rindu

assalamualaikum.


sejak sabtu lepas banyak pulak terpikir pasal arwah.rasa macam baru je pergi semalam.

dari arwah meninggal, aku cari hard disk yang ada banyak gambar2 kami.tak jumpa sampai la semalam. jumpa dalam beg. adik ak simpan masa kemas2 rumah haritu.

fifah punya sebenarnya. tapi aku yang banyak pakai. 

hujung minggu tu banyak la aku explore hard disk dan email fifah. nak tengok la memori yang fifah tinggalkan. tu yang tiba2 rindu lebih ujung mggu sampai aku jadi tak berapa nak berfungsi sangat..

alfatihah buat afifah

better

assalamualaikum


alhamdulillah 23/7/15 aku dah mula bekerja. tujuannya bukan lah untuk bekerja sebenarnya, tapi nak jumpa kawan2 ventilate apa yang tersirat dalam hati. 

sejak afifah dah meninggalkan kita semua, fikiran aku tak pernah lekang dengan memori2 dulu. lebih kurang dua tahun lapan bulan kami bersama, mana mungkin aku boleh lupakan macam tu je. selalu juga terdetik dalam hati yang arwah macam masih ada lagi. 

semalam pukul 5 petang sebelum balik ke rumah dari hospital, tiba2 terdetik dalam hati,"eh, sayang dah nak balik dah ni. aku kena balik sekarang."
allahurabbi, beratnya.....

kerap kali orang bertanya di hospital,"hafiz ok ke?"
susah aku nak jawab sebenarnya. akhirnya jawapan paling tepat hanya lah,"alhamdulillah,better.thanks."


perginya permaisuriku

assalamualaikum


alfatihah buat arwah isteri nur 'afifah binti mohd ghazi. 
genap 2 minggu arwah meninggalkan kita semua.
lebih kurang dua tahun lapan bulan kami hidup sebagai suami isteri, waktu yang singkat tapi banyak memorinya.

pemergian arwah dalam keadaan yang baik. mudah urusannya. sahabat2 dan ahli keluarga mengingatkan diri masing2 dengan sifat arwah yang baik. saya menjadi saksi bahawa arwah merupakan isteri yang baik, sabar melayan saya, ummi yang baik yang sentiasa memikirkan akan kebaikan abdullah mifzal.

ujian yang Allah bagi ni sangat berat buat saya yang lemah. moga Allah berikan kekuatan kepada saya dan keluarga.

kematian arwah menyedarkan saya betapa manusia ni makhluk yang lemah tanpa Allah. bergantungnya manusia itu hanya pada Allah atas segala sesuatu.

dulunya semasa hajat saya untuk berkahwin, saya berusaha kearah tersebut. berdoa, berbincang dengan mama n aboh, ziarah mak n ayah, bincang dengan arwah. masa tu saya yakin lambat laun kami akan berkahwin.

lepas arwah meninggal. tiada lagi perbincangan. bila didoakan semoga arwah diampunkan dosanya, dilapangkan kuburnya, diterangi kuburnya, dipermudahkan urusannya, diteguhkan pendirian dalam menghadapi pertanyaan munkar dan nakir, tiada siapa yang saya bole harapkan selain memohon pada Allah. bila saya memohon supaya dipertemukan disyurga, juga saya dalam tak pasti adakah perkara tu akan berlaku. layakkah saya untuk berada disyurga Allah?

lemahnya manusia ni, perlu bergantung kepada sesuatu. 

moga Allah berikan kekuatan dan petunjuk bagi saya membesarkan mifzal supaya menjadi sehebat umminya, Nur 'Afifah binti Mohd Ghazi.

gambar terakhir kami bertiga pada 5/7/15.

wallahu'alam

mohd hafizuddin bin azman