alasan. hakikatnya malaysia belum merdeka. fikiran dan sistem2 yang ada di malaysia kebanyakan masih dipengaruhi oleh barat. inilah akibatnya pemimpin yang tidak menganggap Islam itu sebagai cara hidup.

"sesungguhnya aku amat ingin melihat umat islam dipimpin oleh seorang khalifah"

wallahu'alam

mohd hafizuddin bin azman