kalau abang mati dulu?

assalamualaikum.


alfatihah buat isteri tercinta nur 'afifah binti mohd ghazi.

masa afifah ada, aku selalu fikir macam mana nak bagi dia hidup senang sikit kalau aku mati dulu.

duit gaji afifah dulu kebanyakannya buat jadi simpanan dan investment. kalau aku mati dulu, sekurang2nya dia dah ada duit simpanan.

kereta aku daftarkan atas nama aku. kalau aku mati dulu, tak perlu la dia susah2 nak bayar kereta bulan2.

kalau afifah tak reti bawa kereta nak pergi mana2, mesti aku tanya dia,"kalau abang mati dulu ni macam mana sayang nak drive sendiri?"

memang kerap keluar persoalan,"kalau abang mati dulu......."
rasanya tak pernah lagi afifah cakap,"kalau sayang mati dulu......"

jadi aku sangat jarang fikir macam mana keadaannya kalau afifah pergi dulu. aku tak bersedia.


0 comments:

Post a Comment

'abdullah'