bersangka baik barangkali

assalamualaikum

sejahat2 lelaki, die tau babi haram dimakan.
sejahat2 perempuan, bila solat tau lagi kena pakai telekung.
sejahat2 pencuri, die takkan curi babi.
sekejam2 pembunuh, die takkan bunuh orang yang disayangi.
sejahat2 perogol, dia takkan rogol lelaki.
sejahat2 mat rempit, die cuba elak lagi kalau ada oran kat depan.
sejahat2 penjahat di atas, die masih lagi bernafas tuk memberikan karbon dioksida kepada pokok yang akhirnye memberikan oksigem kepada manusia.

wallahu'alam

kabu & kabi and the geng

assalamualaikum

hujung minggu lepas aku berkesempatan pergi ke 1 program yang akan melahirkan manusia yang akan menjadi aset kepada negara. maksudnya nak jadi manusia yang berguna la tu.

sebelum program susah gile nak buat keputusan nak gi ke tak. ada pakcik aku dari terengganu datang ziarah masa tu. case write up opthal yang belum buat lagi, isnin ada basic life support exam lagi. walaupun orang kate senang, nak la prepare jugak kan. akhirnya ada orang cakap program ni nak latih ahli gerakan jadi lebih baik. tanpa ragu, aku memang bersetuju la.. alhamdulillah, moga ini yang terbaik.

tgh tunggu bas. cameraman x letak api kat tangan aku

pada hari nak gerak tu, memang aku excited sangat nak gi ni. dengan sahabat2 y ramai ikut. ambik gambar best skali. haha.. alih2 aku tengok ani yang ada kelas esok pun ponteng klas gi program ni. hebak2!! lagi bersemangat la aku nak gi ni..

setelah sekian lama. bas sekolah skali

sampai kat sane, ak pasang la azam kan. maklum la, xde manfaat baik aku duk umah je.
azam 1 : biar program ni berbaloi aku g.
azam 2 : aku akan usaha sungguh2 bg orang yang x g tanpa sebab rase rugi..haha..jahak2
kalau kak Yder n abg ehsan x buat sesi awal 2, memang azam 1 xde pun. alhamdulillah, ada fasi2 ya hebat2 mengingatkan kami sume..alhamdulillah! allahuakbar!

sebaik tiba, baik lagi

jadi, sepanjang program 2 memang aku akan libatkan diri dalam semua sesi kecuali luahan rase malam 2..hoho..bile aku tengok fasi2 bg coklat ble bg respon, aku cepat2 la bagi idea walaupun melalut..kisah ape aku, janji dapat coklat..sedap woo..PICNIC sedap skali..
masa nyanyi toksah cakap la, memang nyanyi puas2. gaye kene semangat. kene plak yang g 2 satu kpale, memang layan la..

start dah

ape lagi yang aku wt nak bagi puas ati? bile mase makan, makan puas2. sedap gile makanan + banyak. memang makan sampai puas la..haha..remz 1 geng.. mase duk kat dorm pun, bukak aircond kuat2, jangan off mase kuar. pergh, layan2...

mana wancah?

ada 1 bende je yang sepatutnye buat tapi x jadi. berenang. air die memang xleh blah. ijau macam lumut. xsanggup aku nak turun. kene lepto baru tau..tapi esok paginye aku tgk rlek je pmpn duk mandi ( aku bkn skodeng eh. kolam sebelah jalan ry je). aku xtau la camne diorang sanggup g masuk dalam air 2.


  
ustaz ismail. sempoi abis. love u ust

takat ni je la eh. post lepas ni ape yang aku dapat lak dari jelajah 2..insyaAllah.

ya Allah, aku gembire dan bersyukur kerana berjaya menulis post ni. alhamdulillah! allahuakbar!


yang ku minati

assalamulaikum

dah masuk sem baru ni, maka masukla duit JPA tuk sem baru. jadi banyak la plan nak abihkan duit 2 sket. tapi sem ni aku save duit awal, masuk tabung aji. kalau tunggu ujung sem, konfem xsempat simpan punye.

sem ni memang aku plan nak beli pet lagi. tambah koleksi + upgrade sket sangkar dulu2..haha..boleh tahan banyak aku abihkan duit. tapi takpe, minat punye pasal.

ni aku upgrade bagi ada cave ngan cip kayu. konfem die suke idup ngan aku lepas ni
  
 

kure2 idaman aku sejak di bangku sekolah lagi. sekarang baru bleh beli.

dah abih yang cute2. ganas plak..hoho


bukan sebarang buaye, tapi buaye kecik yang jinak.haha.tapi ekor mmg tajam.


zoo corner

jadi, 2 lah die pet aku tuk sem ni. sem depan ada projek lagi besar. nantikan..hehe.

sekian

ujian dunia

assalamualaikum

20hb-27hb ni aku ada exam sem. cabaran agak besar sebab study week masa raya..hoho..
layan~

walaupun aku dan sahabat2 sibuk dengan persiapan, harapnya kami tidak lupa dengan saat kematian yang boleh datang bila2 masa je. peringatan ni lebih kepada untuk DIRI AKU sendiri. lepas ramadhan ni, perlu lebihkan usaha nak teruskan amalan yang dilakukan dalam ramadhan.

untuk exam ni, sebetulnya tak la bersedia sangat. tapi padan la dengan aku yang suka tgk KCB, main game, download cerita. memang sebetulnya tak banyak yang sempat dibaca. tapi usaha yang sedikit diteruskan tanpa jemu (mungkin)..haha.

tiada yang perlu dirisaukan sangat tentang result sebab hidup perlu diteruskan walaupun apa pun keputusannya.

masa UPSR orang kata,"buat betul2 USPR ni. kalau dapat result bagus, senang nanti nak masuk mana2."
masa PMR orang kata,"buat betul2 PMR ni. kalau dapat result bagus, senang nanti nak masuk mana2."
masa SPM orang kata,"buat betul2 SPM ni. kalau dapat result bagus, senang nanti nak masuk mana2."
diorang ni cakap macam tu je exam last aku..haha

memang benar apa yang dikatakan, tapi masa dulu aku bajet tu la exam paling besar aku dapat. tapi sebenarnya hidup ni ada tujuan yang lebih besar..moga2 impian aku tercapai insyaAllah.

selamat maju jaya tuk sahabat2ku yang nak exam ni. juga kepada sahabat2 yang berada di UM, yang nak interview kerja..walau apa pun keputusannya...

~MOGA2 MEMBERI KEBAIKAN BUAT SEMUA~
insyaAllah

gambar raya 2010
wallahu'alam

selebriti dan ulama

assalamualaikum

lama rasanya tak menulis. terdetik hati nak tulis lepas tengok TV td.

selebriti :
"sedar tak sedar tinggal lagi 2 hari lagi kita nak beraya. macam2 cerita menarik yang boleh kita tonton di TV.........."
pastinya mereka sedang berseronok menyambut ketibaan hari raya itu.

ulama :
"sedar tak sedar tinggal lagi 2 hari ramadhan akan berakhir. seharusnya 2 hari yang terakhir ni berbuatlah ibadat bersungguh2 kerana belum tentu lagi kita sempat bertemu ramadhan akan datang....."
pastinya mereka sedang bersedih, menangis seperti menangisnya para sahabat Rasulullah SAW menelang akhir ramadhan.

inilah 2 situasi yang berbeza antara mereka yang dekat dengan Allah dan mereka yang jauh meninggalkan ajaran Allah. siapakah yang hendak kita pilih sebagai contoh dan tauladan? kini, artis2 disanjung melebihi ulama2. artis2 dipuji, ulama2 dikeji.. na'uzubillah.. moga2 aku dan keluargaku tak tergolong dalam golongan ini.. amin

telah diriwayatkan oleh at-tirmizi, Rasulullah bersabda : apabila umatku telah melakukan 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu : salah satunya artis disanjung2
(hadis penuh boleh cari dalam internet)


kanak-kanak

assalamualaikum

dah hampir sebulan aku di posting peadiatric. biasanya budak2 takut ngan aku ni. lari saje. jadi, masa ni la aku nak test power main ngan budak2. haha..

hari pertama di wad pead HKL. biasala, blurr...tak tahu nak buat apa. aku tengok orang lain duk clerk pateint rilek je. tapi aku payah gile nak masuk. jadi aku nak test sekali main ngan budak2 ni.

aku approach sorang budak. bukan nak clerk pun, nak test power aku buat raport ngan budak je. haha. letih gak aku asyik duk kene drop ngan group member aku je.

"dik buat apa kat sini?" aku.
"tengok budak nangis." budak.
"meh jom jalan." aku.
budak ni pun pegang tangan aku mintak pimpim pergi jalan2.

pergh, memang terbukti aku boleh layan budak2. sekarang boleh la aku drop group membe aku pulak. diorang bukan pernah bawak patient jalan2..haha

jadi, insiden kat atas ni 1 permulaan yang baik tuk aku di peadiatric posting ni.. moga2 aku terus mesra dengan patient kanak2 kelak, insyaAllah.

persediaan

assalamualaikum

bila nak exam untuk 2-3 hari, persediaan yang dilakukan sepanjang 4 bulan.

bila nak raya, persediaan dilakukan sebelum puasa lagi.

bila nak rehlah sehari, persediaan selama sebulan.

bila nak buat program sehari, persediaan selama berbulan-bulan.

bila nak meeting sejam dua, persediaan selama seminggu.

bila nak buat apa sahaja, mesti ada persediaan yang dibuat.

ramadhan dah hampir, tinggal tak sampai sebulan lagi. apakah persediaan yang dilakukan? adakah kita semua bercita2 membuatkan ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya? jika ya, bolehkah dilakukan tanpa persediaan yang rapi?

persoalan ini lebih perlu dijawab oleh aku sendiri yang makin hari makin hanyut dengan nikmat dunia yang sementara.

"ya Allah, berkatilah bulan rejab dan syaaban, dan sampaikanlah aku kepada ramadhan"

wallahua'lam

mohd hafizuddin bin azman